As-salam semua :)
Kat sini Fizza nak share ape yg Fizza dapat dari FB. Semoga bermanfaat pade semua ye. InshaAllah :)
Baca kat bawah ni..Jangan malas bace plak, sebab panjang..hehehe.
Nama Nama Yang Dilarang Islam
Nama adalah doa kepada
seseorang, maka ibu bapa menjadi pemegang amanah yang besar untuk
menamakan cahaya mata mereka. Nama hendaknya memiliki makna yang bagus.
Janganlah memberikan nama hanya mengikut perasaan, asalkan indah dan sedap didengar tanpa mengetahui makna yang tersirat atau maksud sebenarnya.
Jika nama tersebut buruk dan memalukan, maka ibubapa boleh dikira berlaku zalim dan derhaka pada si anak.
A. NAMA-NAMA LARANGAN
1. Pengabdian / Penghambaan
Syarak menegah menamakan seseorang atau anak dengan nama yang dilarang
seperti yang khusus bagi Allah atau sembahan-sembahan lain. Jauhilah
dari nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain
Allah seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi),
Abdul-‘Uzza (Hamba Tuhan ‘Uzza) dan sebagainya.
2. MALIKUL-AMLAK
Diharamkan memberi nama dengan nama ‘Malikul-Amlak’ yang bermaksud; ‘Raja bagi segala raja’. Sabda Rasulullah SAW:
إنَّ أخْنَعَ اسْمٍ عِنْدَ اللَّهِ تَعالى رَجُلٌ تَسَمَّى مَلِكَ الأمْلاكِ
“Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah
seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak.” (Riwayat Imam Bukhari dari
Abu Hurairah r.a.)
Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda;
أَغْيَظُ رَجُلٍ عَلَى اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَخْبَثُهُ، رَجُلٌ
كَانَ يُسَمَّى مَلِكَ الأَمْلاَكِ، لاَ مَلِكَ إِلاَّ اللَّهُ
“Lelaki
yang paling dimukai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hina ialah
lelaki yang diberi nama Malikul-Amlak (kerana hakikatnya) tiada raja
melainkan Allah.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
3. NAMA MALAIKAT
Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat.
Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya. Berkata Qadhi ‘Iyadh;
“Telah memakruhkan sebahagian ulama’ memberi nama dengan nama-nama
Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik
memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin.”
4. TENGOK NASIB DAN PENAFIAN
Begitu juga, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan
tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama
yang terkandung dalam sabda Rasulullah SAW;
لاَ تُسَمِّيَنَّ
غُلاَمَكَ يَسَاراً، وَلاَ رَبَاحاً، وَلاَ نَجِيحاً، وَلاَ أَفْلَحَ،
فَإِنَّكَ تَقُولُ: أَثَمَّ هُوَ؟ فَلاَ يَكُونُ، فَيَقُولُ: لاَ”.
إِنَّمَا هُنَّ أَرْبَعٌ، فَلاَ تَزِيدُنَّ عَلَيَّ.
“Janganlah kamu
menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan
Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang;
“Apakah ada di sana (Yasar, Rabah dan sebagainya itu)?” Lalu ia
menjawab; “Tidak ada”.” (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab
r.a.)
Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda::
لا تسمين غلامك يسارا ولا رباحا ولا نجيحا ولا أفلح فإنك تقول أثم هو فلا يكون فيقول: لا
“Jangan namakan anakmu dengan nama senang, keuntungan dan kejayaan.
Sebabnya adalah jika kamu bertanya adakah ‘kuntungan’ ada? Jika tidak
ada, orang akan menjawab “Keuntungan tidak ada”.” (Hadis riwayat Muslim,
Tirmizi r.a. dan Abu Daud r.a.)
Menurut Imam Nawawi, dimakruhkan
nama-nama tersebut (dalam hadis) adalah kerana buruk dan rosaknya
jawapan yang bakal diterima, juga nama-nama tersebut ada kemungkinan
menjatuhkan sebahagian golongan ke dalam suatu bentuk perbuatan menenung
untung/nasib. (Contohnya; apabila ditanya; “Adakah di sana ada Rabah
(untung)?”, lalu dijawab; “Ada”. Apabila orang yang suka
menengok/menilai nasib dengan suatu sempena atau kejadian mendengar
jawapan ini, maka ia akan membuat andaian bahawa hari tersebut adalah
hari untung).
Menurut Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan; memberi
nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para
ulama’. (Tarbiyatul-Aulad)
5. KEKUFURAN DAN KEJAHATAN
Nama-nama yang memberikan maksud yang tidak baik dan melambangkan
kekufuran dan yang terkenal dengan kejahatan, seperti Wisky, Ifrit,
Firaun dan Syaitan adalah dilarang.
6. TIDAK MELAMBANGKAN ISLAM
Hendaklah dijauhi juga dari memberi nama dengan nama-nama yang tidak
beridentitikan Islam dan menggambarkan hilangnya jati-diri sebagai
seorang muslim, seperti meniru-niru nama orang bukan Islam seperti
Natasya, Susan, Suzuki, Mazda dan Ninja. Juga nama-nama yang menzahirkan
cinta-berahi seperti nama ‘Huyam’ (gila berahi), dan sebagainya.
7. MEMUJI DIRI SENDIRI
Banyak nama yang menunjukkan memuji diri sendiri dalam masyarakat
Melayu kini. Tidak kiralah namanya dengan nama Khairun Nisa (sebaik-baik
wanita), nama ‘mujahid’ pejuang, syahid, nama ‘salafus soleh dan
sebagainya. Setiap ibubapa hendaklah berhati-hati menamakan bayi mereka
kerana ini dilarang dan termasuk dalam memuji diri anak itu sendiri.
Rasulullah SAW melarang
menggunakan nama yang memuji diri sendiri. Pernah terjadi pada suatu
ketika, apabila Nabi SAW bertemu seorang wanita bernama Barrah (wanita
yang sangat baik); Rasulullah SAW bersabda:
لاَ تُزَكُّوْا أَنْفُسَكُمْ اَللهُ أَعْلَمُ بِأَهْلِ الْبِرِّ مِنْكُمْ
“Janganlah kamu memuji diri kamu sendiri. Allah SWT lebih mengetahui siapakah yang lebih baik dikalangan kamu.”
