![]() |
| not bad.. |
SiCantik sama SiKacak
Showing posts with label Gentle Birthing. Show all posts
Showing posts with label Gentle Birthing. Show all posts
Wednesday, September 11, 2013
Tuesday, September 10, 2013
My Favourite Waterbirth Videos
Salam readers.
Disclaimer: VIEWER DISCREATION ADVISED
Teringin nak share pasal waterbirth ni. Bersalin dalam air ni dipercayai dapat mengurangkan kesakitan serta mengurangkan koyakan perinium :) Ibu2 juga merasa lebih relax dan tenang seterusnye bagi effect yang menenangkan pade baby tu sendiri.
Disclaimer: VIEWER DISCREATION ADVISED
Teringin nak share pasal waterbirth ni. Bersalin dalam air ni dipercayai dapat mengurangkan kesakitan serta mengurangkan koyakan perinium :) Ibu2 juga merasa lebih relax dan tenang seterusnye bagi effect yang menenangkan pade baby tu sendiri.
Waterbirth ni selamat n xkan melemaskan bayi sebab bayi mempunyai kemahiran berenang (dive reflex) tu ketika dalam kandungan tapi kemahiran tu akan hilang beberapa ketika lepas baby dilahirkan. Lagipun , baby masih lagi bernafas menggunakan oksigen yg disalurkan melalui tali pusat.
So, bile baby start bernafas dengan sendirinye?
Baby akan bernafas sendiri bile keluar dari air dan tersentuh udara sebab ade perubahan pade keadaan n suhu sekelilingnye.
Beberape waterbirth video:
1)Hermine's hypnobirthing - If Im not mistaken, this mummy is Malaysia,tapi husbband die ni Korean :)
2) Hello Kyla Natasha - Waterbirth at Pantai Hospital. Baby was in water for 5minutes! amazing, kan? Baby xkan lemas di dalam air selagi baby tidak tersentuh pade udara. So, once anggota baby dah tersentuh pade udara, baby dah x boleh berada dalam air lagi. Subhanallah...
3) Water Homebirth Baby-- Chelsea Ng Chen Xi
Oh..paling suke yang nie :)
4)
Ade beberape lagi video, tapi user buat private. So Fizza x dapat la nak share kat sini sebab kene mintak kebenaran tuannye dulu. Video tu banyak yg Malaysian tau. Waterbirth kat Pantai Hospital n ade jugak yg waterbirth kat rumah sendiri :)
I wish....... ;)
Wednesday, August 28, 2013
Tips Kurangkan Sakit Bersalin Melalui Hypnobirthing
Salam readers. :)
Saje Fizza nak share info pasal hypnobirthing ni. Hypnobirthing digunakan untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit semasa bersalin. Actually, kite memang akan rase sakit tapi minda kite ni dialihkan ke perkare lain dan melatih diri untuklebihrelax ntak panik.
Teknik ini boleh dimulakan n praktis dari awal kehamilan lagi sehingga akhir kehamilan. :)
![]() |
| Relax mode |
Berikut ialah cara mudah teknik hypnobirthing :
1. Duduk bersila dalam keadaan rehat.
2. Pusingkan kepala ke arah bahu kanan kemudian kiri sebanyak 8 kali. Kemudian ke arah bahu kiri kemudian kanan sebanyak 8 kali.
3. Letakkan tangan di atas bahu dan pusingkan ke depan sebanyak 8 kali. Kemudian pusingkan ke belakang sebanyak 8 kali.
4. Kemudian berbaring dengan santai.
5. Luruskan tangan kanan dan kiri ke sisi tubuh. Luruskan kaki. Telapak kanan menghadap ke atas.
6. Menegangkan telapak kaki menuju ke betis dan paha dalam kiraan 8, kemudian lepaskan semula.
7. Tutup telapak tangan dan genggam dengan kuat, kerutkan dahi dan lidah naik ke arah lelangit dalam kiraan 8 dan lepaskan.
8. Tarik nafas melalui hidung perlahan-lahan dalam kiraan 8 dan lepaskan melalui mulut. Lakukan 8 kali.
9. Tutup mata dalam kiraan 8 dan buka perlahan-lahan.
10. Perhatikan pada satu titik sehingga mata terasa ingin tertutup, tutup mata perlahan-lahan.
11. Masukkan fikiran positif. Contohnya 'Semoga bayi dalam kandunganku membesar dengan sihat. Aku akan melahirkan dengan cara yang tenang, tidak menyakitkan diriku dan anakku.'
12. Ketika sudah selesai memasukkan fikiran positif, tarik nafas dalam melalui hidung dan hembus semula melalui hidung. Kembali semula kepada keadaan normal.
