SiCantik sama SiKacak

Thursday, August 29, 2013

Pura Kiki Stainless Steel - Botol Susu Pilihanku

Salam readerssss....

Buat apa? Fizza baru lepas fikir2 pasal perlu ke x botol susu ni di awal2 bersalin nanti. Niat murni memang dah tanam dari awal preggy lagi, nak exclusive breastfeed baby sampai umur die 2 years. Tapi bila fikir2 kan balik, botol susu kena standby jugak walaupun kite xbekerja or surirumah. Kenapa?
  • Dalam pantang nanti,mesti kena mengurut kan? Kot tetibe tengah mengurut tu, baby nak nenen? Haa..Kesian tukang urut kena tunggu lame plak. "Makcik2 tggu kejap sy nak susukan  anak kejap".. Ade kang makcik tu xnak datang umah lagi,hehehe (die pun ade keje lain). Tapi kalau boleh, before mengurut tu, siap2 breastfeed baby dulu bg mendapatkan sesi urut mengurut yg aman lagi menenangkan ;)
  • Mama nye demam n kena makan ubat ubatan! Mane lah tau kan.Tetibe demam, bukan boleh jangke. Xkan nak breastfeed baby dengan drugs tu sekali? Uihhh x sanggup la kecik2 dah kena sumbat drug. So gunalah stok EBM letak dalam botol. Plus, takut baby pun demam sekali even kite x amek ubat pun sebab  badan panas. My fren cakap, susah hati gile kalau baby kecik lg dah demam.
  • Nipple crack! Aiyarkkk pedihhh (macam la penah rase,hehe). Ramai mommies cakap, xtahan sakit kalau terkena nipple crack tu. Sampai ade yg berdarah. Xkan nak suruh baby hisap ngan darah tu? huhu. Botol la pengganti sementara...
  • Korang nak pegi slimming centre - hahaha, yg ni kebanyakannya retis2 la. Dalam pantang, ligat pegi slimming centre nak jage body..Mase ni parents la yg tolong jagekan baby, kena la susukan pakai botol....Fizza xla macam ni, pakai bengkung je.. ;)
  • Nak latih baby bonding dengan ayah die :) - Yang ni penting jugak, biar ayah die tau macam mane nak  susukan anak. Sebabnye, kalau kena travel mane2, mama die nak ke toilet sekejapke, tolong orang kenduri kendara dekat dapur, so ayah die bolehstandby tolong susukan  anak. (tapi isi susu ibu la dalam botol tu, nak exclusive breastfeed,kan?  hehe)
Tapi ade orang nasihat, untuk 6 minggu pertama, xperlu ajar baby dengan botol susu dulu. Sebab takut baby confuse. Nanti baby xnak direct feed dengan ibu die susah n boleh menyebabkan signal untuk susu tu keluar dengan sloww & sikit..Ni Fizza akan pertimbangkan bergantung pade situasi baby nanti.

Pura Kiki for my baby (bought from Bebe Totz
Oh, by the way. Setelah ditimbang tara, Fizza memilih untuk beli botol susu stainless steel (walaupun tersuka jugak dekat glass bottles). Sebabnye botol ni tahan lame, x perlu nak tukar2 setiap 6 bulan dah. Mula2 suka dengan botol Tommie Tippie tu, tapi bila fikir balik kena tukar2 setiap 6 bulan (walaupun BPA free), terus xjadi sebab Fizza ni jenis malas nak beli lagi kalau dah ade. hihi. Alang2 beli terus yang tahan lame, xpayah tukar2 n boleh guna sampai besar :) Ade lagi brand lain yang jenis stainless steel ni, tapi Fizza macam berkenan kat brand Pura Kiki je, sebab xde plastic langsung. Macam Pacific Baby, dekat seal die tu pakai plastic.

Ni antara reason nye kenapa Fizza pilih ;)
Lepas tu, selain leh guna untuk minum susu, die punye teats boleh tukar pade sippy (senang nak latih baby minum guna cawan). Before baby umur dekat setahun latih die guna sippy teats dulu kalau dahpro leh terus guna cawan.

See? Boleh tukar2,

Fizza beli dekat Bebe Totz5oz Bottle harganya RM51.90 (with 20% less) & 11oz Bottle RM63.90 (with 20% less). Then untuk sleeves die pulak, RM31.90 setiap satu. 5oz & 11oz same harge.. Untuk postage tambah RM8. 