Mereka bertanya: “Apa yang kami hendak namakannya.”
Baginda menjawab: “Zainab.”
(Hadis sahih riwayat Muslim r.a.)
Daripada Umar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda;
عن عمر رضي الله عنه قال, قال رسول الله صلي الله عليه وسلم:لأنهين ان يسمى رافع وبركة ويسار.
“Aku menegah daripada menamakan dengan nama Rafi’ (ketinggian)’,
Barakah (keberkatan) dan Yassar (senang).” (Hadis riwayat Tirmizi r.a.).
Imam Nawawi berkata: Ulama syafie berkata: “Dimakruhkan memberi nama
dengan nama-nama ini dan apa yang membawa kepada sebab larangan ini.
Larangan ini adalah hanya makruh tidak haram.”
8. GABUNGAN NAMA
Memang ramai
yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia
menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran
bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.
Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya
sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang bererti
‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.
9. NAMA BURUK
Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk seperti Harb,
Murrah, Kalb, ‘Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan sebagainya.Sabda
Rasulullah SAW;
تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ
الأسْماءِ إلى اللّه تَعالى عَبْدُ اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها:
حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها: حَرْبٌ وَمُرَّةُ
“Berilah nama
dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah
‘Abdullah’ dan ‘Abdurrahman’. Nama yang paling tepat (dengan hakikat
manusia) ialah ‘Harith’ dan ‘Hammam’, dan nama yang paling buruk ialah
‘Harb’ dan ‘Murrah’.” (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi
Wahb al-Jusyami r.a.)
B. PERAWATAN ISLAM
Di dalam
perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan
untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak
elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah
agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya;
1. Balqis – ketua jin
2. Qistina/Kistina – penghulu jin
3. Najwa – bisikan
4. Zaqwan/Zaquan – anak jin
5. Haikal/Haiqal – tengkorak
6. Badrisha/Badlisha/Herisha
Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti
sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis,
memberontak, hiperaktif dan sebagainya.
C. NAMA-NAMA YANG DILARANG DALAM ISLAM
Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda:
A
Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
Abkam Tidak celik, buta
Afinah Yang bodoh
Amah Hamba suruhan perempuan
Asiah Wanita yang derhaka
Asyar Paling jahat
Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie Aku berzina
B
Baghiah Yang zalim, jahat
Bahimah Binatang
Bakiah Yang menangis, merengek
Balidah Yang bodoh, bebal
Baqarah Lembu Betina
Batilah Yang batil, tidak benar
D
Dabbah Binatang
Dahisyah Goncang, stress
Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami’ah Yang mengalir air matanya
Daniyah Yang lemah dan hina
Darakah Kedudukan yang rendah
F
Faji’ah Kecelakaan
Fajirah Yang jahat, yang berdosa
Fasidah Yang rosak, yang binasa
Fasiqah Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah
G
Ghafilah Yang lalai, yang leka
Ghaibah Hilang
Ghailah Kecelakaan, bencana
Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah Perampas, perompak
Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
H
Haqidah Yang dengki
Hasidah Yang hasad
Hazinah Yang sedih
Huzn Kesedihan
J
Jafiah Yang tidak suka berkawan
Jariah Hamba suruhan perempuan
K
Kafirah Yang kafir, yang ingkar
Kaibah Yang sedih
Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah Pendusta, pembohong
Khabithah Yang jahat, yang keji
Khali’ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah Arak
Khasirah Yang rugi
Khati’ah Yang bersalah, yang berdosa
L
Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab Bara api
Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La’imah Yang tercela
Lainah Yang terkutuk
M
Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah Agama menyembah api atau matahari
Maridah Yang menderhaka
Munafikah Yang munafik
Musibah Celaka, bencana, kemalangan
N
Najisah Yang najis dan kotor
Nariah Api
Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami
Q
Qabihah Yang buruk, hodoh
Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah Pembunuh
Qazurah Kejahatan, perzinaan
R
Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
Razani Kepala zakar lelaki
Razi’ah Kecelakaan, musibah
Razilah Yang keji dan hina
S
Safih Insan Manusia bodoh
Safilah Yang rendah dan hina
Sahiah Yang pelupa
Sharrul / Sharru Jahat
Sakirah Pemabuk
Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah Yang bodoh
Syani’ah Yang buruk
Syaqiyah Yang menderita
Syaridah Yang diusir
Syariqah Pencuri
Syarisah Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
Syatimah Maki hamun
T
Tafihah Karut
Talifah Yang rosak, yang binasa
Talihah Yang tidak baik
Tarbiyah Yang papa kedana
Tarikah Anak dara tua
W
Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah Yang lemah
Wahinah Penakut
Wailah Bencana, keburukan
Wajilah Penakut
Waqi’ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah Yang kotor
Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna
Wathy / Wathi Bersetubuh
Y
Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah Yang berputus asa
Z
Zalijah Kebinasaan
Zalilah Yang hina
Zalimah Yang zalim
Zaniyah Penzina, pelacur
Zufafah Racun pembunuh
D. RENDAH DIRI
Nama-nama yang buruk, berbunyi pelik dan ganjil mungkin membuatkan yang
empunya diri berasa agak terasing. Tidak mustahil juga nama itu menjadi
bahan ejekan dan tidak begitu disenangi anak-anak kerana tekanan yang
dihadapi di sekolah atau di alam pekerjaan.
Kesan daripadanya,
nama ini menimbulkan rasa malu kepada mereka yang akhirnya menyebabkan
rasa marah, membangkitkan pergaduhan, malah juga boleh membina perasaan
rendah diri dan berkemungkinan ia boleh menjejaskan perkembangan
penghargaan kendiri seseorang itu.
Sabda Rasulullah SAW : “Kamu
sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa
kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.” (Hadis riwayat Abu
Daud r.a.).
E. PANGGILAN PENDEK
Orang Melayu suka
menggunakan nama panggilan/timangan atau memendekkan nama, seperti nama
Muhamad/Muhammad akan jadi Mohd (jom) atau Mat (mati) dan jika nama
Abdullah, jadi Dolah saja. Amalan ini haruslah ditinggalkan dan
contohilah orang Arab yang menghargai dan memanggil nama penuh pada
setiap masa, kerana padanya terkandung doa.
