SiCantik sama SiKacak

Tuesday, July 30, 2013

Memilih Stroller Serbaguna Untuk Travel & Shopping

Salam semua :)

Tengah fikir2 stroller idaman ni. Nak pilih stroller pun pening. Sebab nak cari yang serbaguna (dan jugak dalam lingkungan budget) untuk semua keadaan dan hanya mahu 1 stroller saja. Taknak la sampai 2 stroller, semata-mata 1 untuk travel dan 1 lagi untuk jalan-jalan. Terasa macam membazir, sebab banyak keperluan lain untuk didahulukan.

So, ciri-ciri stroller yang WAJIB menepati piawaian Fizza adalah seperti di bawah ni:

Ultra lightweight Penting! 
Tapi xnak lah terlalu ringan sangat, nanti terhuyung hayang pulak bila jalan tempat berlekuk.Bergegar- gegar stroller tu nanti. Kesian kat baby,huhu. Kalau boleh, range berat dalam lingkungan 4.0 kg- 5.5 kg je.

Reversible handle (boleh rear-facing n forward-facing) Penting!
Kebanyakan lightweight stroller ni hanya boleh forward-facing je. Yang forward-facing tu semua stylo2 pulak tu! Tapi wajiblah x masuk list Fizza coz rasa x selamat la kalau x dapat tengok baby tu directly. Kot kepala die tersenget ke, kite parents die ni x perasan pulak. Bahaya! Lagi pun, kalau baby terbangun kite leh nampak & nak baby tengok muka parents die je. Hehe. So rear-facing is a must!

Affordable n within budget Penting!
Yang ni kalau bab membeli semuanya mestilah kena affordable, mampu milik & masih dalam lingkungan budget mak bapaknye. ;p Budget RM1000 je.

Saiz compact bila dilipat Penting!
Ni pun penting. Kalau dah lipat pun masih memerlukan ruang besar, macam mana nak memudahkan kitorang travel nanti, kan? Taknak makan space banyak sangat. Leceh. Kalau letak dalam kereta pun, xdelah stroller tu je yang conquer, ye tak? Hehe.

Fully reclining seat sampai 170 degree Penting!
Kalau newborn, baby kan banyak tido. So kena cari stroller yang boleh recline sampai melintang. Penting untuk keselesaan baby nak tido.

Fully covered n large canopy Penting!
Kalau panas, boleh lindung baby & x silau kena cahaya matahari. Kalau boleh, dekat cover tu ade ruang peek-a-boo. So parents leh intai2 baby dari situ. Xpayah tolak2 cover tu.

Kukuh, stabil dan tahan lama Penting!
Nak digunakan turun temurun. So haruslah tahan lama punya stroller. Takkan 1 anak, 1 stroller kena beli,huhu. Kalau x stabil nanti, terangkat stroller tu or goyang-goyang pulak.

Senang nak bukak, tutup n lipat Penting!
Sebab I ni perempuan, xnak leceh..hehe. Kot tetibe kena travel sorang2, sebelah dah dukung baby. Sebelah tangan lagi nak lipat stroller. So kenalah senang untuk dilipat dengan sebelah tangan je. Ting! Siap.

Fully padded
Kalau dah siap padded, x perlu dah nak beli alas tilam nipis or beli stroller pad pulak. Kalau nak bawak pun, maybe bawak bantal kecik je. Kalau boleh, nak la washable seat fabric. Senang nak basuh, bukak sarung je.

Stylo dan cantik dilihat
Yang ni kalau x dapat kira 1 bonus la. X berapa penting pun. Actually, teringin. Tapi apakan daya, lightweight stroller semuanya x stylo. Kecuali Babyzen Yoyo ni

p/s: Kritirea pemilihan stroller ni mungkin berbeza-beza ngan korang. Bergantung pada penggunaan korang jugaklah. Macam Fizza ni, maybe akan banyak travel ke Sabah (family belah suami). So kitorang memang mencari stroller yang sesuai untuk travel ke mana2 je. Nak dukung je baby penat + x larat jugak, lebih2 masa menunggu flight. Kena tukar flight 2x lagi. Kot tetibe delay ke, ape ke.

Setelah survey2, tengok Youtube n review daripada pengguna2 lain melalui website dan blog. Kami memilih produk dari Jepun iaitu Aprica or Combi sahaja memandangkan ciptaan diorang banyak mengkhususkan piawaian wanita2 Jepun yang kebanyakan travel tanpa suami (yela, lelaki sane kan workaholic. So segala keperluan rumah bab shopping sume serah kat orang perempuan. Jadi rekaan diorang sangat cerewet bagi menepati piawaian yg x menyusahkan utk perempuan seperti aiiii,hehehe). Lagi pun Fizza rase (firasat hati ye, x kate pilihan orang lain x tepat) produk Jepun memang dicipta megikut saiz orang Asia & keperluan orang2 Asia. Ni lah antara sebab Fizza pilih Combi or Aprica je. Malas nak pening2. Ni pun dah pening..huhu..