Credit to:
p/s: Actually. Fizza ade attend Hypnobirthing Course 15 & 16 Ogos lepas. Nanti Fizza share story kebaikan hypnobirthing ni. :) Fizza sangat2 recommend utk semua mommy-to-be join course ni. Course ni xsame ye macam antenatal class yang ade dekat hospital. Sangat berbaloi join, n Fizza anggap ni sebagai investment n ilmu berharga dalam birthing, hehe. Lebih2 lagi pada bakal ibu yang baru nak anak 1 nie ;)
Ok, nanti kalau rajin menaip Fizza share ye. Daaa.
Wednesday, July 31, 2013
Apa Itu Raspberry Leaf Tea?
Assalamualaikum & hello..!
Fizza baru je order raspberry leaf tea ni. Mesti ramai yang x berapa tau Teh dari daun rasberri ni kan? Actually, memang kebanyakan orang Malaysia tidak mengetahui
khasiat teh ni sebab x banyak dipasarkan & dijual di Malaysia. Kalau kita google pun, tak banyak info2 dalam bahasa Melayu. Tapi sebenarnya amalan meminum air teh dari daun rasberri ni dah lama diamalkan di Eropah sejak dari kurun ke 6 lagi. Google je
Raspberry Leaf Tea and pregnancy. Banyak yang keluar.
Daripada ape yang Fizza faham melalui pembacaan dari Mr Google, teh ini bukanlah ubat untuk memudahkan bersalin, tetapi disebabkan khasiatnya, teh ini banyak digunakan sebagai minuman tambahan (supplement) bagi ibu-ibu mengandung terutamanya selepas trimester ketiga sebagai persediaan untuk otot2 rahim bekerja dengan lebih baik ketika contraction (membantu melegakan otot2 rahim). Tapi ada jugak yang x pregnant pun amalkan teh ni untuk menghilangkan senggugut. Nak tau, kena la cuba kan.
![]() |
| Raspberry Leaves |
Daripada ape yang Fizza faham melalui pembacaan dari Mr Google, teh ini bukanlah ubat untuk memudahkan bersalin, tetapi disebabkan khasiatnya, teh ini banyak digunakan sebagai minuman tambahan (supplement) bagi ibu-ibu mengandung terutamanya selepas trimester ketiga sebagai persediaan untuk otot2 rahim bekerja dengan lebih baik ketika contraction (membantu melegakan otot2 rahim). Tapi ada jugak yang x pregnant pun amalkan teh ni untuk menghilangkan senggugut. Nak tau, kena la cuba kan.
Antara khasiat teh daun raspberi (from google) :
1. Memudahkan menghadapi gejala lemah di waktu pagi ( morning sickness )
2. Mencegah gusi dari berdarah terutamanya untuk wanita mengandung
3. Mengendurkan otot-otot di sekitar pangkal rahim (uterus) dan
pelvis ketika “contraction” bagi membantu proses kelahiran bayi dan juga
plasenta. Ia juga mengurangkan pendarahan berlebihan selepas bersalin.
4. Menenangkan rahim ketika peringkat terakhir menunggu kelahiran.
5. Kaya dengan zat besi, kalsium dan magnesium yang mana kandungan
magnesium amat membantu dalam menguatkan otot rahim. Ia juga mengandungi
vitamin B1, B3 dan E yang amat berguna dalam proses kehamilan.
6. Membantu kesuburan, meningkatkan kandungan susu ibu, mengatur kitar haid, mengurangkan demam dan cirit birit.
7. Membantu mempercepatkan uri keluar secara natural.
8. Membantu mengatasi masalah sukar tidur di akhir kehamilan.
9. Boleh diminum selepas bersalin, sebagai energy drink.
Teh ni jugak boleh diteruskan pengambilannye selepas proses bersalin. Sebab:
1) meningkatkan sistem imunisasi kerana ade kandungan vitamin & mineral.
2) membantu pengecutan semula rahim
3) melawan jangkitan kerana mengandungi agen antibakteria
4) sesetengah nya berkesan sebagai penggalak pengeluaran susu ibu.
Ibu-ibu yang mengandung boleh meminumkan sejak minggu ke-32 sebab teh ni memerlukan mase untuk ia menyerap ke dalam tubuh kita. Boleh
minum sebanyak 1 gelas sehari dan kemudian ditingkatkan kepada 2-3 gelas sehari pada minggu ke 36 dan
juga boleh minum sebelum ke “labour room”. Tapi Fizza plan nak minum start minggu ke-34 kot sebab nak ade persediaan selama 4minggu sebelum mencecah minggu ke-38. Tak ready la nak bersalin minggu ke-36..hehehe.
Oh, diingatkan ye tak semua orang boleh suka2 minum teh rasberri ni. Jika korang ade gejala seperti kat bawah ni:
1) mengalami proses kelahiran yang cepat bagi kelahiran sebelumya
2) dah dijadual untuk caesarean.
3) mengalami kelahiran secara caesarean pada kelahiran sebelumnya
4) mengalami kelahiran pra-matang pada kelahiran sebelumnya
5) pernah bleeding pada kandungan ketika 2nd trimester
6) mempunyai sejarah ovarian cancer, endometriosis or fibroids pada diri sendiri / keluarga
7) mempunyai komplikasi / masalah kesihatan ketika hamil
8) darah tinggi
9) hamil kembar
Kat mana nak beli teh daun rasberi ni?
