Assalam readers!
Waktu awal2 pantang ni memang penat n mencabar kesabaran jugak kan? wohooo.. macam Fizza ni, walaupun pantang kat rumah mak, tapi macam pantang sendiri jugak. Sebab mak kerja petang baru balik :( Rumah pun takde orang. Selalu sorang2 je. Semua kena buat sendiri. Boleh dikira berapa kali je pakai param, pilis, bengkung semua tu..huhu. Takut plak nanti dah tua badan sakit2 :( Tapi nak buat macam mane. X sempat n takleh nak tinggalkan baby sorang2, lagi pulak die suke 'mengempeng'. Kadang2 Fizza x sempat nak lunch. memang lapar tahap gaban.
Waktu awal2 pantang ni memang penat n mencabar kesabaran jugak kan? wohooo.. macam Fizza ni, walaupun pantang kat rumah mak, tapi macam pantang sendiri jugak. Sebab mak kerja petang baru balik :( Rumah pun takde orang. Selalu sorang2 je. Semua kena buat sendiri. Boleh dikira berapa kali je pakai param, pilis, bengkung semua tu..huhu. Takut plak nanti dah tua badan sakit2 :( Tapi nak buat macam mane. X sempat n takleh nak tinggalkan baby sorang2, lagi pulak die suke 'mengempeng'. Kadang2 Fizza x sempat nak lunch. memang lapar tahap gaban.
Oh btw, nak cerita pasal tali pusat sebenarnye. Alhamdulillah, tali pusat Hiliy Syawwiqa cepat tanggal, hari ke-5 dah tanggal. Senang Mama die nak jage :) Kadang ade kes yang sampai dekat sebulan x tanggal, susah jugak tu. Tapi xtau kenape ade yg sampai lame macam tu. Maybe tali pusat die tebal sangat n besar kot? (ehh ade ke gitu?)
Sedikit info Fizza nak kongsikan:
Tali pusat atau umbilical cord adalah saluran kehidupan bagi janin
semasa dalam kandungan. Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih
kebiru-biruan. Setelah bayi anda dilahirkan, doktor akan menyepit dan
memotong tali pusat bayi anda. Di tempat tali pusat melekat ke perut,
terdapat baki atau tunggul yang tertinggal sepanjang 2cm ke 3cm.
![]() |
Cord clamping - pic from Google |
Tunggul tali pusat bayi anda akan gugur sendiri lebih kurang seminggu
selepas kelahiran. Apabila dia dilahirkan doktor akan menyemat tunggul
itu dengan penyepit plastik atau mengikatnya. Doktor anda akan
menanggalkan ikatan tersebut selepas sehari dua, apabila tunggul itu
kering dan tertutup.
Ia akan mengecut, menjadi hitam dan gugur dengan sendirinya. Dalam pada
itu akan terdapat luka kecil yang akan pulih dan menjadi pusat bayi
anda.
1. Kelengkapan mesti ada sebelum cuci baki tali pusat bayi.
• Bekas air
• Bebola kapas
• Alkohol
• Putik kapas
• Kain barut bayi
• Lampin pakai buang
2. Basuh tangan dengan air yang bersih sebelum memegang bayi. Anda juga
perlu pastikan tangan sentiasa bersih selepas menukarkan lampin bayi.
3. Dengan menggunakan bebola kapas, tuangkan sedikit alkohol yang
diberi oleh pihak hospital. Usapkan pada bagian pangkal tali pusat
termasuk daerah sekitarnya dan lipatan-lipatan pusar dengan perlahan.
Lakukan dua kali sehari.
4. Kemudian sapu pada pangkal tunggul tali pusat bayi anda. Pastikan
sekeliling tali pusat disapu dengan cecair itu. Lakukan dengan perlahan.
Sebelum itu, pastikan tali pusat bayi dalam keadaan kering jika anda
baru sahaja memandikannya.
5. Anda juga boleh menggunakan putik kapas untuk meratakan antisepktik
di sekeliling baki tali pusat bayi. Dalam pada itu jika baki tali pusat
itu terkena air kencing atau najis, basuh dengan berhati-hati dengan
pencuci bayi pH neutral. Ia untuk mengelak sebarang jangkitan kuman
kepada baki tali pusat bayi anda.
6. Setelah selesai menyapu antiseptik, pastikan barut bayi tidak
mengenai tali pusat. Juga pastikan keliling tunggul pusat sentiasa
bersih dan kering sebelum memakai barut.
7. Begitu juga dengan penggunaan lampin pakai buang. Gunakan lampin
khas untuk mengelak tali pusat bayi ditutup (Yang ada lengkukan
dibahagian hadapan lampin). Juga jangan lupa selepas dimandi pastikan
tali pusat dikeringkan dengan bebola kapas. Biarkan tali pusat kering
seketika sebelum memakaikan lampin dan pakaian.
8. Pastikan tunggul tali pusat tidak ditutup rapat oleh barut bayi atau
lampin pakai buang. Jika kawasan itu menjadi lembab, ia memudahkan
berlaku jangkitan. Ia akan lebih cepat kering dan sembuh jika sering
terkena udara.
9. Adik sudah siap! Pastikan pakaian si kecil longgar supaya tidak
menganggu pengaliran udara di seliling tunggul tali pusat bayi.
Tanda-tanda tunggul tali pusat telah dijangkiti :
1. Deman panas,
2. Lesu
3. Tidak mahu menyusu susu ibu
4. Tunggul tali pusat di sekelilingnya menjadi bengkak, busuk atau bernanah.
* Segera dapatkan rawatan di klinik berdekatan.
Nota Penting! Seorang nenek telah menggunting tunggul tali pusat cucunya yang
hampir tertanggal iaitu yang hanya tinggal selembar benang. Akibat
tindakan itu menyebabkan pendarahan berlaku di bahagian tunggul tali
pusat bayi itu. Ekoran dibiarkan berlarutan beberapa hari ia telah
menyebabkan kematian kepada cucunya. Oleh itu, nasihat penulis dalam
soal penjagaan tali pusat ini lakukan penuh berhati-hati supaya tiada
sebarang jangkitan berlaku dan biarkan ia tertanggal sendiri kerana ia
berkaitan dengan sistem saluran darah bayi itu.
So jangan amek mudah penjagaan tali pusat ni.Untuk lebih info, boleh bace dekat Baby Centre :) Ok lah, wassalam....
No comments:
Post a Comment
Kalau suka bolehla komen ^_^