SiCantik sama SiKacak

Wednesday, July 31, 2013

Apa Itu Raspberry Leaf Tea?

Assalamualaikum & hello..!

Fizza baru je order raspberry leaf tea ni. Mesti ramai yang x berapa tau Teh dari daun rasberri ni kan? Actually, memang kebanyakan orang Malaysia tidak mengetahui khasiat teh ni sebab x banyak dipasarkan & dijual di Malaysia. Kalau kita google pun, tak banyak info2 dalam bahasa Melayu. Tapi sebenarnya amalan meminum air teh dari daun rasberri ni dah lama diamalkan di Eropah sejak dari kurun ke 6 lagi. Google je Raspberry Leaf Tea and pregnancy. Banyak yang keluar.

Raspberry Leaves

Daripada ape yang Fizza faham melalui pembacaan dari Mr Google, teh ini bukanlah ubat untuk memudahkan bersalin, tetapi disebabkan khasiatnya, teh ini banyak digunakan sebagai minuman tambahan (supplement) bagi ibu-ibu mengandung terutamanya selepas trimester ketiga sebagai persediaan untuk otot2 rahim bekerja dengan lebih baik ketika contraction (membantu melegakan otot2 rahim). Tapi ada jugak yang x pregnant pun amalkan teh ni untuk menghilangkan senggugut. Nak tau, kena la cuba kan.

Antara khasiat teh daun raspberi (from google) :

1. Memudahkan menghadapi gejala lemah di waktu pagi ( morning sickness )
2. Mencegah gusi dari berdarah terutamanya untuk wanita mengandung
3. Mengendurkan otot-otot di sekitar pangkal rahim (uterus) dan pelvis ketika “contraction” bagi membantu proses kelahiran bayi dan juga plasenta. Ia juga mengurangkan pendarahan berlebihan selepas bersalin.
4. Menenangkan rahim ketika peringkat terakhir menunggu kelahiran.
5. Kaya dengan zat besi, kalsium dan magnesium yang mana kandungan magnesium amat membantu dalam menguatkan otot rahim. Ia juga mengandungi vitamin B1, B3 dan E yang amat berguna dalam proses kehamilan.
6. Membantu kesuburan, meningkatkan kandungan susu ibu, mengatur kitar haid, mengurangkan demam dan cirit birit.
7. Membantu mempercepatkan uri keluar secara natural.
8. Membantu mengatasi masalah sukar tidur di akhir kehamilan.
9. Boleh diminum selepas bersalin, sebagai energy drink.

Teh ni jugak boleh diteruskan pengambilannye selepas proses bersalin. Sebab:
1) meningkatkan sistem imunisasi kerana ade kandungan vitamin & mineral.
2) membantu pengecutan semula rahim
3) melawan jangkitan kerana mengandungi agen antibakteria
4) sesetengah nya berkesan sebagai penggalak pengeluaran susu ibu.

Ibu-ibu yang mengandung boleh meminumkan sejak minggu ke-32 sebab teh ni memerlukan mase untuk ia menyerap ke dalam tubuh kita. Boleh minum sebanyak 1 gelas sehari dan kemudian ditingkatkan kepada 2-3 gelas sehari pada minggu ke 36 dan juga boleh minum sebelum ke “labour room”. Tapi Fizza plan nak minum start minggu ke-34 kot sebab nak ade persediaan selama 4minggu sebelum mencecah minggu ke-38. Tak ready la nak bersalin minggu ke-36..hehehe.

Oh, diingatkan ye tak semua orang boleh suka2 minum teh rasberri ni. Jika korang ade gejala seperti kat bawah ni:
1) mengalami proses kelahiran yang cepat bagi kelahiran sebelumya
2) dah dijadual untuk caesarean.
3) mengalami kelahiran secara caesarean pada kelahiran sebelumnya
4) mengalami kelahiran pra-matang pada kelahiran sebelumnya
5) pernah bleeding pada kandungan ketika 2nd trimester
6) mempunyai sejarah ovarian cancer, endometriosis or fibroids pada diri sendiri / keluarga
7) mempunyai komplikasi / masalah kesihatan ketika hamil
8) darah tinggi
9) hamil kembar

Kat mana nak beli teh daun rasberi ni?
1) Justlife Shop - boleh cek lokasi kat website Justlife (The Gardens, Ikano, Puchong, Melaka Raya, Seremban 2, Subang Jaya, Penang)
2) Jaya Grocers - Sunway Giza
3) Big Grocers - Publika
4) Opika - One Utama
5) Or beli online je - Malaysia Raspberry Leaf Tea

Kalau korang beli dekat Justlife Shop, macam ni la packaging nye, tengok pic bawah. Dalam bentuk loose. So kalau nak bancuh tu, kena la sukat sikit then tapis. Nak sedap, kena tambah gula sikit sebab dia daun asli yang dikeringkan.

ni kalau beli kat Justlife

Kalau beli online kat link fb tu, korang akan dapat dalam bentuk uncang. 1 kotal ada 20 uncang. Nak minum tinggal tuang air panas je. Easy peasy, kan? Macam dalam pic bawah ni.. Yang ni x perlu tambah ape, boleh minum terus sebab ade perisa sikit dalam 1%, rase masam2.


Dalam bentuk uncang

Website yang boleh korang rujuk2 tentang  Raspberry Leaf Tea:






By the way, kalau terjumpa teh berperisa raspberri xyah la beli. Tu sekadar perisa je. Carilah daun raspberri yang betul2 punye ye.. Apa2 pun, seelok - eloknya dapatkan la nasihat daripada doktor2 / gynae masing2 before ambil apa2 supplement ye. Jangan berpandukan pade post Fizza ni je. Know ur own body & do ur research! :)

Daa~

2 comments:

Kalau suka bolehla komen ^_^