SiCantik sama SiKacak

Showing posts with label Pregnancy Stories. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy Stories. Show all posts

Tuesday, July 30, 2013

Ramadhan & 3rd Trimester!

Salam  Ramadhan sume.

Apa khabar? Puase macam mane? :) 10 hari lagi je dah nak Syawal. 10 Ramadhan terakhir ni Inshaaallah nak kejar fadhilat sebanyak mungkin, baby pun ikut same ye. Hope baby tahan sampai ujung Ramadhan nanti. Amin.

BTW, Hari ni genaplah Fizza preggy selama 32weeks (dah 8 bulan). Macam sekejap je dah 8bulan. Macam x percaye pun ade,hehe. Tinggal lagi 8weeks before EDD pade 23 Sept. By 26 Ogos dah kena prepare coz mase tu dah 36weeks (9bulan). Tapi x ready lagi kot mase tu. Hope baby xla keluar awal sangat ye. ;)

Pengalaman berpuasa sepanjang mengandung ni mencabar sungguh. Bagi Fizza la. Sebab selera makan baru je nak ade. Hari pertama Ramadhan tu baru masuk 7bulan++, baru start selera makan dah nak kena puase je. Seksa jugak nak tunggu waktu berbuka. Dah macam budak kecik pun ade, asek tengok jam je. Tik tok tik tok..hehe. Lembik memang lembik la jugak, sebab Fizza ni memang ade gastrik, rutin makan plak sikit-sikit, x reti makan banyak sekaligus. So bila nak puase tu, rutin tidur dah terbalik. Malam2 x tido dah sebab nak topup makan sikit2 setiap 1 jam,huhu. Hasilnye, mase cek-up berat nak 2.4kg dalam mase 2minggu je. Isyhh! Kuantiti makan tu xla banyak mane. Dah risau la ni, kot raye nanti nak makan sedap2 berat naik lagi banyak macam mane @_@. Nurse kate boleh tambah lagi 3.5kg je sampai cukup 40weeks nanti, tapi macam akan terlebih je.

Niat di hati nak puase penuh, tapi dah tak tercapai la nampaknye sebab dah lubang 4 hari :( Ni sume gara2 termuntah (2hari), cirit irit (1 hari) , lagi 1 hari memang dah x tahan sangat pukul 3ptg terpakse berbuka sebab malam sebelum tu x berapa nak makan n sahur pun lambat. Macam mane la ye, ibu2 yang mengandung n pade mase yg same menyusukan anak sekali? wahh memang paling mencabar la tu ye..

Hopefully, lagi 10 hari yang tinggal ni dapatla Fizza berpuase penuh sebab malas nak ganti. Yela, dah ade baby nnti nak fully breastfeed leceh pulak nak ganti2 ni. Semoga dipermudahkan. Amin..

Friday, June 21, 2013

Pemakanan Snek Yang Sihat Untuk Ibu Hamil

Tips kali ini adalah untuk mereka yang suka ber-snek terutama sekali bagi wanita hamil. Apabila hamil, sememangnya anda akan kerap berasa lapar, jadi tidak hairan jika ibu mengandung mempunyai tabiat baru iaitu memakan snek. Jangan panik dengan tabiat ini secara semulajadi berlaku dan boleh diatasi untuk kekal sihat supaya berat badan anda tidak naik secara mendadak dan berlebihan semasa mengandung. 
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh membantu anda dengan pemakanan snek yang sihat semasa mengandung:

(1) Buat snek anda sendiri supaya anda boleh ber-snek dengan cara yang sihat. Ini dapat mengawal jumlah kandungan gula, garam dan kalori di dalam snek anda. Contoh: Masak sendiri puding laici (kita boleh mengawal jumlah gula dan juga ia tanpa pengawet) Tabiat ini boleh mengurangkan keinginan untuk mengambil terlalu banyak biskut manis, kek, atau pelbagai makanan bergoreng.

(2) Elakkan makan makanan segera, kerana kebanyakan makanan ini mengandungi kalori yang tinggi dan jumlah lemak yang banyak.Semestinya makanan sebegini terdapat MSG yang tidak baik untuk kandungan.

Say NO!