F. PENUKARAN NAMA
Disunatkan mengubah nama yang buruk atau yang tidak baik kerana Nabi
SAW telah melakukannya kepada para sahabat baginda, di mana Rasulullah
SAW pernah menukar nama seorang yang bernama Abdul Hajar (hamba batu)
kepada Abdullah. Ada yang bernama ‘Asi (yang derhaka) lalu ditukar
kepada Muti’ (yang taat).
Aishah r.a berkata: “Rasulullah telah menukar nama-nama yang buruk.” (riwayat Tirmidzi).”
Ibn Umar berkata: “Anak perempuan Umar dinamakan dengan nama ‘Asiah
(wanita yang derhaka), lalu dinamakan oleh Rasulullah SAW dengan Jamilah
(cantik).” (riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah).
Ibnu Umar r.a. menceritakan;
أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- غَيَّرَ اسْمَ عَاصِيَةَ. وَقَالَ: “أَنْتِ جَمِيلَةُ”.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menukar nama (seorang perempuan
bernama) ‘Ashiyah (perempuan yang engkar) di mana baginda berkata kepada
(perempuan itu); ‘Kamu adalah Jamilah (yang indah)’.” (Riwayat Imam
Muslim)
Said bin al-Musayyab menceritakan bahawa bapanya yang
bernama Hazn (susah/sedih), telah datang kepada Rasulullah SAW lalu
Baginda bertanya kepadanya; “Apa nama kamu?” Jawab bapaku; “Hazn”. Lalu
Rasulullah berkata; “Kamu adalah Sahl (iaitu Nabi menukar namanya kepada
Sahl yang bererti; mudah).” Namun bapaku berkata; “Aku tidak akan
menukar nama yang diberikan kepadaku oleh bapaku.” Said berkata;
“(Dengan kedegilannya itu) maka berterusanlah ‘huzunah’
(kepayahan/kesedihan) membelenggu keluarga kami selepasnya.” (Riwayat
Imam Bukhari dari Said bin al-Musayyab dari bapanya)
Berdasarkan kepada apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW mengenai
penukaran nama di atas, adalah disunatkan menukar nama buruk kepada yang
lebih baik.
Sekiranya sesiapa yang telah terlanjur menamakan
anak dengan nama yang buruk, tidak elok atau ‘kurang manis’, tidak
perlulah mengubah nama tersebut di pejabat pendaftaran, cukuplah hanya
menukar nama panggilan kepada nama pangkat dalam keluarga seperti along,
angah atau nama keduanya. Jika nama anak itu ‘Siti Balqis’, panggillah
‘Siti’ sahaja.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
SiCantik sama SiKacak
Tuesday, August 6, 2013
Sunday, August 4, 2013
Raya Preparation 2013
Assalamualaikum, salam weekend uols.. :)
Hari ni mesti ramai orang pergi shopping raye kan? Al-maklum lah, weekend terakhir sebelum menyambut Hari Raya pade ari Khamis nanti :) Hari Ahad memang Fizza x pernah keluar jalan-jalan sebab hubbyku kerja,hukhuk. Offday die cume hari Sabtu je. Itu pun nasib baik dapat tukar hari Sabtu. Before ni offday nye hari Jumaat, before dapat hari Jumaat offday nye hari Selase. Haru x? hihi. Sebab tula kalau member2 yang kahwin hari Ahad, memang xla daku dapat menghadirkan diri melainkan daku pergi sendiri bertumpangkan & bertemankan kawan2ku.. ;p
Hari ni mesti ramai orang pergi shopping raye kan? Al-maklum lah, weekend terakhir sebelum menyambut Hari Raya pade ari Khamis nanti :) Hari Ahad memang Fizza x pernah keluar jalan-jalan sebab hubbyku kerja,hukhuk. Offday die cume hari Sabtu je. Itu pun nasib baik dapat tukar hari Sabtu. Before ni offday nye hari Jumaat, before dapat hari Jumaat offday nye hari Selase. Haru x? hihi. Sebab tula kalau member2 yang kahwin hari Ahad, memang xla daku dapat menghadirkan diri melainkan daku pergi sendiri bertumpangkan & bertemankan kawan2ku.. ;p
Oh, berbalik semula tentang persiapan raye. Kalau bukak FB tu, tengok kat newsfeed penuh cerita orang shopping sane sini. Macam syok je kan :) Actually, tahun ni secare rasminye merupakan tahun pertama Fizza menyambut Aidilfitri sebagai seorang isteri. Mula2 bila fikir, macam excited je. Yela, first time :) Tapi bila start memikirkan keprluan baby yg masih x settle lagi di kala daku dah 8bulan ni, terus jadi xde mood. Macam mane nak happy shopping & prepare pasal raye kalau banyak barang baby x beli lagi? :( Hosnestly, lagi 3hari nak raye ppreparation adelah zero...haaaaa.. X shopping ape2 pun, n xterniat di hati pun nak shopping huhu. Sadis sungguh. Fizza pun xnak lah menyusahkan hubby mintak itu mintak ini sebab memang tetiap bulan pun perbelanjaan cukup2 je utk bayar duit kereta & bil2 semua..huhu. Kalau cerita bab ni, daku memang emo sikit. Sebab ade orang beranggapan daku ni USELESS sebab daku kan TAK BEKERJA? Eh hello?? Sekius me. Daku sedar daku x kerja, tapi x pernah sepanjang kahwin ni mintak ape2 pun dari hubby ku. Duit belanjeku selame kahwin ni pun atas titik peluh ku sendiri. (Eh, x kerja mane ade duit kan? Ye, memang xde duit). Fizza syukur la sebab sebelum kahwin Fizza ade beli emas, emas tu la Fizza jual untuk beli ape2 yang patut. Actually, emas tu dibeli dengan niat untuk bayar PTPTN, tapi apekan daya. Kalau Fizza leh kerja, dah lame dah Fizza kerja. Jangan sesuka hati melabel daku ni MALAS & USELESS. Even zaman bujang dulu mase kerja pun Fizza buat 2 kerja, jual tudung online jugak. So agak2 la nak cakap daku ni MALAS ye. Sepanjang hidup segala yg Fizza nak kebanyakannye Fizza USAHA sensiri x pernah mengaharapkan orang lain. Dah kawen ni pun, hatta suami yg perlu menanggung isteri, Fizza bukan la jenis yg meminta2. Cukup la die kasi daku makan, sobsss. Emas ku pun dah tiade lagi, oh sayangnyeee. Nanti la Fizza story2 kenapa pasal kenape x kerja ni. Tapi xdpaat la nak story semua benda. Al maklum la, banyak hati orang yang kena jage. Sobss..Hati sendiri juga yg ku korbankan :'(
Cehh, ape dah. Tetibe melalut bab luahan perasaaan pulak. Haihh maaflah readers. Fizza tetibe sedih la. Sebab macam dah nampak bayang raye ni mesti kena soalan cepumas lagi dari manusia2 yg busybody. Nak tau kenape? Sebab sekarang ni kalau jumpe orang dieorang dah x cakap "Ape khabar" kat Fizza. Sebaliknye soalan direct, "Dah kerja?"... Macam nak lempang dengar soalan macam ni? Ko tanye macam aku ade hutang ko je kan??? Or macam ade job nak kasi. Pffttt ! (lagi menyampah bila orang yg same je yg ulang kali tanye, meluatttt)
Baju raye - TIADA. (tapi berita baik semalam mak cakap die belikan jubah utk Fizza n baju melayu for hubby,huhu. Mekasih mak.)
