SiCantik sama SiKacak

Thursday, September 26, 2013

The Little Princess

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah, segala puji-pujian ke hadrat Ilahi. Syukur atas kelahiran cahaya mata yang pertama di kala kandungan 39minggu 4hari. Baby HS lahir ke dunia disambut sendiri oleh bapanya pade 19 September 2013, jam 5.50 petang seberat 2.77kg. Terima kasih buat semua yang mendoakan. Kelahiran yang cepat dan mudah dimakbulkan oleh-Nya. Terima kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu :')

My Hypnobaby :) 19Sept2013

Jatuh cinta saat pertama kali memandang wajahmu, anakku :)

Semoga anak ini menjadi penyeri hidup kami suami isteri, menjadi anak yang beriman lagi solehah serta membesar dengan sihat, aktif & bijak. Amin :)

Saturday, September 14, 2013

1st Anniversary

Salam readers :)

Alhamdulillah, 14 September kembali semula. Happy 1st year Anniversary my love. Kami sambut dengan simple je. Keluar rumah untuk beli keperluan dapur, then gi BR beli kek je. :)

pic dr Instagram
love
Now,
Menanti kehadiran insan baru. Semoga kehadirannye menambahkan lagi kasih sayang antara kite. Amin :)
Belek gambar kawin memang  pernah boring! Hehe




  

 

"Ya Allah, berkatilah rumahtangga kami ini, Limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kami, Kurniakanlah kami zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh kami di dunia dan di akhirat serta sempurnakanlah agama kami dengan berkat ikatan ini.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan rahmat kepada kami suami isteri agar kekal abadi, aman damai yang berkekalan di alam rumahtangga, sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dilanjutkan usia serta mendapat syafaat daripada junjungan besar Nabi Muhammad SAW."

Amin..

p/s: Baju nikah n baju sanding open utk sewaan. Berminat boleh email kat fiza.annisa@gmail.com
Fizza saiz S, tinggi 155cm.

Tuesday, September 10, 2013

My Favourite Waterbirth Videos

Salam readers.

Disclaimer: VIEWER DISCREATION ADVISED
 
Teringin nak share pasal waterbirth ni. Bersalin dalam air ni dipercayai dapat mengurangkan kesakitan serta mengurangkan koyakan perinium :) Ibu2 juga merasa lebih relax dan tenang seterusnye bagi effect yang menenangkan pade baby tu sendiri.

Waterbirth ni selamat n xkan melemaskan bayi sebab bayi mempunyai kemahiran berenang (dive reflex) tu ketika dalam kandungan tapi kemahiran tu akan hilang beberapa ketika lepas baby dilahirkan. Lagipun , baby masih lagi bernafas menggunakan oksigen yg disalurkan melalui tali pusat. 

So, bile baby start bernafas dengan sendirinye?
Baby akan bernafas sendiri bile keluar dari air dan tersentuh udara sebab ade perubahan pade keadaan n suhu sekelilingnye. 

Beberape waterbirth video:

1)Hermine's hypnobirthing - If Im not mistaken, this mummy is Malaysia,tapi husbband die ni Korean :)
 


2) Hello Kyla Natasha - Waterbirth at Pantai Hospital. Baby was in water for 5minutes! amazing, kan? Baby xkan lemas di dalam air selagi baby tidak tersentuh pade udara. So, once anggota baby dah tersentuh pade udara, baby dah x boleh berada dalam air lagi. Subhanallah...


3) Water Homebirth Baby-- Chelsea Ng Chen Xi
   Oh..paling suke yang nie :)


4)

Ade beberape lagi video, tapi user buat private. So Fizza x dapat la nak share kat sini sebab kene mintak kebenaran tuannye dulu. Video tu banyak yg Malaysian tau. Waterbirth kat Pantai Hospital n ade jugak yg waterbirth kat rumah sendiri :)

I wish....... ;)

Monday, September 9, 2013

How to Get Free Diapers Samples?

Salam readers.... :)

Mommies semua sihat? Alhamdulillah, now Fizza dah 37weeks. Kira dah full-terms & ready to give birth at anytime. Tapi Fizza xready lagi la. Baby pun mcm belum ready je kan? hehe. So far, xde tanda2 apa2 lagi. Tapi kepala baby dah engaged kat laluan cuma belum turun je. Baby sabar ye, jangan keluar dulu. Mama nak settlekan barang2 lagi sikit :) But baby kena keluar before 21 September tau. Sebab atok dari Sabah nak datang Johor tau jumpa baby. Baby nak jumpe Atok kan? :)

Oh, by the way. Fizza nak share dengan mommies semua. Fizza ade request beberapa samples untuk baby diapers starting bulan Mei lepas. Semua yang Fizza request dah selamat sampai ke rumah, kecuali Mamypoko & Scoobee Dry (ni x pernah tengok tp jumpe online).

