Assalamualaikum semua..
Tips ni Fizza copy paste je, sumber dah lupe pulak. huhu. Jom bace, untuk pengetahuan ibu2 hamil terutamenye yg dalam 1st trimester tu..
Langkah pertama, dan mungkin yang paling penting, dalam kehamilan yang
sihat mendapat penjagaan pra-natal. Ini bermakna mencari pakar obstetrik
sejurus selepas positif ujian kehamilan. Doktor akan mengesyorkan
vitamin pra-natal, yang kaya dengan nutrien yang ramai ibu-ibu
mengandung perlu ambil untuk menjaga kesihatan kandungan, seperti asid
folik, kalsium, dan zat besi.
Asid folik adalah penting terutamanya dalam beberapa minggu pertama
kehamilan, semasa pembentukan tiub neural, yang kemudiannya berkembang
menjadi otak dan saraf tunjang untuk janin tersebut. Kekurangan asid
folik dalam tempoh ini boleh menyebabkan kecacatan kelahiran dan masalah
kandungan yang lain. Jumlah harian yang disyorkan ialah 400 mikrogram.
Terdapat cukup asid folik dalam vitamin pranatal, dan walaupun terdapat
dalam beberapa multivitamin yang lain, tetapi anda tidak boleh
mengambilnya secara berlebihan, jadi diet yang sihat dengan makanan yang
kaya dengan asid folik adalah yang disyorkan dan yang terbaik.
Semasa lawatan ke doktor, wanita hamil harus mengikuti diet yang sihat,
aktiviti ringan atau bersenam yang tidak memudaratkan kandungan,
memastikan "berat bayi" berada di dalam keadaan yang ditetapkan, dan
cuba untuk mengatasi masalah atau tekanan dengan cara yang positif.
Ramai doktor percaya bahawa kesihatan yang baik harus bermula sebelum
anda hamil lagi untuk memastikan kehamilan yang sihat.Malah, mengambil
asid folik walaupun sebelum anda hamil boleh membantu seseorang itu
mempercepatkan peluang untuk hamil dan juga dapat mencegah kecacatan
kelahiran.
Walaupun terdapat banyak vitamin dan makanan yang anda perlu makan,
terdapat beberapa perkara yang ibu-ibu mengandung harus elakkan. Mereka
tidak sepatutnya merokok ataupun berada di kawasan yang penuh denga asap
pencemaran seperti contoh di kawasan perindustrian atau di ruang legar
menunggu bas. Perkara ini amatlah penting kepada sesiapa yang mengandung
kerana ini dapat meninggikan risiko sebanyak dua kali masalah plasenta
dan menyebabkan berat bayi anda rendah . Ia juga meningkatkan risiko
untuk seseorang itu melahirkan anak pra-matang. Antara risiko yanng lain
adalah cuba elakkan mengambil berlebihan kafein semasa mengandung,
terdedah kepada sinar-x dan semestinya elakkan sukan lasak atau
lain-lain aktiviti fizikal yang berbahaya.
Bagi wanita yang hamil dan mempunyai masalah penyakit yang kronik perlu
mengambil lebih penjagaan terhadap diri dan kandungan. Wanita yang
mempunyai penyakit sebagai contoh, tekanan darah tinggi perlu memeriksa
tekanan darah mereka dirumah dan membincangkan perubahan pengambilan
ubat dengan doktor mereka untuk tidak memudaratkan kandungan ketika
mengambil ubat untuk sesuatu penyakit itu. Ini juga termasuk bagi wanita
yang hamil mempunyai penyakit diabetes juga perlu memeriksa tahap gula
dalam darah mereka beberapa kali sehari dan melaraskan insulin atau
ubat-ubatan oral seperti yang diperlukan.Dan wanita hamil perlu dirawat
oleh doktor jika mengalami sebarang jangkitan bakteria atau virus.
Sesetengah jangkitan virus, seperti klamidia atau herpes, penghidap
perlu berbincang dengan doktor untuk menentukan jika bayi yang bakal
dilahirkan melalui secara normal atau melalui pembedahan caesarean.
Dapatkan pengetahuan lebih lanjut dengan doktor anda sekiranya anda
mengalami masalah penyakit kelamin.
Mencegah keguguran adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan
jika anda pertama kalinya hamil. Kita perlu mengambil langkah-langkah
untuk mengelakkan ia terjadi. InsyaAllah, banyakkan berdoa dan amalkan
kehidupan yang sihat dan penjagaan yang rapi bagi yang mengandung buat
pertama kalinya.
Ok itu je, yake note ye..Daa..