Kasut raye - TIADA. (kasut zaman single-mingle banyak yg high heel & wedges masih melambak, tapi dah preggy ni mane leh pakai kan. Tapi rase x perlu pun nak beli. So, x payah)
Langsir raye - TIADA (belum duduk rumah sendiri, x payah nak melawa bagai,hehe. Tapi kalau ade rumah sendiri pun, x kuase nak ganti langsir raye tiap2 tahun. Paling kurang pun orang ganti 3 tahun sekali kan? Besederhana je la)
Duit raye - KENE LA ADE (haa budak2 kecik mesti mintak2.. duit raye..duit raye..so kenalah sediakan budget sikit, bagi ikut kemampuan saje)
Tudung raye - TIADA (pakai je la ape yg ade)
Kuih raye - ON THE WAY (biasenye x pernah beli, memang buat sendiri setiap tahun paling kurang 10 jenis yee. Tapi tahun ni xde mood+x larat+ no budget,huhu. Nasib mak dah buat kuih siput tradisional tu n kuih tart sebab nak hantar ke Sabah - family hubby) - oh mahal ye rupenye pos, ke pos dah naik. dekat RM100 kos pos je. Fizza pun ade pos ke sane jugak tp berat kurang sikit pon mahal. terkejut bila kena bayar RM60 utk berat 3kg.. Ke memang dah naik harge?
Ape lagi? Rasenye tu je kot kan? Songkok n sampin hubby nasib baik Fizza dah belikan mase kahwin dulu. So leh pakai semula. Dah beli mahal2 x kan nak perap, ye tak? Hehe.
By the way, tahun ni x dirancang pun raye kat Johor. But disebabkan keadaan yg dah hampir sarat ni, so berayelah Fizza & suami kat Johor. Lagipun, budget totally tiade a.k.a Zero budget dah kalau plan nak balik Sabah pun..hehe. Sesak dah sejak akhir2 nie.. So Fizza sarankan kat hubby next year kite rayelah kat sane but make sure simpan budget awal2 yela nak beli flight tix utk 3 orang & 2x transit (JHB-KUL-SDK) mesti ribu2, huhuhu. Price hari raye sure la mencanak2 kan T_T Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga so dapatlah baby beraye dengan suasane Sabah.. Aminn ;)
Ok, lastly to all reader, Selamat Menyambut Aidilfitri!! Minal Aidil Walfaizeen.. :) Utamakan keselamatan di hari raye.Lebih kurang stgh jam lagi nak berbuka, so selamat berbuka jugakk.
Daa~~!
By the way, tahun ni x dirancang pun raye kat Johor. But disebabkan keadaan yg dah hampir sarat ni, so berayelah Fizza & suami kat Johor. Lagipun, budget totally tiade a.k.a Zero budget dah kalau plan nak balik Sabah pun..hehe. Sesak dah sejak akhir2 nie.. So Fizza sarankan kat hubby next year kite rayelah kat sane but make sure simpan budget awal2 yela nak beli flight tix utk 3 orang & 2x transit (JHB-KUL-SDK) mesti ribu2, huhuhu. Price hari raye sure la mencanak2 kan T_T Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga so dapatlah baby beraye dengan suasane Sabah.. Aminn ;)
Ok, lastly to all reader, Selamat Menyambut Aidilfitri!! Minal Aidil Walfaizeen.. :) Utamakan keselamatan di hari raye.Lebih kurang stgh jam lagi nak berbuka, so selamat berbuka jugakk.
Daa~~!
Wednesday, July 31, 2013
Apa Itu Raspberry Leaf Tea?
Assalamualaikum & hello..!
Fizza baru je order raspberry leaf tea ni. Mesti ramai yang x berapa tau Teh dari daun rasberri ni kan? Actually, memang kebanyakan orang Malaysia tidak mengetahui
khasiat teh ni sebab x banyak dipasarkan & dijual di Malaysia. Kalau kita google pun, tak banyak info2 dalam bahasa Melayu. Tapi sebenarnya amalan meminum air teh dari daun rasberri ni dah lama diamalkan di Eropah sejak dari kurun ke 6 lagi. Google je
Raspberry Leaf Tea and pregnancy. Banyak yang keluar.
Daripada ape yang Fizza faham melalui pembacaan dari Mr Google, teh ini bukanlah ubat untuk memudahkan bersalin, tetapi disebabkan khasiatnya, teh ini banyak digunakan sebagai minuman tambahan (supplement) bagi ibu-ibu mengandung terutamanya selepas trimester ketiga sebagai persediaan untuk otot2 rahim bekerja dengan lebih baik ketika contraction (membantu melegakan otot2 rahim). Tapi ada jugak yang x pregnant pun amalkan teh ni untuk menghilangkan senggugut. Nak tau, kena la cuba kan.