Harge asal Pura Kiki (before less)
Kat Johor ni xde 1 pun babyshop yg jual botol susu stainless steel brand Pura Kiki. So beli online la n yg paling murah jual dekat Bebe Totz. Total semua sekali RM187.60, huhuhuh. Alahai baru botol sus 2 botol je dah dekat RM200. Barang baby memang banyak yg mahal2 kan. Xpelah nak, asalkan jimat. Tinggal tukar teats (puting susu) je nanti T_T


Actually, banyak pilihan warna untuk bottles & jugak sleeves. Tapi Fizza xtau la kenapa Fizza beli warna atas ni..hehe. Xfikir banyak pun mase tu, terus order warne atas ni je.. 

Warna2 pilihan untuk botol

Warna2 pilihan untuk sleeves

Bottle glass pun bagus, tahan lame gak  x perlu tukar2 tapi Fizza xnak sebab tak tahan lasak, takut retak2 n ade serpihan dalam botol kite xperasan. Takottt.. Tapi glass bottles semua cantik. Cube korang tengok.

Evenflo

LIfefactory
Cantik2 kan? Ape2 pilihan pun, bergantung pade selera masing & pendapat masing2. Nanti bila baby dah guna botol ni, inshaallah Fizza buat review pulak ye :)

Daaa~~~

Wednesday, August 28, 2013

Tips Kurangkan Sakit Bersalin Melalui Hypnobirthing

Salam readers. :)

Saje Fizza nak share info pasal hypnobirthing ni. Hypnobirthing digunakan untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit semasa bersalin. Actually, kite memang akan rase sakit tapi minda kite ni dialihkan ke perkare lain dan melatih diri untuklebihrelax ntak panik.

Teknik ini boleh dimulakan n praktis dari awal kehamilan lagi sehingga akhir kehamilan. :)


Relax mode

Berikut ialah cara mudah teknik hypnobirthing :

1. Duduk bersila dalam keadaan rehat.

2. Pusingkan kepala ke arah bahu kanan kemudian kiri sebanyak 8 kali. Kemudian ke arah bahu kiri kemudian kanan sebanyak 8 kali.

3. Letakkan tangan di atas bahu dan pusingkan ke depan sebanyak 8 kali.  Kemudian pusingkan ke belakang sebanyak 8 kali.

4. Kemudian berbaring dengan santai.

5. Luruskan tangan kanan dan kiri ke sisi tubuh. Luruskan kaki. Telapak kanan menghadap ke atas.

6. Menegangkan telapak kaki menuju ke betis dan paha dalam kiraan 8, kemudian lepaskan semula.

7.  Tutup telapak tangan dan genggam dengan kuat, kerutkan dahi dan lidah naik ke arah lelangit dalam kiraan 8 dan lepaskan.

8. Tarik nafas melalui hidung perlahan-lahan dalam kiraan 8 dan lepaskan melalui mulut.  Lakukan 8 kali.

9. Tutup mata dalam kiraan 8 dan buka perlahan-lahan.

10. Perhatikan pada satu titik sehingga mata terasa ingin tertutup, tutup mata perlahan-lahan.

11.  Masukkan fikiran positif.  Contohnya 'Semoga bayi dalam kandunganku membesar dengan sihat. Aku akan melahirkan dengan cara yang tenang, tidak menyakitkan diriku dan anakku.'

12. Ketika sudah selesai memasukkan fikiran positif, tarik nafas  dalam melalui hidung dan hembus semula melalui hidung.  Kembali semula kepada keadaan normal. 

Credit to:

p/s: Actually. Fizza ade attend Hypnobirthing Course 15 & 16 Ogos lepas. Nanti Fizza share story kebaikan hypnobirthing ni. :) Fizza sangat2 recommend utk semua mommy-to-be join course ni. Course ni xsame ye macam antenatal class yang ade dekat hospital. Sangat berbaloi join, n Fizza anggap ni sebagai investment n ilmu berharga dalam birthing, hehe. Lebih2 lagi pada bakal ibu yang baru nak anak 1 nie ;)

Ok, nanti kalau rajin menaip Fizza share ye. Daaa.