Baby diapers..banyak x?  hehe
So camne nak dapatkan free samples ni? Senang je. Isi maklumat dalam online form kat bawah ni. Then tunggu la posmen hantar. Hihi. Servis paling cepat adelah Huggies. Dalam seminggu samples tu dah sampai :)

BabyLove (same company with Petpet)

Mamypoko

Huggies

Drypers

Scoobee Dry
So, cepat2 isi form ye. Barang free kan. Dalam pack kecik2 senang je nak bawak n prepare for hospital bag,hehe..

Wassalam :)

Sunday, September 8, 2013

Apa Itu Garam Epsom (Epsom Salt) ?

Salam readers.. Apa khabar? :)
Banyak open house? Tahun ni undangan open house kurang sikit, x macam tahun lepas. Maybe sebab tahun lepas tu masih bekerja ;)


Baru2 ni, Fizza berendam dalam kolam berisi Epsom Salt. Before tu, kenalah tau apa tu epsom salt kan? Garam Epsom ni adalah sebatian mineral semulajadi, terdiri daripada magnesium dan sulfat yang boleh memberi beberapa manfaat jika menggunakannya dengan cara yang betul. Garam Epsom seringkali di kenali sebagai penawar untuk beberapa penyakit.

Kajian telah menunjukkan bahawa magnesium dan sulfat, kedua2 mineral ini mudah diserap ke dalam kulit. Apabila dilarutkan ke dalam air suam, garam epsom akan meningkatkan tahap magnesium ke dalam badan. 

Magnesium memainkan beberapa peranan termasuk mengawal selia aktiviti2 enzim, mengurangkan radang, merehatkan sistem saraf, melegakan sakit anggota badan, mengurangkan ketegangan otot dan dikatakan juga mampu mencegah pengerasan arteri. Manakala sulfat pula di katakan membantu meningkatkan nutrien dan menyahkan toksin.
Cara menggunakan garam epsom ialah dengan berendam di dalam bath tub (2 cawan garam epsom + 15 gallon air), sekurang2nya 2 atau 3 kali seminggu selama 12 minit boleh memberi manfaat kepada kesihatan badan, mewujudkan perasaan ‘relax’,melegakan sakit kepala dan ‘stress’ atau larutkan 1/2 cawan garam epsom dengan air suam ke dalam bekas sederhana besar dan rendamkan kaki selama 20 minit untuk melegakan keletihan dan sakit kaki. Jangan sekali kali membiarkan garam pada kulit sebaik saja selesai berendam, pastikan membilas badan dengan air biasa.

Garam ni juga dipercayai boleh mengurangkan gejala pre-eclampsia. Mommies2 yg pregnant sure tau kanpre-eclampsia tu ape? Haa kalau xtau,sila lah google ye :) So, dekat2 nak due ni takut jugak kalau terkena pre-eclampsia ni. Kadang2 takde tande pun boleh kena secare tibe2 waktu kite bersalin nanti. Contohnye mcm sawan. Ade sesetengah ibu tibe2 xsedarkan diri mase tengah2 bersalin tu. Pernah dengar x? Tula salah satu effectnya. So, Fizza buat ni sebagai langkah berjaga-jaga je. Ape2 pun kite hanye usaha, doa dan bertawakal pade Allah semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.. Aminnn :) 
Banyak manfaat dengan berendam garam epsom kan?
Di bulan syawal ni kalau terasa letih melayan tetamu, penat travel jauh2. Boleh cuba le, mungkin dapat memberi kelegaan pada tubuh badan. Sebabnye kan, ia berfungsi melegakan otot2 badan. InsyaAllah. Walaubagaimana pun jika hamil dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan garam epsom sebab sesetengah berpendapat garam ni boleh mengurangkan air dalam badan. Fizza ambil langkah utk xberendam lame2. Lepas berendam tu plak, Fizza minum air banyak2. 

Beberapa info pasal epsom salt yg Fizza dapat dari Google. Kalau nak bace2 n tambah info, boleh la klik.
http://www.howlivingwell.com/archives/20130520/epsom-salt-laxatives-and-pregnancy.html
http://www.hcgdiethelp.info/epsom-salt/

Kat mane nak beli garam epsom ni? Boleh cari dekat kedai2 organik, farmasi or Fabulous Mom. Fizza beli dekat Fabulous Mom. Packaging macam bawah ni. 1kg harganye RM 26.90

O' Choice Epsom Salt

Ok, semoga info ni memberi manfaat pade semua.. Wassalam..

Thursday, August 29, 2013

Pura Kiki Stainless Steel - Botol Susu Pilihanku

Salam readerssss....