![]() |
| Raspberry Leaves |
Daripada ape yang Fizza faham melalui pembacaan dari Mr Google, teh ini bukanlah ubat untuk memudahkan bersalin, tetapi disebabkan khasiatnya, teh ini banyak digunakan sebagai minuman tambahan (supplement) bagi ibu-ibu mengandung terutamanya selepas trimester ketiga sebagai persediaan untuk otot2 rahim bekerja dengan lebih baik ketika contraction (membantu melegakan otot2 rahim). Tapi ada jugak yang x pregnant pun amalkan teh ni untuk menghilangkan senggugut. Nak tau, kena la cuba kan.
Antara khasiat teh daun raspberi (from google) :
1. Memudahkan menghadapi gejala lemah di waktu pagi ( morning sickness )
2. Mencegah gusi dari berdarah terutamanya untuk wanita mengandung
3. Mengendurkan otot-otot di sekitar pangkal rahim (uterus) dan
pelvis ketika “contraction” bagi membantu proses kelahiran bayi dan juga
plasenta. Ia juga mengurangkan pendarahan berlebihan selepas bersalin.
4. Menenangkan rahim ketika peringkat terakhir menunggu kelahiran.
5. Kaya dengan zat besi, kalsium dan magnesium yang mana kandungan
magnesium amat membantu dalam menguatkan otot rahim. Ia juga mengandungi
vitamin B1, B3 dan E yang amat berguna dalam proses kehamilan.
6. Membantu kesuburan, meningkatkan kandungan susu ibu, mengatur kitar haid, mengurangkan demam dan cirit birit.
7. Membantu mempercepatkan uri keluar secara natural.
8. Membantu mengatasi masalah sukar tidur di akhir kehamilan.
9. Boleh diminum selepas bersalin, sebagai energy drink.
Teh ni jugak boleh diteruskan pengambilannye selepas proses bersalin. Sebab:
1) meningkatkan sistem imunisasi kerana ade kandungan vitamin & mineral.
2) membantu pengecutan semula rahim
3) melawan jangkitan kerana mengandungi agen antibakteria
4) sesetengah nya berkesan sebagai penggalak pengeluaran susu ibu.
Ibu-ibu yang mengandung boleh meminumkan sejak minggu ke-32 sebab teh ni memerlukan mase untuk ia menyerap ke dalam tubuh kita. Boleh
minum sebanyak 1 gelas sehari dan kemudian ditingkatkan kepada 2-3 gelas sehari pada minggu ke 36 dan
juga boleh minum sebelum ke “labour room”. Tapi Fizza plan nak minum start minggu ke-34 kot sebab nak ade persediaan selama 4minggu sebelum mencecah minggu ke-38. Tak ready la nak bersalin minggu ke-36..hehehe.
Oh, diingatkan ye tak semua orang boleh suka2 minum teh rasberri ni. Jika korang ade gejala seperti kat bawah ni:
1) mengalami proses kelahiran yang cepat bagi kelahiran sebelumya
2) dah dijadual untuk caesarean.
3) mengalami kelahiran secara caesarean pada kelahiran sebelumnya
4) mengalami kelahiran pra-matang pada kelahiran sebelumnya
5) pernah bleeding pada kandungan ketika 2nd trimester
6) mempunyai sejarah ovarian cancer, endometriosis or fibroids pada diri sendiri / keluarga
7) mempunyai komplikasi / masalah kesihatan ketika hamil
8) darah tinggi
9) hamil kembar
Kat mana nak beli teh daun rasberi ni?
1) Justlife Shop - boleh cek lokasi kat website Justlife (The Gardens, Ikano, Puchong, Melaka Raya, Seremban 2, Subang Jaya, Penang)
2) Jaya Grocers - Sunway Giza
3) Big Grocers - Publika
4) Opika - One Utama
5) Or beli online je - Malaysia Raspberry Leaf Tea
5) Or beli online je - Malaysia Raspberry Leaf Tea
Kalau korang beli dekat Justlife Shop, macam ni la packaging nye, tengok pic bawah. Dalam bentuk loose. So kalau nak bancuh tu, kena la sukat sikit then tapis. Nak sedap, kena tambah gula sikit sebab dia daun asli yang dikeringkan.
![]() |
| ni kalau beli kat Justlife |
![]() |
| Dalam bentuk uncang |
Website yang boleh korang rujuk2 tentang Raspberry Leaf Tea:
By the way, kalau terjumpa teh berperisa raspberri xyah la beli. Tu sekadar perisa je. Carilah daun raspberri yang betul2 punye ye.. Apa2 pun, seelok - eloknya dapatkan la nasihat daripada doktor2 / gynae masing2 before ambil apa2 supplement ye. Jangan berpandukan pade post Fizza ni je. Know ur own body & do ur research! :)
Daa~
Tuesday, July 30, 2013
Memilih Stroller Serbaguna Untuk Travel & Shopping
Salam semua :)
Tengah fikir2 stroller idaman ni. Nak pilih stroller pun pening. Sebab nak cari yang serbaguna (dan jugak dalam lingkungan budget) untuk semua keadaan dan hanya mahu 1 stroller saja. Taknak la sampai 2 stroller, semata-mata 1 untuk travel dan 1 lagi untuk jalan-jalan. Terasa macam membazir, sebab banyak keperluan lain untuk didahulukan.
Tengah fikir2 stroller idaman ni. Nak pilih stroller pun pening. Sebab nak cari yang serbaguna (dan jugak dalam lingkungan budget) untuk semua keadaan dan hanya mahu 1 stroller saja. Taknak la sampai 2 stroller, semata-mata 1 untuk travel dan 1 lagi untuk jalan-jalan. Terasa macam membazir, sebab banyak keperluan lain untuk didahulukan.
So, ciri-ciri stroller yang WAJIB
menepati piawaian Fizza adalah seperti di bawah ni:
Ultra lightweight Penting!
Tapi xnak lah
terlalu ringan sangat, nanti terhuyung hayang pulak bila jalan
tempat berlekuk.Bergegar- gegar stroller tu nanti. Kesian kat
baby,huhu. Kalau boleh, range berat dalam lingkungan 4.0 kg- 5.5 kg
je.
Reversible handle (boleh rear-facing n
forward-facing) Penting!