(3) Elakkan membeli-belah untuk makanan ringan atau makanan lain apabila anda berasa lapar. Kerana dalam keadaan ini, anda dengan mudah boleh tergoda untuk membeli makanan yang lebih daripada yang diperlukan.

(4) Memilih bahan buah-buahan yang dicampur di dalam kek atau roti seperti kek pisang, kek buah, kek karot, kerana anda boleh memakannya dan baik untuk ibu hamil dan bayi di dalam perut, selagi bahagian/portion makanan yang diambil munasabah. 

(5) Kurangkan memakan banyak kentang goreng, pastri, croissant, keropok, kentang goreng, aiskrim dan pencuci mulut lain yang tinggi lemak. 

(6) Pilih makanan yang rendah lemak, seperti buah-buahan segar atau kekacang, jagung, makanan rebus atau kukus dan juga sayur sayuran.

(7) Minumlah air setiap hari agar badan anda tidak kekurangan air. Cuba selingkan air ketika ber-snek.

Minum banyak2 ;p



Oleh itu, janganlah takot untuk ber-snek semasa mengandung selagi snek itu berkhasiat dan jumlah bahagian yang di ambil munasabah supaya ibu yang hamil dapat mengandung dengan sihat dan anak di dalam perut juga membesar dengan sihat. InsyaAllah.

 

Thursday, June 20, 2013

Newborn Checklist / Senarai Keperluan Bayi

Assalamualaikummm ;)

Checklist untuk baby stuff? Wowww panjangnye list, banyaknye nak kena beli! - Nie la respon pertama Fizza mase mule2 tengok checklist. Pening2 lalat sebab banyak yg taktau..hehe. Tapi bila tengok 2-3 kali, wahhh excited! ;p Checklist ni penting (pade Fizza la), supaye x tertinggal barang2 yg nak dibeli, or terbeli barang yg x patut dibeli (itu selalu ;p)

Pic by: http://aydaadenan.blogspot.com
Comel comelnye baby stuff nie ;) Untuk first time mommies, mesti semua teruja n rambang mate kan? Nie kite namekan, sindrom ibu anak pertama...heheh. Before membeli, kite perlulah rajin survey n banyakkan google dah juga pandai buat budget yee.

Jom tengok senarai semak keperluan bayi baru lahir dan jugak keperluan mak die:

Clothings:
1. Baju lengan panjang
2. Seluar panjang
3. Baju lengan pendek
4. Seluar pendek
5. Rompers
6. Legging
7. Topi / Bonnet
8. Sarung kaki
9. Sarung tangan
10. Tummy binder (barut)
11. Receiving blanket (selimut yang ada penutup kepala)
12. Swaddling blanket
13. Kain bedung
14. Baby Bip
15. Sapu Tangan
16. Baju & Seluar Lubang2
17. Sleepsuits
18. Legging / Leg Warmers

Changing & Diapering:
1. Lampin pakai buang
2. Cloth Diaper
3. Nappy liners (pelapik untuk digunakan bersama CD)
4. Tisu basah / Travel & Refill Wipes
5. Changing mat
6. Lampin kain
7.Safety pin
8. Diaper Bag
9. Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi
10. Napkin Fastener


Bathing / Grooming
1. Tab mandian bayi & pengalas tab
2. Tuala muka
3. Tuala mandi
4. Mandian bayi -top to toe
5. Bedak bayi
6. Losyen bayi
7. Minyak bayi
8. Minyak telon
9. Pemotong kuku
10. Thermometer
11. Cotton buds
12. Cotton Ball
13. Nasal Aspirator (untuk selsema)
14. Sikat / Brush
15. Termometer
16. Vicks
17. Syringe for Medicine
18. Methylated Spirit – alcohol 70% (cuci pusat blum tanggal, biase hospital bg)
19. Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
20. Krim ruam lampin
21. Shampoo Shield

Nursering
1. Katil bayi / Baby Cot
2. Tilam
3. Bantal
4. Selimut - 2 in 1 bleh jadi cadar bleh juga jadi selimut
5. Bantal panjang / bantal peluk
6. Bouncer
7. Travel bedcot
9. Mainan untuk Play Pen / Katil
10. Mattress Protector
11. Mosquito Net
12. Chest of Drawers