Jom kite tengok calon2 stroller nye:


(1) Aprica Karoon Plus

buatan Jepun (menjadi plihan kebanyakan Japanese royalties)

Ciri ciri stroller nie:

Berat cuma 4.6kg ajeee. Checked!
Reversible handle (boleh rear n forward facing). Checked!
Price dalam lingkungan RM1400 - RM 1890. (Growing KidsBebe Totz)
Saiz yang compact apabila dilipat. Checked!
Boleh recline sehingga 170 degrees (sesuai dari newborn). Checked!
Penutup boleh cover penuh dn melindungi baby dari sinaran UV. Checked!
Stroller ni stabil dan kukuh!  Ade special wheel  Checked!
Senang dilipat dengan sebelah tangan je, boleh sangkut kat bahu or boleh tarik je.
Full padded, berbentuk hourglass yang dikatakan dapat bagi fully support pada badan baby.
Stylo? Boleh tahan la! Suka warna yang kat bawah ni. Ada polka-dot gitu! Hehe. (tapi hubby xsuke, uhukk)

Komen: semuanya dah menepati ciri2 idaman. Extra bonus: sebab bagi fully support kat padded seat yg berbentuk hourglass dan jugak mempunyai design polka-dot yang cantik :) Tapi, tapi....kenapa MAHAL! uwaaa~~

huhu.. cantik kan warne ni?

(2) Combi Well Comfort
Banyak dijual kat Jusco Malaysia

Ciri2 stroller ni plak :

Berat pun sama. Cuma 4.6kg. Checked!
Reversible handle (boleh rear n forward facing). Checked!
Price lebih murah. Dalam lingkungan RM959.00 (harga dekat Bebe Totz dan Babykingdom)
Saiz yang compact apabila dilipat. Checked!
Boleh recline sehingga 170 degrees (sesuai dari newborn). Checked!
Canopy boleh cover penuh dan melindungi baby dari sinaran UV. Checked!
Stroller ni stabil jugak, tidak se'stabil' Aprica Karoon Plus tapi ada shock absorbing. Checked!
Senang dilipat dengan sebelah tangan, boleh sangkut kat bahu dan boleh tarik jugak. Checked!
Dah siap padded lembut.Plus, washable seat fabric. Senang nak basuh.
Stylo?tak berapa.. Hehe

Komen: Dah menepati ciri2 idaman. Ada ruang peek-a-boo (window yang jaring2 tu) untuk intai2 baby dah fabrik polister yg cepat kering. Stroller ni jugak macam mampu milik. Hehe.

Combi Well Comfort Features

(3) Combi Miracle Turn DX


Ciri ciri stroller nie:

Berat 6.4kg.
Reversible handle (boleh rear n forward facing). handle die boleh adjust nak tinggi atau rendah. Checked!
Price dalam lingkungan RM1388. (harga dekat Littlewhiz)
Saiz yang compact apabila dilipat. Checked!
Boleh recline sehingga 170 degrees (sesuai dari newborn). Checked!
Penutup boleh cover penuh dan melindungi baby dari sinaran UV. Checked!
Stroller ni stabil dan kukuh, sebab mempunyai special wheel yang mempunyai 4 tayar automatic swivel (senang kawal kat tempat yg sempit) Tayar lebih lebar n lebih besar dr Combi Well Comfort. Checked!
Senang dilipat dengan sebelah tangan,lepas tu tarik. Ada jugak shoulder strap, boleh boleh gantung kat bahu.
Dah siap padded, extra long seat.
Stylo? X berapa lah. mcm well comfort.
Komen: Menepati ciri2 idaman.Stroller ni mempunyai kriteria yang sama je dengan Well Comfort. Cuma saiz yg besar sedikit & berat sikit. Shopping basket die pun besar sikit. Kelebihan die, boleh swivel tula dan jugak mempunyai "dacco" seat cushion yg boleh secure position baby dan protect kepala baby dah goyang2. Harge lebih mahal dan di luar budget. Hehe.

Kesimpulan: Takleh nak simpul dulu, hehe. Sebab lum ade budget lagi banyak lagi barang baby yang pending utk dibeli. Stroller ni akan dibeli lepas pantang kot. Tapi dalam banyak2 ni, paling berkenan dekat Karoon Plus.. Hope akan ade la plus pls budget nanti ye...Aminnn ;)

Daaaa ~

1 comment:

  1. dah beli ke? i pengguna combi well carry... model lama tak bleh rear facing.. tp alhamdulillah dah 4 tahun masih elok tak pernah rosak. ke mana2 je bawak stroller tu.. penah naik boat, train, flight, kete.. senang sgt! Berbaloi sgt rasa ;)

    ReplyDelete

Kalau suka bolehla komen ^_^