1) Justlife Shop - boleh cek lokasi kat website Justlife (The Gardens, Ikano, Puchong, Melaka Raya, Seremban 2, Subang Jaya, Penang)
2) Jaya Grocers - Sunway Giza
3) Big Grocers - Publika
4) Opika - One Utama
5) Or beli online je - Malaysia Raspberry Leaf Tea
5) Or beli online je - Malaysia Raspberry Leaf Tea
Kalau korang beli dekat Justlife Shop, macam ni la packaging nye, tengok pic bawah. Dalam bentuk loose. So kalau nak bancuh tu, kena la sukat sikit then tapis. Nak sedap, kena tambah gula sikit sebab dia daun asli yang dikeringkan.
![]() |
| ni kalau beli kat Justlife |
![]() |
| Dalam bentuk uncang |
Website yang boleh korang rujuk2 tentang Raspberry Leaf Tea:
By the way, kalau terjumpa teh berperisa raspberri xyah la beli. Tu sekadar perisa je. Carilah daun raspberri yang betul2 punye ye.. Apa2 pun, seelok - eloknya dapatkan la nasihat daripada doktor2 / gynae masing2 before ambil apa2 supplement ye. Jangan berpandukan pade post Fizza ni je. Know ur own body & do ur research! :)
Daa~
Sunday, June 23, 2013
Dah Beli Birth Ball & Yoga Mat
Salam readers.
Wohoo, yeay! Dah beli jugak birth ball ni dengan yoga mat. Harap2 rajin lah menggunakannye nanti,hehe. Fizza beli dekat Jusco, yang murah je. Kalau nak yg berjenama macam Reebox tu, boleh la beli dekat Fitness Concept. Yang murah2 ni, ade jugak jual dekat Giant n Tesco.
Fizza beli ni siap dengan pump, tapi pump yang diberi sekali tu pump tangan, memang lenguh la kalau pump tangan. So Fizza grab la electric pump. Kalau beli kids pool boleh guna pump tu sekali. Yoga mat tu Fizza pilih yang paling murah sekali,hehe. Ade yang plain & printed. Tapi mase beli tu yang plain tinggal warne grey & printed ade corak ni je. So pilih yang ni je la sebab siap dengan beg jaring tu. Senang nak angkut & nak simpan nanti. Harge yoga mat ni RM39.90, tapi mase tu ade AEON Member Fiesta, so sale jadi RM29.90..
Yang kotak atas tu la electric pump. Hargenye RM54.90 (takde less pun,huhu) & harge gym ball tu plak RM49.90 (ade 10% less).
Kalau nak gi beli nanti, korang jangan la cakap "Saya nak cari birth ball, ade x?" Tak pasal2 ade orang tercengang kat sane. hehe. Birth ball ni same je dengan gym ball. Saiz plak ade banyak..45cm, 55cm, 65cm, 70cm dan jugak 75cm. Sebab ape ade banyak saiz? Sebab gym ball ni kena ikut ketinggian korang. Kalau beli kat tempat macam Jusco tu, korang agak2 je la. Tapi kat Fitness Concept, korang leh test ngan gym ball yg ade kat situ before beli.
Kalau nak gi beli nanti, korang jangan la cakap "Saya nak cari birth ball, ade x?" Tak pasal2 ade orang tercengang kat sane. hehe. Birth ball ni same je dengan gym ball. Saiz plak ade banyak..45cm, 55cm, 65cm, 70cm dan jugak 75cm. Sebab ape ade banyak saiz? Sebab gym ball ni kena ikut ketinggian korang. Kalau beli kat tempat macam Jusco tu, korang agak2 je la. Tapi kat Fitness Concept, korang leh test ngan gym ball yg ade kat situ before beli.
Untuk pastikan yg saiz tu sesuai ke x, korang kena duduk atas birth ball tu dengan kaki kangkang sikit kat tepi ball (pastikan tapak kaki rata kat lantai). Macam gambar bawah nie la.
![]() |
| Birth Ball Size |
Kalau kaki tu terjungkit, or ketinggian lutut melebihi paras punggung - itu tandenye saiz tu xsesuai dengan korang. So,sila pastikan korang memilih birth ball/gym ball dengan kedudukan punggung yg lebih tinggi dari kedudukan lutut tu.
Banyak kegunaan birth ball/gym ball ni. Boleh guna semasa buat senaman untuk orang mengandung, boleh guna mase dahdekat2 nak bersalin (utk kurangkn sakit contraction) & boleh guna gunakan lepas pantang nanti. Exercise la uolss! Keep the body slim n fit,heheh.
Oh,senanam n cara guna borth ball untuk kurangkan sakit contraction ni akan Fizza kongsi dalam entry lain ye. See u in next entry ;)
Daa!
Subscribe to:
Posts (Atom)