Feeding / Breastfeeding
1. Breast Pump
2. Milk Storage - plastik & botol
3. Cooler bag
4. Ice pack
5. Steriliser
6. Warmer
7. Botol Susu BPA free
8. Bottle cleanser
9. Bottle brush
10.Puting Botol Susu
11. Penyepit Botol
12. Sterilising Tablet
13.Nipple Cream
14.Nursing Pad Washable
15.Nursing Pad Disposal
16.Nursing Pillow
17.Nursing Bra
18.Termos
19. Nursing Cover
20. Drying Rack
21. Warmer Bag
22. Pacifier
23. Teether

Travelling
1. Stroller
2. Car seat
3. Baby Carrier
4. Beg Bayi
5. Infant Carrier/Baby Sling

Keperluan Berpantang
1) Jamu/Set Lepas Bersalin
2) Stokin
3) Baju Sejuk
4) Tungku
5) Selimut
6) Selipar
7) Buku/Majalah
8) Kain Batik
9) Bengkung
10) Maternity Pad/Pad Biasa
11) Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
12) Minyak Angin/Urut
13) Makanan/Minuman (Susu, Buah-buahan Segar, Kurma, Ribena, Prune, Biskut, Roti)
14) Stretchmark Oil

Extra 
1) Penyangkut Baju Berklip
2) Permainan Bermuzik
3) Ampai boleh pindah
4) Baby Gym
6) Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
7) Album
8) Gym Ball
9) Yoga Mat
10) Budget utk monthly check-up
11) Budget untuk kos bersalin di hospital
12) Budget untuk Majlis Aqiqah / Kenduri Kesyukuran

Fuhh..

Monday, June 3, 2013

Makanan Dan Minuman Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil

Setiap wanita yang hamil memerlukan pelbagai nutrien, vitamin dan mineral dalam setiap makanan dan minuman yang diambil untuk membantu perkembangan janin di dalam perut. Tapi setiap pengambilan makanan dan minuman semasa hamil mestilah diambil dengan berhati-hati kerana semasa mengandung, sistem imun ibu hamil semakin berkurangan. Jadi ia adalah lebih sensitif kepada toksin, parasit atau terdapat kuman dalam makanan dan minuman.

Senarai makanan dan minuman yang perlu DIELAKKAN ketika mengandung:

1) Telur separuh masak atau telur mentah, atau makanan yang disediakan dengan menggunakan telur mentah sebagai contoh: mayonis ubat sendiri

2) Daging mentah, ikan mentah atau separa masak. Seperti stik daging yang di masak dagingnya masih merah jambu, sushi dan ikan salmon

3) Susu, keju atau yogurt (tairu) yang tidak disterilkan

4) Organ binatang contohnya hati kerana bahagian ini mempunyai lebih kandungan Vitamin A dan membahayakan kandungan anda

5) Makanan yang dipanas berulangkali mestilah dipanaskan dengan kepanasan maxima untuk memastikan bakteria tiada lagi.

6) Makanan berpanggang atau BBQ yang dibiarkan beberapa ketika sebelum dihidangkan

7) Kekacang. Elakkan jika si ibu pernah mempunyai sejarah alahan

8) Sayuran yang tidak dibasuh dengan betul. Sayuran ini perlu dicuci untuk mengelakkan tokoplasma.

9) Stik tuna, ikan tertentu atau ikan bersaiz besar kerana mengandungi paras tinggi merkuri yang boleh menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam kuantiti yang besar. FDA mencadangkan saiz cadangan untuk sajian ikan seperti ini adalah terhad kepada 12 auns seminggu.

10) Jangan minum minuman yang mengandungi alkohol kerana ia boleh menyebabkan keabnormalan dalam perkembangan janin dan boleh menyebabkan masalah emosi terhadap bayi tersebut

11) Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh perlu dielakkan atau terhad kerana kopi menjejaskan berat badan bayi di dalam kandungan. Ia juga boleh memberi risiko keguguran yang tinggi dan kafein juga boleh menganggu penyerapan zat besi yang diperlukan oleh ibu yang mengandung.

Semoga bermanfaat! :)


Friday, May 31, 2013

Tips Mencegah Keguguran

Assalamualaikum semua..

