SiCantik sama SiKacak

Thursday, September 26, 2013

The Little Princess

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, segala puji-pujian ke hadrat Ilahi. Syukur atas kelahiran cahaya mata yang pertama di kala kandungan 39minggu 4hari. Baby HS lahir ke dunia disambut sendiri oleh bapanya pade 19 September 2013, jam 5.50 petang seberat 2.77kg. Terima kasih buat semua yang mendoakan. Kelahiran yang cepat dan mudah dimakbulkan oleh-Nya. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu :')

My Hypnobaby :) 19Sept2013

Jatuh cinta saat pertama kali memandang wajahmu, anakku :)

Semoga anak ini menjadi penyeri hidup kami suami isteri, menjadi anak yang beriman lagi solehah serta membesar dengan sihat, aktif & bijak. Amin :)

Saturday, September 14, 2013

1st Anniversary

Salam readers :)

Alhamdulillah, 14 September kembali semula. Happy 1st year Anniversary my love. Kami sambut dengan simple je. Keluar rumah untuk beli keperluan dapur, then gi BR beli kek je. :)

pic dr Instagram
love
Now,
Menanti kehadiran insan baru. Semoga kehadirannye menambahkan lagi kasih sayang antara kite. Amin :)
Belek gambar kawin memang  pernah boring! Hehe




  

 

"Ya Allah, berkatilah rumahtangga kami ini, Limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kami, Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh kami di dunia dan di akhirat serta sempurnakanlah agama kami dengan berkat ikatan ini.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan rahmat kepada kami suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad SAW."

Amin..

p/s: Baju nikah n baju sanding open utk sewaan. Berminat boleh email kat fiza.annisa@gmail.com
Fizza saiz S, tinggi 155cm.

Tuesday, September 10, 2013

My Favourite Waterbirth Videos

Salam readers.

Disclaimer: VIEWER DISCREATION ADVISED
 
Teringin nak share pasal waterbirth ni. Bersalin dalam air ni dipercayai dapat mengurangkan kesakitan serta mengurangkan koyakan perinium :) Ibu2 juga merasa lebih relax dan tenang seterusnye bagi effect yang menenangkan pade baby tu sendiri.

Waterbirth ni selamat n xkan melemaskan bayi sebab bayi mempunyai kemahiran berenang (dive reflex) tu ketika dalam kandungan tapi kemahiran tu akan hilang beberapa ketika lepas baby dilahirkan. Lagipun , baby masih lagi bernafas menggunakan oksigen yg disalurkan melalui tali pusat. 

So, bile baby start bernafas dengan sendirinye?
Baby akan bernafas sendiri bile keluar dari air dan tersentuh udara sebab ade perubahan pade keadaan n suhu sekelilingnye. 

Beberape waterbirth video:

1)Hermine's hypnobirthing - If Im not mistaken, this mummy is Malaysia,tapi husbband die ni Korean :)
 


2) Hello Kyla Natasha - Waterbirth at Pantai Hospital. Baby was in water for 5minutes! amazing, kan? Baby xkan lemas di dalam air selagi baby tidak tersentuh pade udara. So, once anggota baby dah tersentuh pade udara, baby dah x boleh berada dalam air lagi. Subhanallah...


3) Water Homebirth Baby-- Chelsea Ng Chen Xi
   Oh..paling suke yang nie :)


4)

Ade beberape lagi video, tapi user buat private. So Fizza x dapat la nak share kat sini sebab kene mintak kebenaran tuannye dulu. Video tu banyak yg Malaysian tau. Waterbirth kat Pantai Hospital n ade jugak yg waterbirth kat rumah sendiri :)

I wish....... ;)

Monday, September 9, 2013

How to Get Free Diapers Samples?

Salam readers.... :)

Mommies semua sihat? Alhamdulillah, now Fizza dah 37weeks. Kira dah full-terms & ready to give birth at anytime. Tapi Fizza xready lagi la. Baby pun mcm belum ready je kan? hehe. So far, xde tanda2 apa2 lagi. Tapi kepala baby dah engaged kat laluan cuma belum turun je. Baby sabar ye, jangan keluar dulu. Mama nak settlekan barang2 lagi sikit :) But baby kena keluar before 21 September tau. Sebab atok dari Sabah nak datang Johor tau jumpa baby. Baby nak jumpe Atok kan? :)

Oh, by the way. Fizza nak share dengan mommies semua. Fizza ade request beberapa samples untuk baby diapers starting bulan Mei lepas. Semua yang Fizza request dah selamat sampai ke rumah, kecuali Mamypoko & Scoobee Dry (ni x pernah tengok tp jumpe online).