Kebanyakan
lightweight stroller ni hanya boleh forward-facing je. Yang forward-facing
tu semua stylo2 pulak tu! Tapi wajiblah x masuk list Fizza coz rasa x
selamat la kalau x dapat tengok baby tu directly. Kot kepala die
tersenget ke, kite parents die ni x perasan pulak. Bahaya! Lagi pun,
kalau baby terbangun kite leh nampak & nak baby tengok muka
parents die je. Hehe. So rear-facing is a must!
Affordable n within budget Penting!
Yang ni
kalau bab membeli semuanya mestilah kena affordable, mampu milik &
masih dalam lingkungan budget mak bapaknye. ;p Budget RM1000 je.
Saiz compact bila dilipat Penting!
Ni pun penting.
Kalau dah lipat pun masih memerlukan ruang besar, macam mana nak
memudahkan kitorang travel nanti, kan? Taknak makan space banyak
sangat. Leceh. Kalau letak dalam kereta pun, xdelah stroller tu je
yang conquer, ye tak? Hehe.
Fully reclining seat sampai 170 degree Penting!
Kalau newborn,
baby kan banyak tido. So kena cari stroller yang boleh recline
sampai melintang. Penting untuk keselesaan baby nak tido.
Fully covered n large canopy Penting!
Kalau panas,
boleh lindung baby & x silau kena cahaya matahari. Kalau boleh,
dekat cover tu ade ruang peek-a-boo. So parents leh intai2 baby dari
situ. Xpayah tolak2 cover tu.
Kukuh, stabil dan tahan lama Penting!
Nak digunakan turun temurun. So
haruslah tahan lama punya stroller. Takkan 1 anak, 1 stroller kena
beli,huhu. Kalau x stabil nanti, terangkat stroller tu or
goyang-goyang pulak.
Senang nak bukak, tutup n lipat Penting!
Sebab I ni perempuan, xnak leceh..hehe. Kot tetibe kena travel sorang2,
sebelah dah dukung baby. Sebelah tangan lagi nak lipat stroller. So
kenalah senang untuk dilipat dengan sebelah tangan je. Ting! Siap.
Fully padded
Kalau dah siap
padded, x perlu dah nak beli alas tilam nipis or beli stroller pad
pulak. Kalau nak bawak pun, maybe bawak bantal kecik je. Kalau boleh, nak la washable seat fabric. Senang nak basuh, bukak sarung je.
Stylo dan cantik dilihat
Yang ni kalau x dapat kira 1 bonus la.
X berapa penting pun. Actually, teringin. Tapi apakan daya,
lightweight stroller semuanya x stylo. Kecuali Babyzen Yoyo ni
p/s: Kritirea pemilihan stroller ni mungkin berbeza-beza ngan korang. Bergantung pada penggunaan korang jugaklah. Macam Fizza ni, maybe akan banyak travel ke Sabah (family belah suami). So kitorang memang mencari stroller yang sesuai untuk travel ke mana2 je. Nak dukung je baby penat + x larat jugak, lebih2 masa menunggu flight. Kena tukar flight 2x lagi. Kot tetibe delay ke, ape ke.
Setelah survey2, tengok Youtube n review daripada pengguna2 lain melalui website dan blog. Kami memilih produk dari Jepun iaitu Aprica or Combi sahaja memandangkan ciptaan diorang banyak mengkhususkan piawaian wanita2 Jepun yang kebanyakan travel tanpa suami (yela, lelaki sane kan workaholic. So segala keperluan rumah bab shopping sume serah kat orang perempuan. Jadi rekaan diorang sangat cerewet bagi menepati piawaian yg x menyusahkan utk perempuan seperti aiiii,hehehe). Lagi pun Fizza rase (firasat hati ye, x kate pilihan orang lain x tepat) produk Jepun memang dicipta megikut saiz orang Asia & keperluan orang2 Asia. Ni lah antara sebab Fizza pilih Combi or Aprica je. Malas nak pening2. Ni pun dah pening..huhu..
Jom kite tengok calon2 stroller nye:
Jom kite tengok calon2 stroller nye:
buatan Jepun (menjadi plihan kebanyakan Japanese royalties)
Ciri ciri stroller nie:
Berat cuma 4.6kg ajeee. Checked!
Reversible handle (boleh rear n forward facing). Checked!
Price dalam lingkungan RM1400 - RM 1890. (Growing Kids, Bebe Totz)
Saiz yang compact apabila dilipat. Checked!
Boleh recline sehingga 170 degrees (sesuai dari newborn). Checked!
Penutup boleh cover penuh dn melindungi baby dari sinaran UV. Checked!
Stroller ni stabil dan kukuh! Ade special wheel Checked!
Senang dilipat dengan sebelah tangan je, boleh sangkut kat bahu or boleh tarik je.
Full padded, berbentuk hourglass yang dikatakan dapat bagi fully support pada badan baby.
Stylo? Boleh tahan la! Suka warna yang kat bawah ni. Ada polka-dot gitu! Hehe. (tapi hubby xsuke, uhukk)
Komen: semuanya dah menepati ciri2 idaman. Extra bonus: sebab bagi fully support kat padded seat yg berbentuk hourglass dan jugak mempunyai design polka-dot yang cantik :) Tapi, tapi....kenapa MAHAL! uwaaa~~
huhu.. cantik kan warne ni?
(2) Combi Well Comfort
Banyak dijual kat Jusco Malaysia
Ciri2 stroller ni plak :
Berat pun sama. Cuma 4.6kg. Checked!
Reversible handle (boleh rear n forward facing). Checked!
Price lebih murah. Dalam lingkungan RM959.00 (harga dekat Bebe Totz dan Babykingdom)
Saiz yang compact apabila dilipat. Checked!
Boleh recline sehingga 170 degrees (sesuai dari newborn). Checked!
Canopy boleh cover penuh dan melindungi baby dari sinaran UV. Checked!
Stroller ni stabil jugak, tidak se'stabil' Aprica Karoon Plus tapi ada shock absorbing. Checked!
Senang dilipat dengan sebelah tangan, boleh sangkut kat bahu dan boleh tarik jugak. Checked!
Dah
siap padded lembut.Plus, washable seat fabric. Senang nak basuh.
Stylo?tak berapa.. Hehe
Komen: Dah menepati ciri2 idaman. Ada ruang peek-a-boo (window yang jaring2 tu) untuk intai2 baby dah fabrik polister yg cepat kering. Stroller ni jugak macam mampu milik. Hehe.
