SiCantik sama SiKacak

Tuesday, October 9, 2012

Alhamdulillah. selamat di'PUAN"kan ;)

Assalamualaikums readers~

Sangat lame menyepi kan, hehe. Fizza dah selamat dinikahkan pada 14 September 2012.
Alhamdulillah, syukur sangat. Harap kami suami isteri dapat melayari bahtera rumahtangga dengan penuh keimanan, kasih-sayang yang berpanjangan, kejujuran, melengkapi & menerima seadanya.

teaser dulu hihi ;)

Much Love ~

Thursday, August 9, 2012

Giveaway Contest: Happy Two Years Together ^_^

Assalamualaikum Readers. :)

Hari ni godek2 facebook terpandang giveaway dari newsfeed tu (nasib ternampak sebab memang dah 'Like' fanpage Diba before ni). Giveaway ni diadakan sempena anniversary percintaan diorang yang ke-2 pada tahun ni yang akan tiba x lame lagi iaitu pada 10 Ogos 2012 nanti :) So sweet kan, siap buat giveaway lagi. Peluang baik untuk B2B grab hadiah, yeay! :D

Ini adalah penyertaan pertama Fizza join giveaway contest ni! Semoga ada rezeki kat sini ;)

Yang kanan tu la Cik Diba her her lovey dovey bf Mr Sepol ;)

Contest ini akan tamat pada 31 Ogos 2012. So Korang nak tau x hadiah untuk giveaway ni ape? Ni dia senarai giveaway tu untuk 3 orang pemenang:-

Wishing tree x1 (A3 size, customized design) (worth RM50)
+ 3 different colour stamp pad (medium size, worth RM30)  

Canvas printing (16"x24") (worth RM80)

Guestbook x 1 ( A4, 30 pages, customized cover design) (worth RM150)

Oh! Fizza memang nak giveaway ni sebab boleh buat 1 bahagian 'Photobooth' mase wedding nanti. For me, Photobooth ni adalah salah satu penyumbang kepada keceriaan n kemeriahan majlis kita nanti tau? :D
Kenape? Sebab tetamu jemputan kite nanti xla boring nak tunggu pengantin, nak salam parents kite la, or nak tunggu turn ambil gambar di pelamin laa..kan?
Maka dengan itu, inisiatif lain adalah, tetamu kita ni boleh la ambil gambar posing2 dekat Photobooth tu! :) Sambil2 tu boleh la tengok aksi2 pelik+kelakar diorang kan! :D Boleh jugak baca2 wish diorang dekat guestbook tu. Nanti lepas kawen belek-belek gambar mesti tersenyum/tergelak sorang-sorang,heee. Kan best tu, mengimbau kenangan kawen :D

By the way, kalau korang nak tau, Diba ni pun pernah buat Photobooth Corner untuk wedding Renee n Zimie tau! Ni antara pics diorang :)

 Mase wedding Renee Meowwww ;)

yang ni wedding Zimie

Untuk Diba n Sepol, Fizza doakan semoga hubungan korang berkekalan n dipanjangkan jodoh kamu berdua sehingga disatukan sebagai suami isteri nanti. Fizza doakan korang cepat2 kahwin n boleh join kelab kahwin same2 !

Kawan2-kawan B2B lain jom la kite join contest giveaway ni same-same :) Cara nak join, Boleh la melawat ke blog cik Diba ni http://sweetcandyme.blogspot.com/ & jugak fanpage ThePhotobooth Corner.


p/s: Mood berangan- Tengah imagine wishing tree di atas table, canvas printing yang ada gambar Fizza with Mr Fiance kat tepi meja tu, sambil2 para tetamu itu menulis wish di Guestbook sambil main cop2 n posing gelak-gelak kat situ!,heeeee!

Wednesday, August 8, 2012

No Vendor? I'm The Weds Planner.

Salam readers semua. :)

Lame Fizza menghilang dari blog yg memamg sangat lah bersawangnye ni.
Gara2 mencari vendor utk majlis kahwin. Rata2nya dah xnak ambil lagi. Proses mencari selama sebulan setengah tiada hasil lagi, uhuks :(
Sebab wedding bulan 10, 11 n 12 dah banyak tempahan. Memandangkan majlis bulan September masih dalam mood raya, makanya bulan2 itu dah jadi bulan 'malas' bagi diorang. Sebab bulan puase kan. Mood kerja menurun. Layan x layan je. Plus kedai tutup awal. Kadang2 tutup kejap, pastu bukak kejap. Ada vendor yang terima, tapi x boleh customade. Kena ikut design yang diorang pernah buat. Pastu sebab last inute, sume main harga. Letak harga mahal.