Baby diapers..banyak x?  hehe
So camne nak dapatkan free samples ni? Senang je. Isi maklumat dalam online form kat bawah ni. Then tunggu la posmen hantar. Hihi. Servis paling cepat adelah Huggies. Dalam seminggu samples tu dah sampai :)

BabyLove (same company with Petpet)

Mamypoko

Huggies

Drypers

Scoobee Dry
So, cepat2 isi form ye. Barang free kan. Dalam pack kecik2 senang je nak bawak n prepare for hospital bag,hehe..

Wassalam :)

Sunday, September 8, 2013

Apa Itu Garam Epsom (Epsom Salt) ?

Salam readers.. Apa khabar? :)
Banyak open house? Tahun ni undangan open house kurang sikit, x macam tahun lepas. Maybe sebab tahun lepas tu masih bekerja ;)


Baru2 ni, Fizza berendam dalam kolam berisi Epsom Salt. Before tu, kenalah tau apa tu epsom salt kan? Garam Epsom ni adalah sebatian mineral semulajadi, terdiri daripada magnesium dan sulfat yang boleh memberi beberapa manfaat jika menggunakannya dengan cara yang betul. Garam Epsom seringkali di kenali sebagai penawar untuk beberapa penyakit.

Kajian telah menunjukkan bahawa magnesium dan sulfat, kedua2 mineral ini mudah diserap ke dalam kulit. Apabila dilarutkan ke dalam air suam, garam epsom akan meningkatkan tahap magnesium ke dalam badan. 

Magnesium memainkan beberapa peranan termasuk mengawal selia aktiviti2 enzim, mengurangkan radang, merehatkan sistem saraf, melegakan sakit anggota badan, mengurangkan ketegangan otot dan dikatakan juga mampu mencegah pengerasan arteri. Manakala sulfat pula di katakan membantu meningkatkan nutrien dan menyahkan toksin.
Cara menggunakan garam epsom ialah dengan berendam di dalam bath tub (2 cawan garam epsom + 15 gallon air), sekurang2nya 2 atau 3 kali seminggu selama 12 minit boleh memberi manfaat kepada kesihatan badan, mewujudkan perasaan ‘relax’,melegakan sakit kepala dan ‘stress’ atau larutkan 1/2 cawan garam epsom dengan air suam ke dalam bekas sederhana besar dan rendamkan kaki selama 20 minit untuk melegakan keletihan dan sakit kaki. Jangan sekali kali membiarkan garam pada kulit sebaik saja selesai berendam, pastikan membilas badan dengan air biasa.

Garam ni juga dipercayai boleh mengurangkan gejala pre-eclampsia. Mommies2 yg pregnant sure tau kanpre-eclampsia tu ape? Haa kalau xtau,sila lah google ye :) So, dekat2 nak due ni takut jugak kalau terkena pre-eclampsia ni. Kadang2 takde tande pun boleh kena secare tibe2 waktu kite bersalin nanti. Contohnye mcm sawan. Ade sesetengah ibu tibe2 xsedarkan diri mase tengah2 bersalin tu. Pernah dengar x? Tula salah satu effectnya. So, Fizza buat ni sebagai langkah berjaga-jaga je. Ape2 pun kite hanye usaha, doa dan bertawakal pade Allah semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.. Aminnn :) 
Banyak manfaat dengan berendam garam epsom kan?
Di bulan syawal ni kalau terasa letih melayan tetamu, penat travel jauh2. Boleh cuba le, mungkin dapat memberi kelegaan pada tubuh badan. Sebabnye kan, ia berfungsi melegakan otot2 badan. InsyaAllah. Walaubagaimana pun jika hamil dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan garam epsom sebab sesetengah berpendapat garam ni boleh mengurangkan air dalam badan. Fizza ambil langkah utk xberendam lame2. Lepas berendam tu plak, Fizza minum air banyak2. 

Beberapa info pasal epsom salt yg Fizza dapat dari Google. Kalau nak bace2 n tambah info, boleh la klik.
http://www.howlivingwell.com/archives/20130520/epsom-salt-laxatives-and-pregnancy.html
http://www.hcgdiethelp.info/epsom-salt/

Kat mane nak beli garam epsom ni? Boleh cari dekat kedai2 organik, farmasi or Fabulous Mom. Fizza beli dekat Fabulous Mom. Packaging macam bawah ni. 1kg harganye RM 26.90

O' Choice Epsom Salt

Ok, semoga info ni memberi manfaat pade semua.. Wassalam..