SiCantik sama SiKacak

Thursday, June 26, 2014

Gadgets For Hiliy First Solid Food

Assalam reader, hyeee ;)

Entry ni sebenarnye dah lame buat. Tapi x publish sebab ntah rase mcm dah publish tp rupenye belum. Ngek kann. :p

Gadjets for babies memang banyak n x pernah habis, kan mommies? Sentiase ade je nak kena beli lagi ler anak pertame ni. Actually, all gadjets utk prepare Hiliy punye solid food ni Fizza dah survey mase baby Hiliy baru 4months lagi..(excited) Ini dipanggil persediaan ;) So persediaan tu kena get ready before baby Hiliy ni 6 months la. All tools for baby's first solid food bukan sikit sikit rupenye. Banyak jugak. Naseb baik fikir awal.(alasan nak shopping ;p)

Setelah disenarai pendek Fizza decide untuk beli yg betul2 perlu je dulu. So items nye adelah:

1) Blender
Ni of course kena beli baru. Xkan nak pakai blender bekas blend lada. Syiaaannn babyyy. At first nak jgk beli Avent 2 in 1 Steamer & Blender tu. Senang je tgk n cepat siap. Tapi bile fikir balik blender utk buat puree just guna dalam 2 bulan+- . So x jadi la lagipun mahal hihi.RM450 & above, pakai kjap je. Yg Baby Bullet tu pulak set, RM80 - RM160 siap storage skali. Tapi storage tu Fizza rase x perlu. Sebab leh guna milk storage bottle n Autumz plastic storage bag tu. Banyak sangatttt stok bag tu. Better guna yg tu je. 

Mini Hand blender pun mcm ok. Kecik je plus senang nak bawak travel. Leh sumbat dlm handbag trus. Pastu sesuai je kalau just nak blend sikit sikit. (untuk mommies yg suka sediakan fresh foods, xnak pakai frozen yg ni memang sgt sesuai utk uolss)

Fikir2 balik, Fizza beli Shake & Take je. Sebab kecik senang nak angkut klau travel. Plus Fizza pun leh tumpang skali nak buat jus. Ekekeke :p

Shake & Take, abaikan yg lain2 tu (malas nak amek pic baru)

Beli online je dr Marissa Shoppe RM70 with postage utk shake n take yg ade 2 bottles. Tp kat Lazada lg murah. RM55. Pasal Lazada ni byk nak cerita n rase nak buat review. Banyak kali jugak shopping kat Lazada ni. Sebab service best n macam2 ade!

2) Steamer
Untuk food yg agak keras kene steam dulu bagi lembut then baru blend. Nak rebus boleh, tapi khasiat dr food tu akan keluar kat air rebusan tu. Better steam je. Mula2 fikir leh x steam pakai sterilizer . Sbb ade je sterilizer tu tapi terperap je. Guna skali mase belum deliver. Sbb nak steril bottles nak isi susu pam lpas pntang. After that x guna pon.

Ade ke sape2 penah steam guna sterilizer? Sbb same je konsepnye kan. Wap2 gitu. ;) Ade jugak Fizza search google, banyak mat saleh guna sterelizer je utk steam.

Tupperware Steamer

Tapi, sebagai langkah selamat Fizza guna je steamer dr Tupperware. Xyah beli baru. Harga x ingat ;)


3) Cooking set
Fizza beli set Combi. Leh guna untuk tapis food kasi halus, mash (lenyek), n byk step lagi boleh guna. Semua manual je so kalau xde electric xde masalah nak prepare. Brand lain ade jugak yang jual lebih kurang macam ni tapi bentuk lain sikit la. macam US Baby, Hito & Pigeon. Mostly yang banyak jual2 macam ni adelah Japan brand.
Baby Manual Solid Food Preparation

Yang ni harganya RM78 lepas diskaun. Normal price RM99. yang ni design lame. Design baru lagi cantik. Harge pun 2x ganda. RM169. Fiza x beli. Sebab mahal. hihi. Yang ni pun dah cukup :)


4) Cutting board and Knife

Cutting board Fizza beli baru sebab yang kat rumah dah guna wat potong macam2 (bawang, lada, ikan, ayam sume dah). Beli baru je. Kebetulan ade jual mase dekat Mom's n Baby Expo kat Danga City Mall haritu. Terus beli sebab malas nak cari lagi takut terlupa. Tapi mahal oiii. Brand Kidsme RM40, Huhu. Pisau pun Fizza beli yang baru, tapi gambar xdela. Lupa nak snap.

Kidsme Antibacterial Cutting Board RM40
5) Feeding Set

Fizza xfikir sangat pasal set ni. Terus fikir nakbeli dari Tupperware je memandangkan Fizza ahli Tupperware,hehe. So far xpernah xpuashati dengan barangan Tupperware, jaminan seumur hidup lagi :D Lepas tengok video ni, so Fizza confident dah untuk amek set Twinkle Tot dulu..Harga xingat dah.  Dalam RM50++ kot. Set for kids tu tunggu Hiliy besar sikit :)

Tupperware Twinkle Tot Set
Ni video commercial dari Tupperware untuk feeding set ni. Jom kita tengok :)


6) Food Feeder

Untuk baby gigit2 n pegang sendiri makanan yang lembik2 :) Fizza beli terus dekat booth KIdsme mase dekat Mom & Baby Expo tu. Price dalam RM35 kot. X ingat dah,hehe. Ampun. ;)

Kidsme Food Feeder

7) Slow Cooker

Untuk masak bubur. Slow cooker ni kite prepare malam, masuk dalam cooker nanti bangun pagi dah siap. Masakatas dapur leceh plak. Lagi2 untuk orang macam Fizza ni yang selalu pelupa. Nanti bubur dah jadi hangit plak, kalau jadi nasi xpe lagikan. yang ni dah survey, tapi xjumpa lagi yang sesuai. Ada mommies yang nak suggest x? Kalau boleh nak yang tahan lama, berkualiti & saiz kecil.


Setakat ini, itu sahaja yang dah dibeli. Ratus2 jugak tu, banyakbetul pelaburan setiap bulan. hehe. Buat masa ni,segala pemakanan Hiliy masih menggunakan bahan2 yang organik. Kalau xde baru beli yang x organik lah.Ok mommies, Assalam... :)


3 comments:

  1. Hi Fizza!

    Nama I Lin, I marketing exec from Lazada Malaysia. First of all, thank you so much sebab ada mention kitorang punya website dalam blog post ni. Appreciate it very much. :)

    Boleh I dapatkan email you? I nak contact you about this blog post. My email is noorazlina.noor@lazada.com.my. :)

    Thank you and I look forward to hearing from you. :) Have a nice weekend ahead. :)

    ReplyDelete
  2. bila dah ada baby macam2 nak beli kan... masa anak saya nak intro solid food pun excited beli gadget... hihi

    saya nak follow awak, bole awak follow saya balik? tQ =)
    http://formulasihatcantik.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. salam..jemput singgah belog. ada novel secondhand for sale. =)

    http://myraanneba.blogspot.com/

    ReplyDelete

Kalau suka bolehla komen ^_^