Tuesday, August 6, 2013

Muslim Baby Names

Salam Ramadhan yg ke-28 :)

Alhamdulillah, masih diberi peluang & kemudahan untuk berpuasa pade hari ini. Fizza tau mesti ade mommies yg lain yang dapat puase penuh kan? Syabas! Besok hari last puase, wahhh..macam sekejap je dah nak raye kan :)

Starting last week, Fizza dah mula survey2 name baby secare online. Actually, before tu dah pergi bookstores cari buku2 panduan nama2 bayi Islam. Tapi kebanyakan buku2 tu semua banyak campuran nama Parsi. Makne pun banyak yang lari. So end up, kitorang x jadi beli pun. Lagi pun, Fizza dah join 1 group kat FB n dah add hubby masuk sekali. Admin kat situ mahir dengan maksud2 & ejaan bahasa Arab dgn baik. Mommies yang lain join la group Nama-nama Indah Yang Bermakna. Kadang2, Fizza tengok2 jugak name2 kat sesetengah website, tapi akan rujuk semula pade sis Nazzla (admin group FB) tu.

Actually, boleh je nak name kan baby masing2 ikut macam2 bahasa. Parsi ke, Arab ke, Jerman ikut suka parents masing2. Tapi Fizza prefer bahasa Arab je, sebab kalau bahasa2 lain tu xramai yang mahir & fasih yg boleh Fizza nak rujuk. Lagi pun, takut jadi makne x elok bile disebut oleh bahasa negare lain. Faham x? hihi. mesti ade yg x faham. Kasi contoh macam ubat gigi je la. Dulu ubat gig Darlie tu kan namenye Darkie. Tapi xlaku mase mula2 masuk pasaran Malaysia, sebab sebutannye macam "daki". Ade selera ke nak letak "daki" wat cuci gigi? hihi. So lebih kurang macam tula maksud Fizza. Takut jadi maknye & sebutan yang lain. Care senang, guna bahasa Arab je.. ;)

Nak cari name baby yg dipersetujui oleh dua2 parents ni agak payah n pening gak. Fizza kalau boleh nak name yg lain dari yang lain. Yang hubby Fizza plak suke yg sedap die dengar,huhu. Geram je kadang2 bile kite bgtau name ni best x? name ni sedap x? Die leh wat acuh x acuh je. Haihh,, orang lain memang banyak x amek kisah pd semua perkare -,- Semua orang perempuan je buat kan?

Oh, sebelum tu. Kite kena make sure name2 yang diberi tu bukanlah dari senarai name2 yg dilarang ye. Kene semak betul2, takut ade maksud yg x baik. Leh tengok dalam post Fizza yg sebelum ni ye. Nak post sekali macam panjang sangat. So wat post asing2 senang.

Ok lah, nak solat Asar jap lagi & nak berkemas balik kampung. hihi. Xdelah berkemas sangat sebenarnye. Kemas2 rumah je. Barang xde ape sangat nak bawak pun. Rumah parents dalam 1jam 15min je dari sini. Ok, daaaa~~

Nama-nama Yang Dilarang Dalam Islam

As-salam semua :)

Kat sini Fizza nak share ape yg Fizza dapat dari FB. Semoga bermanfaat pade semua ye. InshaAllah :)
Baca kat bawah ni..Jangan malas bace plak, sebab panjang..hehehe.

Nama Nama Yang Dilarang Islam

Nama adalah doa kepada seseorang, maka ibu bapa menjadi pemegang amanah yang besar untuk menamakan cahaya mata mereka. Nama hendaknya memiliki makna yang bagus. Janganlah memberikan nama hanya mengikut perasaan, asalkan indah dan sedap didengar tanpa mengetahui makna yang tersirat atau maksud sebenarnya.

Jika nama tersebut buruk dan memalukan, maka ibubapa boleh dikira berlaku zalim dan derhaka pada si anak.

A. NAMA-NAMA LARANGAN
1. Pengabdian / Penghambaan

Syarak menegah menamakan seseorang atau anak dengan nama yang dilarang seperti yang khusus bagi Allah atau sembahan-sembahan lain. Jauhilah dari nama-nama yang menunjukkan pengabdian/penghambaan kepada selain Allah seperti Abdul-Kaabah (Hamba Kaabah), Abdun-Nabi (Hamba Nabi), Abdul-‘Uzza (Hamba Tuhan ‘Uzza) dan sebagainya.

2. MALIKUL-AMLAK
Diharamkan memberi nama dengan nama ‘Malikul-Amlak’ yang bermaksud; ‘Raja bagi segala raja’. Sabda Rasulullah SAW:

إنَّ أخْنَعَ اسْمٍ عِنْدَ اللَّهِ تَعالى رَجُلٌ تَسَمَّى مَلِكَ الأمْلاكِ
“Sesungguhnya sehina-hina/seburuk-buruk nama di sisi Allah ialah seorang lelaki yang bernama Malikul-Amlak.” (Riwayat Imam Bukhari dari Abu Hurairah r.a.)

Dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda;

أَغْيَظُ رَجُلٍ عَلَى اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَخْبَثُهُ، رَجُلٌ كَانَ يُسَمَّى مَلِكَ الأَمْلاَكِ، لاَ مَلِكَ إِلاَّ اللَّهُ
“Lelaki yang paling dimukai oleh Allah pada hari kiamat dan paling hina ialah lelaki yang diberi nama Malikul-Amlak (kerana hakikatnya) tiada raja melainkan Allah.” (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

3. NAMA MALAIKAT
Menurut mazhab Syafi’ie, harus memberi nama dengan nama-nama Malaikat. Namun demikian, sebahagian ulama’ memakruhkannya. Berkata Qadhi ‘Iyadh; “Telah memakruhkan sebahagian ulama’ memberi nama dengan nama-nama Malaikat dan ia adalah pandangan al-Harith bin Miskin. Imam Malik memakruhkan memberi nama dengan Jibril dan Ya-sin.”

4. TENGOK NASIB DAN PENAFIAN
Begitu juga, dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang dijadikan tengok nasib dengan penafiannya pada adat/kebiasaan seperti nama-nama yang terkandung dalam sabda Rasulullah SAW;

لاَ تُسَمِّيَنَّ غُلاَمَكَ يَسَاراً، وَلاَ رَبَاحاً، وَلاَ نَجِيحاً، وَلاَ أَفْلَحَ، فَإِنَّكَ تَقُولُ: أَثَمَّ هُوَ؟ فَلاَ يَكُونُ، فَيَقُولُ: لاَ”. إِنَّمَا هُنَّ أَرْبَعٌ، فَلاَ تَزِيدُنَّ عَلَيَّ.
“Janganlah kamu menamakan anak kamu Yasar (mudah), Rabah (untung), Najih (berjaya) dan Aflah (berjaya). Kerana sesungguhnya jika kamu bertanya seseorang; “Apakah ada di sana (Yasar, Rabah dan sebagainya itu)?” Lalu ia menjawab; “Tidak ada”.” (Riwayat Imam Muslim dari Samurah bin Jundab r.a.)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda::

لا تسمين غلامك يسارا ولا رباحا ولا نجيحا ولا أفلح فإنك تقول أثم هو فلا يكون فيقول: لا
“Jangan namakan anakmu dengan nama senang, keuntungan dan kejayaan. Sebabnya adalah jika kamu bertanya adakah ‘kuntungan’ ada? Jika tidak ada, orang akan menjawab “Keuntungan tidak ada”.” (Hadis riwayat Muslim, Tirmizi r.a. dan Abu Daud r.a.)


Menurut Imam Nawawi, dimakruhkan nama-nama tersebut (dalam hadis) adalah kerana buruk dan rosaknya jawapan yang bakal diterima, juga nama-nama tersebut ada kemungkinan menjatuhkan sebahagian golongan ke dalam suatu bentuk perbuatan menenung untung/nasib. (Contohnya; apabila ditanya; “Adakah di sana ada Rabah (untung)?”, lalu dijawab; “Ada”. Apabila orang yang suka menengok/menilai nasib dengan suatu sempena atau kejadian mendengar jawapan ini, maka ia akan membuat andaian bahawa hari tersebut adalah hari untung).

Menurut Syeikh Abdullah Nasih ‘Ulwan; memberi nama dengan nama-nama ini hukumnya adalah haram dengan sepakat para ulama’. (Tarbiyatul-Aulad)

5. KEKUFURAN DAN KEJAHATAN
Nama-nama yang memberikan maksud yang tidak baik dan melambangkan kekufuran dan yang terkenal dengan kejahatan, seperti Wisky, Ifrit, Firaun dan Syaitan adalah dilarang.

6. TIDAK MELAMBANGKAN ISLAM
Hendaklah dijauhi juga dari memberi nama dengan nama-nama yang tidak beridentitikan Islam dan menggambarkan hilangnya jati-diri sebagai seorang muslim, seperti meniru-niru nama orang bukan Islam seperti Natasya, Susan, Suzuki, Mazda dan Ninja. Juga nama-nama yang menzahirkan cinta-berahi seperti nama ‘Huyam’ (gila berahi), dan sebagainya.

