SiCantik sama SiKacak

Showing posts with label Pemakanan. Show all posts
Showing posts with label Pemakanan. Show all posts

Friday, June 21, 2013

Pemakanan Snek Yang Sihat Untuk Ibu Hamil

Tips kali ini adalah untuk mereka yang suka ber-snek terutama sekali bagi wanita hamil. Apabila hamil, sememangnya anda akan kerap berasa lapar, jadi tidak hairan jika ibu mengandung mempunyai tabiat baru iaitu memakan snek. Jangan panik dengan tabiat ini secara semulajadi berlaku dan boleh diatasi untuk kekal sihat supaya berat badan anda tidak naik secara mendadak dan berlebihan semasa mengandung. 
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh membantu anda dengan pemakanan snek yang sihat semasa mengandung:

(1) Buat snek anda sendiri supaya anda boleh ber-snek dengan cara yang sihat. Ini dapat mengawal jumlah kandungan gula, garam dan kalori di dalam snek anda. Contoh: Masak sendiri puding laici (kita boleh mengawal jumlah gula dan juga ia tanpa pengawet) Tabiat ini boleh mengurangkan keinginan untuk mengambil terlalu banyak biskut manis, kek, atau pelbagai makanan bergoreng.

(2) Elakkan makan makanan segera, kerana kebanyakan makanan ini mengandungi kalori yang tinggi dan jumlah lemak yang banyak.Semestinya makanan sebegini terdapat MSG yang tidak baik untuk kandungan.

Say NO!

(3) Elakkan membeli-belah untuk makanan ringan atau makanan lain apabila anda berasa lapar. Kerana dalam keadaan ini, anda dengan mudah boleh tergoda untuk membeli makanan yang lebih daripada yang diperlukan.

(4) Memilih bahan buah-buahan yang dicampur di dalam kek atau roti seperti kek pisang, kek buah, kek karot, kerana anda boleh memakannya dan baik untuk ibu hamil dan bayi di dalam perut, selagi bahagian/portion makanan yang diambil munasabah. 

(5) Kurangkan memakan banyak kentang goreng, pastri, croissant, keropok, kentang goreng, aiskrim dan pencuci mulut lain yang tinggi lemak. 

(6) Pilih makanan yang rendah lemak, seperti buah-buahan segar atau kekacang, jagung, makanan rebus atau kukus dan juga sayur sayuran.

(7) Minumlah air setiap hari agar badan anda tidak kekurangan air. Cuba selingkan air ketika ber-snek.

Minum banyak2 ;p



Oleh itu, janganlah takot untuk ber-snek semasa mengandung selagi snek itu berkhasiat dan jumlah bahagian yang di ambil munasabah supaya ibu yang hamil dapat mengandung dengan sihat dan anak di dalam perut juga membesar dengan sihat. InsyaAllah.

 

Monday, June 3, 2013

Makanan Dan Minuman Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil

Setiap wanita yang hamil memerlukan pelbagai nutrien, vitamin dan mineral dalam setiap makanan dan minuman yang diambil untuk membantu perkembangan janin di dalam perut. Tapi setiap pengambilan makanan dan minuman semasa hamil mestilah diambil dengan berhati-hati kerana semasa mengandung, sistem imun ibu hamil semakin berkurangan. Jadi ia adalah lebih sensitif kepada toksin, parasit atau terdapat kuman dalam makanan dan minuman.

Senarai makanan dan minuman yang perlu DIELAKKAN ketika mengandung:

1) Telur separuh masak atau telur mentah, atau makanan yang disediakan dengan menggunakan telur mentah sebagai contoh: mayonis ubat sendiri

2) Daging mentah, ikan mentah atau separa masak. Seperti stik daging yang di masak dagingnya masih merah jambu, sushi dan ikan salmon

3) Susu, keju atau yogurt (tairu) yang tidak disterilkan

4) Organ binatang contohnya hati kerana bahagian ini mempunyai lebih kandungan Vitamin A dan membahayakan kandungan anda

5) Makanan yang dipanas berulangkali mestilah dipanaskan dengan kepanasan maxima untuk memastikan bakteria tiada lagi.

6) Makanan berpanggang atau BBQ yang dibiarkan beberapa ketika sebelum dihidangkan

7) Kekacang. Elakkan jika si ibu pernah mempunyai sejarah alahan

8) Sayuran yang tidak dibasuh dengan betul. Sayuran ini perlu dicuci untuk mengelakkan tokoplasma.

9) Stik tuna, ikan tertentu atau ikan bersaiz besar kerana mengandungi paras tinggi merkuri yang boleh menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam kuantiti yang besar. FDA mencadangkan saiz cadangan untuk sajian ikan seperti ini adalah terhad kepada 12 auns seminggu.

10) Jangan minum minuman yang mengandungi alkohol kerana ia boleh menyebabkan keabnormalan dalam perkembangan janin dan boleh menyebabkan masalah emosi terhadap bayi tersebut

11) Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh perlu dielakkan atau terhad kerana kopi menjejaskan berat badan bayi di dalam kandungan. Ia juga boleh memberi risiko keguguran yang tinggi dan kafein juga boleh menganggu penyerapan zat besi yang diperlukan oleh ibu yang mengandung.

Semoga bermanfaat! :)