Buat apa? Fizza baru lepas fikir2 pasal perlu ke x botol susu ni di awal2 bersalin nanti. Niat murni memang dah tanam dari awal preggy lagi, nak exclusive breastfeed baby sampai umur die 2 years. Tapi bila fikir2 kan balik, botol susu kena standby jugak walaupun kite xbekerja or surirumah. Kenapa?
  • Dalam pantang nanti,mesti kena mengurut kan? Kot tetibe tengah mengurut tu, baby nak nenen? Haa..Kesian tukang urut kena tunggu lame plak. "Makcik2 tggu kejap sy nak susukan  anak kejap".. Ade kang makcik tu xnak datang umah lagi,hehehe (die pun ade keje lain). Tapi kalau boleh, before mengurut tu, siap2 breastfeed baby dulu bg mendapatkan sesi urut mengurut yg aman lagi menenangkan ;)
  • Mama nye demam n kena makan ubat ubatan! Mane lah tau kan.Tetibe demam, bukan boleh jangke. Xkan nak breastfeed baby dengan drugs tu sekali? Uihhh x sanggup la kecik2 dah kena sumbat drug. So gunalah stok EBM letak dalam botol. Plus, takut baby pun demam sekali even kite x amek ubat pun sebab  badan panas. My fren cakap, susah hati gile kalau baby kecik lg dah demam.
  • Nipple crack! Aiyarkkk pedihhh (macam la penah rase,hehe). Ramai mommies cakap, xtahan sakit kalau terkena nipple crack tu. Sampai ade yg berdarah. Xkan nak suruh baby hisap ngan darah tu? huhu. Botol la pengganti sementara...
  • Korang nak pegi slimming centre - hahaha, yg ni kebanyakannya retis2 la. Dalam pantang, ligat pegi slimming centre nak jage body..Mase ni parents la yg tolong jagekan baby, kena la susukan pakai botol....Fizza xla macam ni, pakai bengkung je.. ;)
  • Nak latih baby bonding dengan ayah die :) - Yang ni penting jugak, biar ayah die tau macam mane nak  susukan anak. Sebabnye, kalau kena travel mane2, mama die nak ke toilet sekejapke, tolong orang kenduri kendara dekat dapur, so ayah die bolehstandby tolong susukan  anak. (tapi isi susu ibu la dalam botol tu, nak exclusive breastfeed,kan?  hehe)
Tapi ade orang nasihat, untuk 6 minggu pertama, xperlu ajar baby dengan botol susu dulu. Sebab takut baby confuse. Nanti baby xnak direct feed dengan ibu die susah n boleh menyebabkan signal untuk susu tu keluar dengan sloww & sikit..Ni Fizza akan pertimbangkan bergantung pade situasi baby nanti.

Pura Kiki for my baby (bought from Bebe Totz
Oh, by the way. Setelah ditimbang tara, Fizza memilih untuk beli botol susu stainless steel (walaupun tersuka jugak dekat glass bottles). Sebabnye botol ni tahan lame, x perlu nak tukar2 setiap 6 bulan dah. Mula2 suka dengan botol Tommie Tippie tu, tapi bila fikir balik kena tukar2 setiap 6 bulan (walaupun BPA free), terus xjadi sebab Fizza ni jenis malas nak beli lagi kalau dah ade. hihi. Alang2 beli terus yang tahan lame, xpayah tukar2 n boleh guna sampai besar :) Ade lagi brand lain yang jenis stainless steel ni, tapi Fizza macam berkenan kat brand Pura Kiki je, sebab xde plastic langsung. Macam Pacific Baby, dekat seal die tu pakai plastic.

Ni antara reason nye kenapa Fizza pilih ;)
Lepas tu, selain leh guna untuk minum susu, die punye teats boleh tukar pade sippy (senang nak latih baby minum guna cawan). Before baby umur dekat setahun latih die guna sippy teats dulu kalau dahpro leh terus guna cawan.

See? Boleh tukar2,

Fizza beli dekat Bebe Totz5oz Bottle harganya RM51.90 (with 20% less) & 11oz Bottle RM63.90 (with 20% less). Then untuk sleeves die pulak, RM31.90 setiap satu. 5oz & 11oz same harge.. Untuk postage tambah RM8. 

Harge asal Pura Kiki (before less)
Kat Johor ni xde 1 pun babyshop yg jual botol susu stainless steel brand Pura Kiki. So beli online la n yg paling murah jual dekat Bebe Totz. Total semua sekali RM187.60, huhuhuh. Alahai baru botol sus 2 botol je dah dekat RM200. Barang baby memang banyak yg mahal2 kan. Xpelah nak, asalkan jimat. Tinggal tukar teats (puting susu) je nanti T_T


Actually, banyak pilihan warna untuk bottles & jugak sleeves. Tapi Fizza xtau la kenapa Fizza beli warna atas ni..hehe. Xfikir banyak pun mase tu, terus order warne atas ni je.. 

Warna2 pilihan untuk botol

Warna2 pilihan untuk sleeves

Bottle glass pun bagus, tahan lame gak  x perlu tukar2 tapi Fizza xnak sebab tak tahan lasak, takut retak2 n ade serpihan dalam botol kite xperasan. Takottt.. Tapi glass bottles semua cantik. Cube korang tengok.

Evenflo

LIfefactory
Cantik2 kan? Ape2 pilihan pun, bergantung pade selera masing & pendapat masing2. Nanti bila baby dah guna botol ni, inshaallah Fizza buat review pulak ye :)

Daaa~~~