SiCantik sama SiKacak

Wednesday, August 28, 2013

Tips Kurangkan Sakit Bersalin Melalui Hypnobirthing

Salam readers. :)

Saje Fizza nak share info pasal hypnobirthing ni. Hypnobirthing digunakan untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit semasa bersalin. Actually, kite memang akan rase sakit tapi minda kite ni dialihkan ke perkare lain dan melatih diri untuklebihrelax ntak panik.

Teknik ini boleh dimulakan n praktis dari awal kehamilan lagi sehingga akhir kehamilan. :)


Relax mode

Berikut ialah cara mudah teknik hypnobirthing :

1. Duduk bersila dalam keadaan rehat.

2. Pusingkan kepala ke arah bahu kanan kemudian kiri sebanyak 8 kali. Kemudian ke arah bahu kiri kemudian kanan sebanyak 8 kali.

3. Letakkan tangan di atas bahu dan pusingkan ke depan sebanyak 8 kali.  Kemudian pusingkan ke belakang sebanyak 8 kali.

4. Kemudian berbaring dengan santai.

5. Luruskan tangan kanan dan kiri ke sisi tubuh. Luruskan kaki. Telapak kanan menghadap ke atas.

6. Menegangkan telapak kaki menuju ke betis dan paha dalam kiraan 8, kemudian lepaskan semula.

7.  Tutup telapak tangan dan genggam dengan kuat, kerutkan dahi dan lidah naik ke arah lelangit dalam kiraan 8 dan lepaskan.

8. Tarik nafas melalui hidung perlahan-lahan dalam kiraan 8 dan lepaskan melalui mulut.  Lakukan 8 kali.

9. Tutup mata dalam kiraan 8 dan buka perlahan-lahan.

10. Perhatikan pada satu titik sehingga mata terasa ingin tertutup, tutup mata perlahan-lahan.

11.  Masukkan fikiran positif.  Contohnya 'Semoga bayi dalam kandunganku membesar dengan sihat. Aku akan melahirkan dengan cara yang tenang, tidak menyakitkan diriku dan anakku.'

12. Ketika sudah selesai memasukkan fikiran positif, tarik nafas  dalam melalui hidung dan hembus semula melalui hidung.  Kembali semula kepada keadaan normal. 

Credit to:

p/s: Actually. Fizza ade attend Hypnobirthing Course 15 & 16 Ogos lepas. Nanti Fizza share story kebaikan hypnobirthing ni. :) Fizza sangat2 recommend utk semua mommy-to-be join course ni. Course ni xsame ye macam antenatal class yang ade dekat hospital. Sangat berbaloi join, n Fizza anggap ni sebagai investment n ilmu berharga dalam birthing, hehe. Lebih2 lagi pada bakal ibu yang baru nak anak 1 nie ;)

Ok, nanti kalau rajin menaip Fizza share ye. Daaa.

No comments:

Post a Comment

Kalau suka bolehla komen ^_^