(3) Combi Miracle Turn DX
Ciri ciri stroller nie:
Berat 6.4kg.
Reversible handle (boleh rear n forward facing). handle die boleh adjust nak tinggi atau rendah. Checked!
Price dalam lingkungan RM1388. (harga dekat Littlewhiz)
Saiz yang compact apabila dilipat. Checked!
Boleh recline sehingga 170 degrees (sesuai dari newborn). Checked!
Penutup boleh cover penuh dan melindungi baby dari sinaran UV. Checked!
Stroller ni stabil dan kukuh, sebab
mempunyai special wheel yang mempunyai 4 tayar automatic swivel (senang kawal kat tempat yg sempit) Tayar lebih lebar n lebih besar dr Combi Well Comfort. Checked!
Senang dilipat dengan sebelah tangan,lepas tu tarik. Ada jugak shoulder strap, boleh boleh gantung kat bahu.
Dah
siap padded, extra long seat.
Stylo? X berapa lah. mcm well comfort.
Komen: Menepati ciri2 idaman.Stroller ni mempunyai kriteria yang sama je dengan Well Comfort. Cuma saiz yg besar sedikit & berat sikit. Shopping basket die pun besar sikit. Kelebihan die, boleh swivel tula dan jugak mempunyai "dacco" seat cushion yg boleh secure position baby dan protect kepala baby dah goyang2. Harge lebih mahal dan di luar budget. Hehe.
Kesimpulan: Takleh nak simpul dulu, hehe. Sebab lum ade budget lagi banyak lagi barang baby yang pending utk dibeli. Stroller ni akan dibeli lepas pantang kot. Tapi dalam banyak2 ni, paling berkenan dekat Karoon Plus.. Hope akan ade la plus pls budget nanti ye...Aminnn ;)
Daaaa ~
Ramadhan & 3rd Trimester!
Salam Ramadhan sume.
Apa khabar? Puase macam mane? :) 10 hari lagi je dah nak Syawal. 10 Ramadhan terakhir ni Inshaaallah nak kejar fadhilat sebanyak mungkin, baby pun ikut same ye. Hope baby tahan sampai ujung Ramadhan nanti. Amin.
BTW, Hari ni genaplah Fizza preggy selama 32weeks (dah 8 bulan). Macam sekejap je dah 8bulan. Macam x percaye pun ade,hehe. Tinggal lagi 8weeks before EDD pade 23 Sept. By 26 Ogos dah kena prepare coz mase tu dah 36weeks (9bulan). Tapi x ready lagi kot mase tu. Hope baby xla keluar awal sangat ye. ;)
Pengalaman berpuasa sepanjang mengandung ni mencabar sungguh. Bagi Fizza la. Sebab selera makan baru je nak ade. Hari pertama Ramadhan tu baru masuk 7bulan++, baru start selera makan dah nak kena puase je. Seksa jugak nak tunggu waktu berbuka. Dah macam budak kecik pun ade, asek tengok jam je. Tik tok tik tok..hehe. Lembik memang lembik la jugak, sebab Fizza ni memang ade gastrik, rutin makan plak sikit-sikit, x reti makan banyak sekaligus. So bila nak puase tu, rutin tidur dah terbalik. Malam2 x tido dah sebab nak topup makan sikit2 setiap 1 jam,huhu. Hasilnye, mase cek-up berat nak 2.4kg dalam mase 2minggu je. Isyhh! Kuantiti makan tu xla banyak mane. Dah risau la ni, kot raye nanti nak makan sedap2 berat naik lagi banyak macam mane @_@. Nurse kate boleh tambah lagi 3.5kg je sampai cukup 40weeks nanti, tapi macam akan terlebih je.
Niat di hati nak puase penuh, tapi dah tak tercapai la nampaknye sebab dah lubang 4 hari :( Ni sume gara2 termuntah (2hari), cirit irit (1 hari) , lagi 1 hari memang dah x tahan sangat pukul 3ptg terpakse berbuka sebab malam sebelum tu x berapa nak makan n sahur pun lambat. Macam mane la ye, ibu2 yang mengandung n pade mase yg same menyusukan anak sekali? wahh memang paling mencabar la tu ye..
Hopefully, lagi 10 hari yang tinggal ni dapatla Fizza berpuase penuh sebab malas nak ganti. Yela, dah ade baby nnti nak fully breastfeed leceh pulak nak ganti2 ni. Semoga dipermudahkan. Amin..
Pengalaman berpuasa sepanjang mengandung ni mencabar sungguh. Bagi Fizza la. Sebab selera makan baru je nak ade. Hari pertama Ramadhan tu baru masuk 7bulan++, baru start selera makan dah nak kena puase je. Seksa jugak nak tunggu waktu berbuka. Dah macam budak kecik pun ade, asek tengok jam je. Tik tok tik tok..hehe. Lembik memang lembik la jugak, sebab Fizza ni memang ade gastrik, rutin makan plak sikit-sikit, x reti makan banyak sekaligus. So bila nak puase tu, rutin tidur dah terbalik. Malam2 x tido dah sebab nak topup makan sikit2 setiap 1 jam,huhu. Hasilnye, mase cek-up berat nak 2.4kg dalam mase 2minggu je. Isyhh! Kuantiti makan tu xla banyak mane. Dah risau la ni, kot raye nanti nak makan sedap2 berat naik lagi banyak macam mane @_@. Nurse kate boleh tambah lagi 3.5kg je sampai cukup 40weeks nanti, tapi macam akan terlebih je.
Niat di hati nak puase penuh, tapi dah tak tercapai la nampaknye sebab dah lubang 4 hari :( Ni sume gara2 termuntah (2hari), cirit irit (1 hari) , lagi 1 hari memang dah x tahan sangat pukul 3ptg terpakse berbuka sebab malam sebelum tu x berapa nak makan n sahur pun lambat. Macam mane la ye, ibu2 yang mengandung n pade mase yg same menyusukan anak sekali? wahh memang paling mencabar la tu ye..
Hopefully, lagi 10 hari yang tinggal ni dapatla Fizza berpuase penuh sebab malas nak ganti. Yela, dah ade baby nnti nak fully breastfeed leceh pulak nak ganti2 ni. Semoga dipermudahkan. Amin..