7. MEMUJI DIRI SENDIRI
Banyak nama yang menunjukkan memuji diri sendiri dalam masyarakat Melayu kini. Tidak kiralah namanya dengan nama Khairun Nisa (sebaik-baik wanita), nama ‘mujahid’ pejuang, syahid, nama ‘salafus soleh dan sebagainya. Setiap ibubapa hendaklah berhati-hati menamakan bayi mereka kerana ini dilarang dan termasuk dalam memuji diri anak itu sendiri.
 


Rasulullah SAW melarang menggunakan nama yang memuji diri sendiri. Pernah terjadi pada suatu ketika, apabila Nabi SAW bertemu seorang wanita bernama Barrah (wanita yang sangat baik); Rasulullah SAW bersabda:

لاَ تُزَكُّوْا أَنْفُسَكُمْ اَللهُ أَعْلَمُ بِأَهْلِ الْبِرِّ مِنْكُمْ
“Janganlah kamu memuji diri kamu sendiri. Allah SWT lebih mengetahui siapakah yang lebih baik dikalangan kamu.”
Mereka bertanya: “Apa yang kami hendak namakannya.”
Baginda menjawab: “Zainab.”

(Hadis sahih riwayat Muslim r.a.)

Daripada Umar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda;

عن عمر رضي الله عنه قال, قال رسول الله صلي الله عليه وسلم:لأنهين ان يسمى رافع وبركة ويسار.
“Aku menegah daripada menamakan dengan nama Rafi’ (ketinggian)’, Barakah (keberkatan) dan Yassar (senang).” (Hadis riwayat Tirmizi r.a.).

Imam Nawawi berkata: Ulama syafie berkata: “Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama ini dan apa yang membawa kepada sebab larangan ini. Larangan ini adalah hanya makruh tidak haram.”


8. GABUNGAN NAMA
Memang ramai yang suka menggabungkan nama suami dan isteri tetapi adakah ia menghasilkan makna yang baik? Ketahuilah nama juga merupakan gambaran bagi sifat, gaya hidup dan pemikiran kedua ibu bapa seseorang.

Nama seperti Rozana, Suzana atau yang menggunakan nama ‘zana’, bunyinya sedap sekali tapi maknanya ‘berzina’ atau pun nama ‘wati’ yang bererti ‘bersetubuh’. Jadi elakkanlah menggunakan nama-nama tersebut.

9. NAMA BURUK
Dimakruhkan memberi nama dengan nama-nama yang buruk seperti Harb, Murrah, Kalb, ‘Ashiyah, Syaitan, Dzalim, Himar dan sebagainya.Sabda Rasulullah SAW;

تَسَمَّوا بأسْماءِ الأنْبِياءِ، وَأحَبُّ الأسْماءِ إلى اللّه تَعالى عَبْدُ اللّه وَعَبْدُ الرَّحْمَن، وأصْدَقُها: حَارِثٌ وَهمَّامٌ، وأقْبَحُها: حَرْبٌ وَمُرَّةُ
“Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah ‘Abdullah’ dan ‘Abdurrahman’. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah ‘Harith’ dan ‘Hammam’, dan nama yang paling buruk ialah ‘Harb’ dan ‘Murrah’.” (Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.)

B. PERAWATAN ISLAM
Di dalam perawatan Islam juga terdapat beberapa nama yang sebaiknya dielakkan untuk diberikan kepada putera-puteri anda kerana maknanya yang tidak elok, buruk dan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari. Hindarilah agar tidak bertembung dengan nama-nama jin. Contohnya;


1. Balqis – ketua jin

2. Qistina/Kistina – penghulu jin

3. Najwa – bisikan

4. Zaqwan/Zaquan – anak jin

5. Haikal/Haiqal – tengkorak

6. Badrisha/Badlisha/Herisha

Anak-anak ini bermungkinan akan menimbulkan banyak masalah, seperti sering sakit, berpenyakit ‘berat’ dan kronik, degil, kerap menangis, memberontak, hiperaktif dan sebagainya.