Tips ni Fizza copy paste je, sumber dah lupe pulak. huhu. Jom bace, untuk pengetahuan ibu2 hamil terutamenye yg dalam 1st trimester tu..

Langkah pertama, dan mungkin yang paling penting, dalam kehamilan yang sihat mendapat penjagaan pra-natal. Ini bermakna mencari pakar obstetrik sejurus selepas positif ujian kehamilan. Doktor akan mengesyorkan vitamin pra-natal, yang kaya dengan nutrien yang ramai ibu-ibu mengandung perlu ambil untuk menjaga kesihatan kandungan, seperti asid folik, kalsium, dan zat besi.

Asid folik adalah penting terutamanya dalam beberapa minggu pertama kehamilan, semasa pembentukan tiub neural, yang kemudiannya berkembang menjadi otak dan saraf tunjang untuk janin tersebut. Kekurangan asid folik dalam tempoh ini boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan masalah kandungan yang lain. Jumlah harian yang disyorkan ialah 400 mikrogram. Terdapat cukup asid folik dalam vitamin pranatal, dan walaupun terdapat dalam beberapa multivitamin yang lain, tetapi anda tidak boleh mengambilnya secara berlebihan, jadi diet yang sihat dengan makanan yang kaya dengan asid folik adalah yang disyorkan dan yang terbaik.

Semasa lawatan ke doktor, wanita hamil harus mengikuti diet yang sihat, aktiviti ringan atau bersenam yang tidak memudaratkan kandungan, memastikan "berat bayi" berada di dalam keadaan yang ditetapkan, dan cuba untuk mengatasi masalah atau tekanan dengan cara yang positif. Ramai doktor percaya bahawa kesihatan yang baik harus bermula sebelum anda hamil lagi untuk memastikan kehamilan yang sihat.Malah, mengambil asid folik walaupun sebelum anda hamil boleh membantu seseorang itu mempercepatkan peluang untuk hamil dan juga dapat mencegah kecacatan kelahiran.

Walaupun terdapat banyak vitamin dan makanan yang anda perlu makan, terdapat beberapa perkara yang ibu-ibu mengandung harus elakkan. Mereka tidak sepatutnya merokok ataupun berada di kawasan yang penuh denga asap pencemaran seperti contoh di kawasan perindustrian atau di ruang legar menunggu bas. Perkara ini amatlah penting kepada sesiapa yang mengandung kerana ini dapat meninggikan risiko sebanyak dua kali masalah plasenta dan menyebabkan berat bayi anda rendah . Ia juga meningkatkan risiko untuk seseorang itu melahirkan anak pra-matang. Antara risiko yanng lain adalah cuba elakkan mengambil berlebihan kafein semasa mengandung, terdedah kepada sinar-x dan semestinya elakkan sukan lasak atau lain-lain aktiviti fizikal yang berbahaya.

Bagi wanita yang hamil dan mempunyai masalah penyakit yang kronik perlu mengambil lebih penjagaan terhadap diri dan kandungan. Wanita yang mempunyai penyakit sebagai contoh, tekanan darah tinggi perlu memeriksa tekanan darah mereka dirumah dan membincangkan perubahan pengambilan ubat dengan doktor mereka untuk tidak memudaratkan kandungan ketika mengambil ubat untuk sesuatu penyakit itu. Ini juga termasuk bagi wanita yang hamil mempunyai penyakit diabetes juga perlu memeriksa tahap gula dalam darah mereka beberapa kali sehari dan melaraskan insulin atau ubat-ubatan oral seperti yang diperlukan.Dan wanita hamil perlu dirawat oleh doktor jika mengalami sebarang jangkitan bakteria atau virus. Sesetengah jangkitan virus, seperti klamidia atau herpes, penghidap perlu berbincang dengan doktor untuk menentukan jika bayi yang bakal dilahirkan melalui secara normal atau melalui pembedahan caesarean. Dapatkan pengetahuan lebih lanjut dengan doktor anda sekiranya anda mengalami masalah penyakit kelamin.

Mencegah keguguran adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan jika anda pertama kalinya hamil. Kita perlu mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan ia terjadi. InsyaAllah, banyakkan berdoa dan amalkan kehidupan yang sihat dan penjagaan yang rapi bagi yang mengandung buat pertama kalinya. 