Sunday, June 23, 2013
Dah Beli Birth Ball & Yoga Mat
Salam readers.
Wohoo, yeay! Dah beli jugak birth ball ni dengan yoga mat. Harap2 rajin lah menggunakannye nanti,hehe. Fizza beli dekat Jusco, yang murah je. Kalau nak yg berjenama macam Reebox tu, boleh la beli dekat Fitness Concept. Yang murah2 ni, ade jugak jual dekat Giant n Tesco.
Fizza beli ni siap dengan pump, tapi pump yang diberi sekali tu pump tangan, memang lenguh la kalau pump tangan. So Fizza grab la electric pump. Kalau beli kids pool boleh guna pump tu sekali. Yoga mat tu Fizza pilih yang paling murah sekali,hehe. Ade yang plain & printed. Tapi mase beli tu yang plain tinggal warne grey & printed ade corak ni je. So pilih yang ni je la sebab siap dengan beg jaring tu. Senang nak angkut & nak simpan nanti. Harge yoga mat ni RM39.90, tapi mase tu ade AEON Member Fiesta, so sale jadi RM29.90..
Yang kotak atas tu la electric pump. Hargenye RM54.90 (takde less pun,huhu) & harge gym ball tu plak RM49.90 (ade 10% less).
Kalau nak gi beli nanti, korang jangan la cakap "Saya nak cari birth ball, ade x?" Tak pasal2 ade orang tercengang kat sane. hehe. Birth ball ni same je dengan gym ball. Saiz plak ade banyak..45cm, 55cm, 65cm, 70cm dan jugak 75cm. Sebab ape ade banyak saiz? Sebab gym ball ni kena ikut ketinggian korang. Kalau beli kat tempat macam Jusco tu, korang agak2 je la. Tapi kat Fitness Concept, korang leh test ngan gym ball yg ade kat situ before beli.
Kalau nak gi beli nanti, korang jangan la cakap "Saya nak cari birth ball, ade x?" Tak pasal2 ade orang tercengang kat sane. hehe. Birth ball ni same je dengan gym ball. Saiz plak ade banyak..45cm, 55cm, 65cm, 70cm dan jugak 75cm. Sebab ape ade banyak saiz? Sebab gym ball ni kena ikut ketinggian korang. Kalau beli kat tempat macam Jusco tu, korang agak2 je la. Tapi kat Fitness Concept, korang leh test ngan gym ball yg ade kat situ before beli.
Untuk pastikan yg saiz tu sesuai ke x, korang kena duduk atas birth ball tu dengan kaki kangkang sikit kat tepi ball (pastikan tapak kaki rata kat lantai). Macam gambar bawah nie la.
![]() |
| Birth Ball Size |
Kalau kaki tu terjungkit, or ketinggian lutut melebihi paras punggung - itu tandenye saiz tu xsesuai dengan korang. So,sila pastikan korang memilih birth ball/gym ball dengan kedudukan punggung yg lebih tinggi dari kedudukan lutut tu.
Banyak kegunaan birth ball/gym ball ni. Boleh guna semasa buat senaman untuk orang mengandung, boleh guna mase dahdekat2 nak bersalin (utk kurangkn sakit contraction) & boleh guna gunakan lepas pantang nanti. Exercise la uolss! Keep the body slim n fit,heheh.
Oh,senanam n cara guna borth ball untuk kurangkan sakit contraction ni akan Fizza kongsi dalam entry lain ye. See u in next entry ;)
Daa!
Friday, June 21, 2013
Pemakanan Snek Yang Sihat Untuk Ibu Hamil
Tips kali ini adalah untuk mereka yang suka ber-snek terutama sekali
bagi wanita hamil. Apabila hamil, sememangnya anda akan kerap berasa
lapar, jadi tidak hairan jika ibu mengandung mempunyai tabiat baru iaitu
memakan snek. Jangan panik dengan tabiat ini secara semulajadi berlaku
dan boleh diatasi untuk kekal sihat supaya berat badan anda tidak naik
secara mendadak dan berlebihan semasa mengandung.
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh membantu anda dengan pemakanan snek yang sihat semasa mengandung:
(1) Buat snek anda sendiri supaya anda boleh ber-snek dengan cara yang sihat. Ini
dapat mengawal jumlah kandungan gula, garam dan kalori di dalam snek
anda. Contoh: Masak sendiri puding laici (kita boleh mengawal jumlah
gula dan juga ia tanpa pengawet) Tabiat ini boleh mengurangkan keinginan untuk mengambil terlalu banyak biskut manis, kek, atau pelbagai makanan bergoreng.
(2)
Elakkan makan makanan segera, kerana kebanyakan makanan ini mengandungi
kalori yang tinggi dan jumlah lemak yang banyak.Semestinya makanan
sebegini terdapat MSG yang tidak baik untuk kandungan.
![]() |
| Say NO! |
(3) Elakkan membeli-belah untuk makanan ringan atau makanan lain apabila anda berasa lapar. Kerana dalam keadaan ini, anda dengan mudah boleh tergoda untuk membeli makanan yang lebih daripada yang diperlukan.
(4) Memilih bahan buah-buahan yang dicampur di dalam kek atau roti seperti kek pisang, kek buah, kek karot, kerana anda boleh memakannya dan baik untuk ibu hamil dan bayi di dalam perut, selagi bahagian/portion makanan yang diambil munasabah.
(5) Kurangkan memakan banyak kentang goreng, pastri, croissant, keropok, kentang goreng, aiskrim dan pencuci mulut lain yang tinggi lemak.
(6) Pilih makanan yang rendah lemak, seperti buah-buahan segar atau kekacang, jagung, makanan rebus atau kukus dan juga sayur sayuran.
(7) Minumlah air setiap hari agar badan anda tidak kekurangan air. Cuba selingkan air ketika ber-snek.
![]() |
| Minum banyak2 ;p |
Oleh itu,
janganlah takot untuk ber-snek semasa mengandung selagi snek itu
berkhasiat dan jumlah bahagian yang di ambil munasabah supaya ibu yang
hamil dapat mengandung dengan sihat dan anak di dalam perut juga
membesar dengan sihat. InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)