So? Macam mane? Jadi wedding planner utk wedding sendiri,haha :D
Pelamin maybe DIY je. Tapi nak cari jugak klau jumpa pelamin yang reasonable. Takut x terkejar nak buat sendiri. Yola, menda lain sume x start lagi. Baru settle cari canopy je.

Baju Mr Fiance pulak dah siap sebab dah hntar awal, lagi pun dah diputuskan design yg die berkenan. Tapi sedih!!!  Tailor tu rosakkan baju tu. Huwaaa!!  Baju sanding dan nikah ye. Dua2 jahanam, pastu die xnak mengaku! mane lagi nak hantar tailor. Sume xnak amek tempahan dah. sebab dah nak puase. Baju raye banyak diorang nak siapkan. Kurang asam. Dah la susah nak cari warna tu. Kain pulak bukan murah. Taknak mengaku salah pulak. Ko tunggu nanti aku report kat tribunal pengguna! huh~~!

Masa dah x banyak. Hope everything goes well. Fizza buat sendiri kebanyakannya. Coz anak sulung kan. Adik2 plak jauh2, mak pulak blajar lg sibuk dgn assignment die T_T


Tenanglah wahai hatii :')

Friday, June 8, 2012

Kain Untuk Akad Nikah



Kain untuk nikah ni dibeli dari Bandung (tapi suruh kawan belikn coz ari tu x sempat). If convert to RM agak mahal jugak lah, but still worth it.
Because material fabrik ni sangat2 lah lembut. So bolehlah dress nikah I tu nanti nampak flowy2. heee~

CD Crepe (ala2 satin, tapi x berkilat. very soft)

Nanti bila ade mase I akan buat 1 entry untuk kain-kain yang diangkut dari Bandung.
Akan ade beberapa lace yang akan dijual sebab terlebih beli...huhuhuh (sila jgn tiru aksi ini, merbahaya utk B2B ok, mau pengsan tengok duit abes juta-juta,kihkihkih)

Majoriti fabrik yang I beli semuanya dari D'Fashion. 2x pergi, dua2 pergi di D'fashion.
Best!

Solemnization Dress Ideas

This weekend nak hantar baju akad nikah kat tailor. Tapi design belum finalize lagi.
My nikah theme memang nak putih. Nampak suci bersih gitu ;)
Design nak yang simple je n nampak polos.

Beberapa design yang akan menjadi pilihan di hati. Calon-calonnya;

Idea 1
by Rizalman.
looked simple. Part tudung tu ala2 kain sarung batik kan,hehe. tapi leh menutup dada.


Idea2
Ohhh, yang ini I sangat2 lah suka sebab ade bunga2 tu...hehe. Suruh tailor jahit layer yang pleated tu sampai tengah sikit, cantik x?.


Idea 3
by Nurita Collections.
Yang ni pun cantik jugak kan. Nampak ayu, menutup dada, simple n minimalist concept.
Boleh letak 3D flowers kat bahu kanan tu. Part bottom, maybe nak senget sikit macam pic bawah nie.


Idea 4
Bahagian bottm nak buat macam gambar atas ni lah.errr nak ke tailor buat ni. Dah la hantar lambat.huhu!
Tapi, sukaaaaaaa. Mintak2 tailor mahu...

***Design jadi or x jadi, dapat buat or x dapat buat, kite berangan dulu....***

Heloo B2B~~




Assalamualaikum B2B semua! :)

Hai
Alhamdulillah x lama lagi nak nikah dah. September ni.
Macam last minute je. eh ke memang last minute?
Pasal 99 hari je lagi,haha.

Preparations? 1%.
Hahahaha :D

Ape boleh buat. Date baru confirm last 2 weeks, tapi x buat ape-ape.
Blur~~~ n masih terkejut? huhu.

Macam x percaya je (tepuk-tepuk pipi).