C. NAMA-NAMA YANG DILARANG DALAM ISLAM
Berikut adalah sebahagian daripada nama-nama lain dalam Islam yang harus dielakkan dan dihindari bagi menamakan bayi anda:

A
Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
Abkam Tidak celik, buta
Afinah Yang bodoh
Amah Hamba suruhan perempuan
Asiah Wanita yang derhaka
Asyar Paling jahat
Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
Aznie Aku berzina


B
Baghiah Yang zalim, jahat
Bahimah Binatang
Bakiah Yang menangis, merengek
Balidah Yang bodoh, bebal
Baqarah Lembu Betina
Batilah Yang batil, tidak benar
D
Dabbah Binatang
Dahisyah Goncang, stress
Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dami’ah Yang mengalir air matanya
Daniyah Yang lemah dan hina
Darakah Kedudukan yang rendah
F
Faji’ah Kecelakaan
Fajirah Yang jahat, yang berdosa
Fasidah Yang rosak, yang binasa
Fasiqah Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah
G
Ghafilah Yang lalai, yang leka
Ghaibah Hilang
Ghailah Kecelakaan, bencana
Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghasibah Perampas, perompak
Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
H
Haqidah Yang dengki
Hasidah Yang hasad
Hazinah Yang sedih
Huzn Kesedihan
J
Jafiah Yang tidak suka berkawan
Jariah Hamba suruhan perempuan
K
Kafirah Yang kafir, yang ingkar
Kaibah Yang sedih
Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah Pendusta, pembohong
Khabithah Yang jahat, yang keji
Khali’ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khamrah Arak
Khasirah Yang rugi
Khati’ah Yang bersalah, yang berdosa
L
Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
Lahab Bara api
Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
La’imah Yang tercela
Lainah Yang terkutuk
M
Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah Agama menyembah api atau matahari
Maridah Yang menderhaka
Munafikah Yang munafik
Musibah Celaka, bencana, kemalangan
N
Najisah Yang najis dan kotor
Nariah Api
Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami
Q
Qabihah Yang buruk, hodoh
Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qatilah Pembunuh
Qazurah Kejahatan, perzinaan
R
Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
Razani Kepala zakar lelaki
Razi’ah Kecelakaan, musibah
Razilah Yang keji dan hina
S
Safih Insan Manusia bodoh
Safilah Yang rendah dan hina
Sahiah Yang pelupa
Sharrul / Sharru Jahat
Sakirah Pemabuk
Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Syafihah Yang bodoh
Syani’ah Yang buruk
Syaqiyah Yang menderita
Syaridah Yang diusir
Syariqah Pencuri
Syarisah Yang buruk akhlak
Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
Syatimah Maki hamun
T
Tafihah Karut
Talifah Yang rosak, yang binasa
Talihah Yang tidak baik
Tarbiyah Yang papa kedana
Tarikah Anak dara tua
W
Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wahimah Yang lemah
Wahinah Penakut
Wailah Bencana, keburukan
Wajilah Penakut
Waqi’ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Waqihah Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah Yang kotor
Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wati/Waty Nama Hindu/tiada makna
Wathy / Wathi Bersetubuh
Y
Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Yaisah Yang berputus asa
Z
Zalijah Kebinasaan
Zalilah Yang hina
Zalimah Yang zalim
Zaniyah Penzina, pelacur
Zufafah Racun pembunuh

D. RENDAH DIRI
Nama-nama yang buruk, berbunyi pelik dan ganjil mungkin membuatkan yang empunya diri berasa agak terasing. Tidak mustahil juga nama itu menjadi bahan ejekan dan tidak begitu disenangi anak-anak kerana tekanan yang dihadapi di sekolah atau di alam pekerjaan.

Kesan daripadanya, nama ini menimbulkan rasa malu kepada mereka yang akhirnya menyebabkan rasa marah, membangkitkan pergaduhan, malah juga boleh membina perasaan rendah diri dan berkemungkinan ia boleh menjejaskan perkembangan penghargaan kendiri seseorang itu.

Sabda Rasulullah SAW : “Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud r.a.).

E. PANGGILAN PENDEK
Orang Melayu suka menggunakan nama panggilan/timangan atau memendekkan nama, seperti nama Muhamad/Muhammad akan jadi Mohd (jom) atau Mat (mati) dan jika nama Abdullah, jadi Dolah saja. Amalan ini haruslah ditinggalkan dan contohilah orang Arab yang menghargai dan memanggil nama penuh pada setiap masa, kerana padanya terkandung doa.

F. PENUKARAN NAMA
Disunatkan mengubah nama yang buruk atau yang tidak baik kerana Nabi SAW telah melakukannya kepada para sahabat baginda, di mana Rasulullah SAW pernah menukar nama seorang yang bernama Abdul Hajar (hamba batu) kepada Abdullah. Ada yang bernama ‘Asi (yang derhaka) lalu ditukar kepada Muti’ (yang taat).

Aishah r.a berkata: “Rasulullah telah menukar nama-nama yang buruk.” (riwayat Tirmidzi).”