Ok itu je, yake note ye..Daa..
 

Thursday, May 30, 2013

Cara Berkomunikasi dengan Bayi Dalam Kandungan :)

Walaupun kandungan kite masih janin di dalam rahim, anak dalam tu boleh merasa, mendengar, melihat, dan bertindak balas terhadap peristiwa di luar dirinya. Bukan tu je, baby juga mula untuk belajar dan ingat sesuatu perkara. Semua ni sebab, otak baby dah jadi aktif sejak dari dalam rahim lagi. So, parents dah patut cuba untuk rangsang aktiviti "pembelajaran" dari peringkat awal lagi. Jom kite ikut tips nie:

Bercakap dan Menyanyi
Dengan cara ni, janin or baby dalam rahim akan dilatih pendengarannya, so dia tahu dan dapat bezakan suara ibunya dengan suara yang lain.


Menyentuh
Dengan mengusap dinding perut ibunya, janin akan merasa ibu atau bapa usaha untuk membuat dia berasa selamat. ;)


Gambar: Google

Berfikiran Positif
Especially pada si ibu, kene sentiase sedar adenye janin dalam badan kite (yela, kadang2 yg perut kecik tu boleh terlupe yang kite ni pregnant, hehe. macam Fizza ler). Contoh, bayangkan janin anda akan membesar dengan sempurna dan dilahirkan dengan selamat.


Aktiviti Santai
Cuba lakukan aktiviti santai. Contohnye, mengambil sedikit masa untuk berjalan kaki pada waktu pagi terutamenye waktu weeken tu. Ajak hubby gi jogging, tapi yang ibu2 ni jalan2 santai la dekat taman :) Selain tu, kite pun bleh rase relax n segarrr :)


Simpan Jauh Perasaan yang Pelik2
Perasaan sedih dan kesusahan yang dialami oleh ibu-ibu mengandung akan memberi kesan negatif pada janin. Pastikan yg kite tunjukkan sayang yang mendalam terhadap janin kite tu. Senang kate, kite berkongsi n cerita dengan janin dan pastinye janin kite dapat merasakan kasih sayang...



p/s: Hope kite semua dapat mencurah kasih sayang kepada bakal bayi yang dilahirkan sejak dari janin lagi. So, otak bayi dapat terangsang dari peringkat awal n menggalakkan tisu-tisu otak berfungsi dengan baik untuk pembelajaran dan membentuk karakter baby tu nanti. Inshaalllahhhhh karekter yg baik2 aje, Amin...

Amalan Terbaik Untuk Ibu Hamil

Sikap dan tingkah laku si ibu boleh diwarisi oleh si anak di dalam kandungan? Jom singkap amalan terbaik yang wajar diamalkan oleh si ibu sepanjang tempoh kehamilan agar dikurniakan cahaya mata yang cerdik, cantik dan berakhlak mulia :)



1. Didikan Di Alam Rahim
Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan berakhlak mulia sejak ia berada di alam rahim lagi. Apabila janin meningkat usia empat bulan, si ibu mestilah mengawasi setiap tindak tanduknya kerana pada tempoh tersebut Allah SWT telah meniupkan roh ke atas janin yang dikandunginya. Pada waktu inilah janin sudah boleh mendengar dan mengamati suasana persekitaran yang berlaku.

Dalam usaha melahirkan anak yang patuh mendengar kata ibu dan ayah, si ibu perlulah menunjukkan contoh yang baik ini sejak dari awal lagi. Patuh mentaati perintah Allah swt dan taat pada suami dan Insya-Allah, anak yang lahir nanti akan turut mewarisi sifat tersebut.

2. Jaga Tingkah Laku
Ketika hamil emosi si ibu memang tidak stabil dan mudah marah. Namun si ibu perlu bijak mengawal emosi dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku agar tidak menunjukkan akhlak yang buruk. Anak di dalam kandungan sentiasa mendengar suara persekitarannya. Jadi, tuturkan dan dengarkanlah perkara-perkara kebaikan sepanjang kehamilan anda. Tujuannya, agar si anak dapat mendengarinya sekali gus mewarisi sifat-sifat kebaikan itu.

