SiCantik sama SiKacak

Sunday, June 23, 2013

Dah Beli Birth Ball & Yoga Mat

Salam readers.

Wohoo, yeay! Dah beli jugak birth ball ni dengan yoga mat. Harap2 rajin lah menggunakannye nanti,hehe. Fizza beli dekat Jusco, yang murah je. Kalau nak yg berjenama macam Reebox tu, boleh la beli dekat Fitness Concept. Yang murah2 ni, ade jugak jual dekat Giant n Tesco.


Fizza beli ni siap dengan pump, tapi pump yang diberi sekali tu pump tangan, memang lenguh la kalau pump tangan. So Fizza grab la electric pump. Kalau beli kids pool boleh guna pump tu sekali. Yoga mat tu Fizza pilih yang paling murah sekali,hehe. Ade yang plain & printed. Tapi mase beli tu yang plain tinggal warne grey & printed ade corak ni je. So pilih yang ni je la sebab siap dengan beg jaring tu. Senang nak angkut & nak simpan nanti. Harge yoga mat ni RM39.90, tapi mase tu ade AEON Member Fiesta, so sale jadi RM29.90..


Yang kotak atas tu la electric pump. Hargenye RM54.90 (takde less pun,huhu) & harge gym ball tu plak RM49.90 (ade 10% less).

Kalau nak gi beli nanti, korang jangan la cakap "Saya nak cari birth ball, ade x?" Tak pasal2 ade orang tercengang kat sane. hehe. Birth ball ni same je dengan gym ball. Saiz plak ade banyak..45cm, 55cm, 65cm, 70cm dan jugak 75cm. Sebab ape  ade banyak saiz? Sebab gym ball ni kena ikut ketinggian korang. Kalau beli kat tempat macam Jusco tu, korang agak2 je la. Tapi kat Fitness Concept, korang leh test ngan gym ball yg ade kat situ before beli.

Untuk pastikan yg saiz tu sesuai ke x, korang kena duduk atas birth ball tu dengan kaki kangkang sikit kat tepi ball (pastikan tapak kaki rata kat lantai). Macam gambar bawah nie la.

Birth Ball Size
Kalau kaki tu terjungkit, or ketinggian lutut melebihi paras punggung - itu tandenye saiz tu xsesuai dengan korang. So,sila pastikan korang memilih birth ball/gym ball dengan kedudukan punggung yg lebih tinggi dari kedudukan lutut tu.

Banyak kegunaan birth ball/gym ball ni. Boleh guna semasa buat senaman untuk orang mengandung, boleh guna mase dahdekat2 nak bersalin (utk kurangkn sakit contraction) & boleh guna gunakan lepas pantang nanti. Exercise la uolss! Keep the body slim n  fit,heheh.
Oh,senanam n cara guna borth ball untuk kurangkan sakit contraction ni akan Fizza kongsi dalam entry lain ye. See u in next entry ;)

Daa!

1 comment:

  1. tq for info...memang sedang cari kedua2 barang tu...bestnye...tak sbar nak cari

    ReplyDelete

Kalau suka bolehla komen ^_^