Ibn Umar berkata: “Anak perempuan Umar dinamakan dengan nama ‘Asiah (wanita yang derhaka), lalu dinamakan oleh Rasulullah SAW dengan Jamilah (cantik).” (riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah).

Ibnu Umar r.a. menceritakan;


أَنَّ رَسُولَ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- غَيَّرَ اسْمَ عَاصِيَةَ. وَقَالَ: “أَنْتِ جَمِيلَةُ”.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menukar nama (seorang perempuan bernama) ‘Ashiyah (perempuan yang engkar) di mana baginda berkata kepada (perempuan itu); ‘Kamu adalah Jamilah (yang indah)’.” (Riwayat Imam Muslim)

Said bin al-Musayyab menceritakan bahawa bapanya yang bernama Hazn (susah/sedih), telah datang kepada Rasulullah SAW lalu Baginda bertanya kepadanya; “Apa nama kamu?” Jawab bapaku; “Hazn”. Lalu Rasulullah berkata; “Kamu adalah Sahl (iaitu Nabi menukar namanya kepada Sahl yang bererti; mudah).” Namun bapaku berkata; “Aku tidak akan menukar nama yang diberikan kepadaku oleh bapaku.” Said berkata; “(Dengan kedegilannya itu) maka berterusanlah ‘huzunah’ (kepayahan/kesedihan) membelenggu keluarga kami selepasnya.” (Riwayat Imam Bukhari dari Said bin al-Musayyab dari bapanya)

Berdasarkan kepada apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW mengenai penukaran nama di atas, adalah disunatkan menukar nama buruk kepada yang lebih baik.

Sekiranya sesiapa yang telah terlanjur menamakan anak dengan nama yang buruk, tidak elok atau ‘kurang manis’, tidak perlulah mengubah nama tersebut di pejabat pendaftaran, cukuplah hanya menukar nama panggilan kepada nama pangkat dalam keluarga seperti along, angah atau nama keduanya. Jika nama anak itu ‘Siti Balqis’, panggillah ‘Siti’ sahaja.
 
 



والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam bishowab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Sunday, August 4, 2013

Raya Preparation 2013

Assalamualaikum, salam weekend uols.. :)

Hari ni mesti ramai orang pergi shopping raye kan? Al-maklum lah, weekend terakhir sebelum menyambut Hari Raya pade ari Khamis nanti :) Hari Ahad memang Fizza x pernah keluar jalan-jalan sebab hubbyku kerja,hukhuk. Offday die cume hari Sabtu je. Itu pun nasib baik dapat tukar hari Sabtu. Before ni offday nye hari Jumaat, before dapat hari Jumaat offday nye hari Selase. Haru x? hihi. Sebab tula kalau member2 yang kahwin hari Ahad, memang xla daku dapat menghadirkan diri melainkan daku pergi sendiri bertumpangkan & bertemankan kawan2ku.. ;p

Oh, berbalik semula tentang persiapan raye. Kalau bukak FB tu, tengok kat newsfeed penuh cerita orang shopping sane sini. Macam syok je kan :) Actually, tahun ni secare rasminye merupakan tahun pertama Fizza menyambut Aidilfitri sebagai seorang isteri. Mula2 bila fikir, macam excited je. Yela, first time :) Tapi bila start memikirkan keprluan baby yg masih x settle lagi di kala daku dah 8bulan ni, terus jadi xde mood. Macam mane nak happy shopping & prepare pasal raye kalau banyak barang baby x beli lagi? :(  Hosnestly, lagi 3hari nak raye ppreparation adelah zero...haaaaa.. X shopping ape2 pun, n xterniat di hati pun nak shopping huhu. Sadis sungguh. Fizza pun xnak lah menyusahkan hubby mintak itu mintak ini sebab memang tetiap bulan pun perbelanjaan cukup2 je utk bayar duit kereta & bil2 semua..huhu. Kalau cerita bab ni, daku memang emo sikit. Sebab ade orang beranggapan daku ni USELESS sebab daku kan TAK BEKERJA? Eh hello?? Sekius me. Daku sedar daku x kerja, tapi x pernah sepanjang kahwin ni mintak ape2 pun dari hubby ku. Duit belanjeku selame kahwin ni pun atas titik peluh ku sendiri. (Eh, x kerja mane ade duit kan? Ye, memang xde duit). Fizza syukur la sebab sebelum kahwin Fizza ade beli emas, emas tu la Fizza jual untuk beli ape2 yang patut. Actually, emas tu dibeli dengan niat untuk bayar PTPTN, tapi apekan daya. Kalau Fizza leh kerja, dah lame dah Fizza kerja. Jangan sesuka hati melabel daku ni MALAS & USELESS. Even zaman bujang dulu mase kerja pun Fizza buat 2 kerja, jual tudung online jugak. So agak2 la nak cakap daku ni MALAS ye. Sepanjang hidup segala yg Fizza nak kebanyakannye Fizza USAHA sensiri x pernah mengaharapkan orang lain. Dah kawen ni pun, hatta suami yg perlu menanggung isteri, Fizza bukan la jenis yg meminta2. Cukup la die kasi daku makan, sobsss. Emas ku pun dah tiade lagi, oh sayangnyeee. Nanti la Fizza story2 kenapa pasal kenape x kerja ni. Tapi xdpaat la nak story semua benda. Al maklum la, banyak hati orang yang kena jage. Sobss..Hati sendiri juga yg ku korbankan :'(