3. Beribadah
Apabila si ibu dan ayah rajin beribadah, insya-Allah si anak juga akan mewarisi sifat itu. Si anak yang dilahirkan dalam suasana tetap beribadah akan menunjukkan kesungguhannya untuk bersembahyang dan sensitif dengan kalimah Tuhan apabila usianya menginjak dua tahun. Malah ada yang sudah pandai mengucapkan kalimah memuji Allah swt dalam usia semuda itu.

4. Komunikasi
Selain solat, ibu hamil juga disarankan untuk mengucapkan kalimah-kalimah yang baik. Berbisiklah pada bayi di dalam kandungan dengan kalimah-kalimah suci memuji Tuhan. Yakinlah si anak mendengar dan mendoakan yang terbaik buat ibunya.

5. Membaca Al-Quran
Banyakkan membaca Al-Quran, bertahlil, berzanji, marhaban, berzikir, berselawat, berdoa dan amalan sunat yang lain agar zuriat yang lahir menjadi anak yang soleh dan solehah.



Surah Amalan Terbaik Ketika Mengandung
Ketika hamil, para ibu digalakkan membaca surah-surah dalam Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan harian. Antara surah-surah yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah :
1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Ayatul Kursi
3. Surah Yaasin
4. Surah Yusuf
5. Surah Maryam
6. Surah Luqman

Pemakanan: Ibu Sihat, Anak Cerdas
Selain menjaga tingkah laku dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, ibu hamil juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan. Antaranya :

Telur – Kaya protein.
Ikan Salmon – Kaya sumber Omega-3
Kekacang – Tinggi serat dan protein.
Keledek – Sumber vitamin A, C, folat dan serat.
Bertih jagung atau sebarang biji-bijian – Tinggi nutrien dan serat, vitamin E, selenium serta phytonutrient.
Kacang walnuts – Kaya sumber Omega-3 (sebagai pengganti bagi yang tidak menggemari ikan atau telur.
Yogurt – Sumber kalsium.
Sayuran Berdaun Hijau – Kaya dengan sumber vitamin serta nutrien termasuklah vitamin A, C, K dan folat.

Jom, amalkan! :)

Update News: Orang Ketiga (yang good punye!)

 Assalamualaikum..Hyeeee :)

Rasanya ade yang dah tau n ade jugak yang belum tau. Walaupun dah lambat, tapi xpelah. Nak buat official announcement je. Nanti ade orang kate, oo xnak update news pun. Senyap je lepas kawen nie. eheh..

Actually, dalam planning nak get baby starting January 2013. Sebab nak tunggu majlis dekat Sabah 26 Januari 2013 tu lepas dulu. So awal2 kahwin tu memang x plan la nak ade baby lg, takut penat sangat nak settle majlis kat Sabah n xnak effect pada kandungan. Mase tu, kalau orang tanye dah ade baby ke? Oh hanye mampu sengih je laa,hihi. Sebab bile cakap nak tunggu tahun depan, ade plak jawapan negatif orang bagi. Nanti rancang2 x dapat terus baru tau.. hmm. Malas nak dapat respon negatif macam ni. So sengih je laaaa.. ;p

Detik2nya bermula bila Fizza start sakit pinggang 28/12/12 kalau x silap. Sakit pinggang tu macam keras2 je rase. Entah la xtau nak explain betul2. Tapi lain macam la. Bukan sakit pinggang macam salah posisi tido. Masa tu terus teringat yang Fizza jatuh dalam toilet awal Nov'12 kalau x silap. Mase tu baru je pindah ke rumah husband. Baru berhenti keje kat PJ, terus pindah Kluang. Mr Husband mandi pakai sabun punyalah banyak mcm nak cuci toilet! haha. Lepas tu, siap mandi die x siram n bersihkan. Fizza masuk je toilet, terus jatuh tergolek sebab licin gile. Hentak kuat jugak. Haiyaaa punyelah sakit. Try bangun, terjatuh lagi sekali. Mase tu x gi urut pun. Dah nak gi urut tapi ntah sentiase x jadi je. Ok, disebabkan scene jatuh toilet tu la, Fizza salahkan Mr husband mase tu sebab punca sakit pinggang pasal effect jatuh toilet. Lepas tu merajuk lame! Mogok sekali haha. Duduk uma parents lepas tu sebab sakit x hilang2. Tak larat nak duduk uma masak sendiri. Lepas 2-3ari tu pulak sakit kat ari2. Tapi mase tu, leh macam teringin makan Nasi Lemak Wak Kentut. Serius xtau, memang wujud nasi lemak tu. Mr Husband lepas balik keje, berdesup dr Kluang ke Kulai semata2 nak beli nasi lemak Wak Kentut tu, nak pujuk la konon. Gabra sebab bini die memang marah betul, pasal x bawak gi urut hahahaha. (tapi lepas tu die cerita, die ade instinct yg Fizza ni macam mengidam agaknye, tu yg die gigih cari ;p)