Cehh, ape dah. Tetibe melalut bab luahan perasaaan pulak. Haihh maaflah readers. Fizza tetibe sedih la. Sebab macam dah nampak bayang raye ni mesti kena soalan cepumas lagi dari manusia2 yg busybody. Nak tau kenape? Sebab sekarang ni kalau jumpe orang dieorang dah x cakap "Ape khabar" kat Fizza. Sebaliknye soalan direct, "Dah kerja?"... Macam nak lempang dengar soalan macam ni? Ko tanye macam aku ade hutang ko je kan??? Or macam ade job nak kasi. Pffttt ! (lagi menyampah bila orang yg same je yg ulang kali tanye, meluatttt)

Baju raye - TIADA. (tapi berita baik semalam mak cakap die belikan jubah utk Fizza n baju melayu for hubby,huhu. Mekasih mak.)
Kasut raye - TIADA. (kasut zaman single-mingle banyak yg high heel & wedges masih melambak, tapi dah preggy ni mane leh pakai kan. Tapi rase x perlu pun nak beli. So, x payah)
Langsir raye - TIADA (belum duduk rumah sendiri, x payah nak melawa bagai,hehe. Tapi kalau ade rumah sendiri pun, x kuase nak ganti langsir raye tiap2 tahun. Paling kurang pun orang ganti 3 tahun sekali kan? Besederhana je la)
Duit raye - KENE LA ADE (haa budak2 kecik mesti mintak2.. duit raye..duit raye..so kenalah sediakan budget sikit, bagi ikut kemampuan saje)
Tudung raye - TIADA (pakai je la ape yg ade)
Kuih raye - ON THE WAY (biasenye x pernah beli, memang buat sendiri setiap tahun paling kurang 10 jenis yee. Tapi tahun ni xde mood+x larat+ no budget,huhu. Nasib mak dah buat kuih siput tradisional tu n kuih tart sebab nak hantar ke Sabah - family hubby) - oh mahal ye rupenye pos, ke pos dah naik. dekat RM100 kos pos je. Fizza pun ade pos ke sane jugak tp berat kurang sikit pon mahal. terkejut bila kena bayar RM60 utk berat 3kg.. Ke memang dah naik harge?

Ape lagi? Rasenye tu je kot kan? Songkok n sampin hubby nasib baik Fizza dah belikan mase kahwin dulu. So leh pakai semula. Dah beli mahal2 x kan nak perap, ye tak? Hehe.

By the way, tahun ni x dirancang pun raye kat Johor. But disebabkan keadaan yg dah hampir sarat ni, so berayelah Fizza & suami kat Johor. Lagipun, budget totally tiade a.k.a Zero budget dah kalau plan nak balik Sabah pun..hehe. Sesak dah sejak akhir2 nie.. So Fizza sarankan kat hubby next year kite rayelah kat sane but make sure simpan budget awal2 yela nak beli flight tix utk 3 orang & 2x transit (JHB-KUL-SDK) mesti ribu2, huhuhu. Price hari raye sure la mencanak2 kan T_T Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga so dapatlah baby beraye dengan suasane Sabah.. Aminn ;)

Ok, lastly to all reader, Selamat Menyambut Aidilfitri!! Minal Aidil Walfaizeen.. :) Utamakan keselamatan di hari raye.Lebih kurang stgh jam lagi nak berbuka, so selamat berbuka jugakk.

Daa~~!