Lepas seminggu balik la Kluang, abah n mak sms tanye dah ok ke? Fizza cakap x ok lagi, macam sengal2 lagi kat ari2 ni. Then tetibe diorang suspect ntah2 pregnant. haha. Fizza siap cakap, x mungkin la. Xkan cepat sangat kot! Sebab baru je nak plan 'buat' baby,hehehe. Esoknye, Mr Husband bawak gi jumpa Doc, klinik panel die. Lpas cek2, cek perut sume ok n die tanye bila last period. Fizza cakap la, 23/12/12. So, Doc assume bukan sakit sebab pregnant. Doc pun bagi la pil sakit pinggang + pil angin. Pastu die pesan, kalau bersama tu jangan kuat2. Fizza macam, eh?! 2x die psan sambil sengih2. (dah sakit benar pinggang ne, xkan nak on mende tu kan, adehh) Mase tu Fizza tetibe rase maybe pregnant kot! Xnak makan ubat tu. Tapi mase tu Mr Husband ni memang jenis ikut cakap Doc, die pakse Fizza makan. 3 ari makan pil2 tu. Huhu. Sedih!

3/1/13 - Mr Husband demam. 4/1/13 tetibe Fizza macam x larat. Lembik je. X bermaya, jadi pemalas. Letih n nak tido je. X lame lepas tu demam. Lame dalam seminggu. Kejap macam panas, kejap macam sejuk. sakit kepala, ari2 masih sakit kadang2. Fizza susah nak tido klau dah pkul 4ptg ke atas. Tapi sejak tu, lpas pkul 4 je memang tido x sedar diri sampai Mr Husband balik keje. Die kejut suruh mandi pun, x larat nak bukak mate ni. Rutin memasak dah jadi lain. Pkul 9pg dah start masak. Biasenye pkul 11pg baru masak. Sebab nak tido time tgh hari tu. Huhu. (nak tido je kejenye) Sebab memang letih sangat2. Mase tu rase mcm aku ni x keje, sejak duduk uma asek x sihat je (perasaan mase tu la, hihi sebab jarang sakit2 b4 ni). Mase balik dr keje, Mr Husband peluk die kate demam ke sebab badan panas katenye? Fizza cakap xla. Penat je. plus kurang minum air. Then tibe2 die tanye, dah period belum (sambil sengih2 ;p). Fizza cakap la, eh belum la lame gi 16/1 nnti. (dalam hati, laki aku ni mcm harap aku pregnant je, hehehe)

Tapi ntah, sejak tibe hari kena makan pil sakit pinggang tu, tibe2 ade perasaan maybe baby baru nak jadi. sebab tu kot sakit pinggang. sperma sedang bertemu dengan ovumnya, cehh ;p kadang2 hati ni macam nafikan jugak, sebab sekali je kami bersama lepas Fizza period tu. Yela, dah kene rehat sakit pinggang pastu demam lame plak. Lpas Fizza baik demam, Mr Husband demam lg sekali. Kesian sebab die kerje jugak, huhu.

13/1/13 tu Fizza buat UPT sendiri walaupun belum due period lagi, beli brand Watson yang paling murah punye RM5 je kot untuk 2 strips test. First time nak guna, tapi x bace arahan kat kit tu pun. Konon dah pro la. huhu. Sekali test je, tettttt! negative! 1 line je. Terus frust, haha. Terus campak dlm tong.

15/1/13 buat UPT lagi sekali sebab xleh sabar dah nak tau. Pagi2 bangun terus test, tapi kecewa 1 line lagi. Terus tinggalkan je strip tu sebelah button flush jamban, huhu.  30min lepas tu, masuk toilet semula, tengok2 eh double line! Tapi line ke-2 tu sangat kabur. Macam berbunga kejap. Terus amek kotak kit UPT tu, bace2 die tulis after 15minutes, result dah x valid. Oh! Kecewa buat kali ke-3. Tunjuk jugak kat Mr Husband, tapi die macam x yakin. Nak sahkan dengan Doc jugak.huhuh.

Hari Jumaat petang (18/1/13), Mr Husband pegi klink panel die sebab demam x baik lagi. Pegi mintak ubat. Then tanye sekali kat doc, boleh x nak wat scan untuk sahkan pregnancy. Die tanye delay period. So Fizza katelah belum (sebenarnye dah, tapi takut kecewa,kihkihkih). Then dalam kereta, gitau Mr Husband. Patutnya period 16/1/13. Mr Husband pun terkejut, so dah delay la ni? Then, Fizza ajak pegi Guardian, cari UPT digital brand Clearblue tu coz yang tu bagus kite boleh tau dah berapa minggu kite pregnant. Mase beli tu harganya RM29.90 untuk 1 test.
Sabtu pagi tu, bangun tido terus laju2 pegi toilet haha. Mase nak test ni berdebar-debar jugak la. Test kit yang ni boleh kate 99.9% accurate. So far sume yang guna ni memang dapat result yg tepat. Mula2 test tu, ingatkan terus keluar result, rupenye ade pic jam pasir pusing2 dulu smentara result keluar. dalam 30saat lepas tu kot baru keluar result 'Pregnant'. Lame woo nak tunggu. Wahhh mase ni menggeletar tangan plus excited! haha. Macam nak keluar toilet terus je mase tu nak bgtau Mr Husband. Tapi kene tunggu lagi 1 result (nak tau dah brape minggu). Dalam 1-2min, baru keluar tanda '1-2'. 1-2 tu maksudnya kite dah conceive dalam 1-2mggu, tapi umur kehamilan dalam 4 minggu. ikutkan memang betul la 4 minggu pun mase tu. :) Lega!. Keluar toilet terus kejut Mr Husband. Lepas tu die gosok2 mate, die kate pregnant ke? Betul ke? Pastu Fizza kate yela, tengok kotak ni, haha. Terus die peluk then cium dahi. Alhamdulillah, terawal sebulan dari yang dirancang, tapi tetap bersyukurrrr!! Betul la orang kate, kite akan ade instinct sendiri bile kite ni dah preggy, walaupun kadang2 rase mcm x mungkin lah! Hehe.

Semoga semuanye selamat hingga tiba saat kelahiran nanti. Amin. Syukur atas rezeki-Nya :)

Much Love ~

Wednesday, May 29, 2013

Baby Bullet: Promo Baby Food Blender Murah!

Salam readers!

Semalam saje2 tengok Groupon, Milkadeal, n etc. Terjumpa Baby Bullet murah tengah promo dekat Groupon. 1 set siap delivery to Semenanjung Malaysia cuma RM99 je! Murahkan? Biase Fizza tengok orang jual Rm160-RM180 lepas less. Harge pasaran RM199.

Baby Bullet - 20 pcs
Set baby bullet nie, korang akan dapat 20 barang:
  • 1 x batch bowl
  • 1 x batch bowl lid
  • 1 x power base
  • 1 x baby blend blade
  • 1x milling blade
  • 1 x easy pop batch tray
  • 1 x easy pop batch tray lid
  • 6 x date dial storage cups
  • 1 x spatula
  • 1 x short cup
  • 1 x re-sealable lid
  • 1 x tip proof tray
  • 1 x user manual and cookbook
  • 1 x pocket nutritionist booklet
  • 1 x bag
So, untuk mommies yang sedang n plan untuk bagi baby solid food tu, sila la terjah & beli cepat2 dekat Groupon sebelum deal tamat. Fizza x beli coz nak tunggu baby dah keluar baru plan nak beli, hehe.

 Daaa~~!