SiCantik sama SiKacak

Wednesday, July 31, 2013

Apa Itu Raspberry Leaf Tea?

Assalamualaikum & hello..!

Fizza baru je order raspberry leaf tea ni. Mesti ramai yang x berapa tau Teh dari daun rasberri ni kan? Actually, memang kebanyakan orang Malaysia tidak mengetahui khasiat teh ni sebab x banyak dipasarkan & dijual di Malaysia. Kalau kita google pun, tak banyak info2 dalam bahasa Melayu. Tapi sebenarnya amalan meminum air teh dari daun rasberri ni dah lama diamalkan di Eropah sejak dari kurun ke 6 lagi. Google je Raspberry Leaf Tea and pregnancy. Banyak yang keluar.

Raspberry Leaves

Daripada ape yang Fizza faham melalui pembacaan dari Mr Google, teh ini bukanlah ubat untuk memudahkan bersalin, tetapi disebabkan khasiatnya, teh ini banyak digunakan sebagai minuman tambahan (supplement) bagi ibu-ibu mengandung terutamanya selepas trimester ketiga sebagai persediaan untuk otot2 rahim bekerja dengan lebih baik ketika contraction (membantu melegakan otot2 rahim). Tapi ada jugak yang x pregnant pun amalkan teh ni untuk menghilangkan senggugut. Nak tau, kena la cuba kan.

Antara khasiat teh daun raspberi (from google) :

1. Memudahkan menghadapi gejala lemah di waktu pagi ( morning sickness )
2. Mencegah gusi dari berdarah terutamanya untuk wanita mengandung
3. Mengendurkan otot-otot di sekitar pangkal rahim (uterus) dan pelvis ketika “contraction” bagi membantu proses kelahiran bayi dan juga plasenta. Ia juga mengurangkan pendarahan berlebihan selepas bersalin.
4. Menenangkan rahim ketika peringkat terakhir menunggu kelahiran.
5. Kaya dengan zat besi, kalsium dan magnesium yang mana kandungan magnesium amat membantu dalam menguatkan otot rahim. Ia juga mengandungi vitamin B1, B3 dan E yang amat berguna dalam proses kehamilan.
6. Membantu kesuburan, meningkatkan kandungan susu ibu, mengatur kitar haid, mengurangkan demam dan cirit birit.
7. Membantu mempercepatkan uri keluar secara natural.
8. Membantu mengatasi masalah sukar tidur di akhir kehamilan.
9. Boleh diminum selepas bersalin, sebagai energy drink.

Teh ni jugak boleh diteruskan pengambilannye selepas proses bersalin. Sebab:
1) meningkatkan sistem imunisasi kerana ade kandungan vitamin & mineral.
2) membantu pengecutan semula rahim
3) melawan jangkitan kerana mengandungi agen antibakteria
4) sesetengah nya berkesan sebagai penggalak pengeluaran susu ibu.

Ibu-ibu yang mengandung boleh meminumkan sejak minggu ke-32 sebab teh ni memerlukan mase untuk ia menyerap ke dalam tubuh kita. Boleh minum sebanyak 1 gelas sehari dan kemudian ditingkatkan kepada 2-3 gelas sehari pada minggu ke 36 dan juga boleh minum sebelum ke “labour room”. Tapi Fizza plan nak minum start minggu ke-34 kot sebab nak ade persediaan selama 4minggu sebelum mencecah minggu ke-38. Tak ready la nak bersalin minggu ke-36..hehehe.

Oh, diingatkan ye tak semua orang boleh suka2 minum teh rasberri ni. Jika korang ade gejala seperti kat bawah ni:
1) mengalami proses kelahiran yang cepat bagi kelahiran sebelumya
2) dah dijadual untuk caesarean.
3) mengalami kelahiran secara caesarean pada kelahiran sebelumnya
4) mengalami kelahiran pra-matang pada kelahiran sebelumnya
5) pernah bleeding pada kandungan ketika 2nd trimester
6) mempunyai sejarah ovarian cancer, endometriosis or fibroids pada diri sendiri / keluarga
7) mempunyai komplikasi / masalah kesihatan ketika hamil
8) darah tinggi
9) hamil kembar

Kat mana nak beli teh daun rasberi ni?
1) Justlife Shop - boleh cek lokasi kat website Justlife (The Gardens, Ikano, Puchong, Melaka Raya, Seremban 2, Subang Jaya, Penang)
2) Jaya Grocers - Sunway Giza
3) Big Grocers - Publika
4) Opika - One Utama
5) Or beli online je - Malaysia Raspberry Leaf Tea

Kalau korang beli dekat Justlife Shop, macam ni la packaging nye, tengok pic bawah. Dalam bentuk loose. So kalau nak bancuh tu, kena la sukat sikit then tapis. Nak sedap, kena tambah gula sikit sebab dia daun asli yang dikeringkan.

ni kalau beli kat Justlife

Kalau beli online kat link fb tu, korang akan dapat dalam bentuk uncang. 1 kotal ada 20 uncang. Nak minum tinggal tuang air panas je. Easy peasy, kan? Macam dalam pic bawah ni.. Yang ni x perlu tambah ape, boleh minum terus sebab ade perisa sikit dalam 1%, rase masam2.


Dalam bentuk uncang

Website yang boleh korang rujuk2 tentang  Raspberry Leaf Tea:






By the way, kalau terjumpa teh berperisa raspberri xyah la beli. Tu sekadar perisa je. Carilah daun raspberri yang betul2 punye ye.. Apa2 pun, seelok - eloknya dapatkan la nasihat daripada doktor2 / gynae masing2 before ambil apa2 supplement ye. Jangan berpandukan pade post Fizza ni je. Know ur own body & do ur research! :)

Daa~

Tuesday, July 30, 2013

Memilih Stroller Serbaguna Untuk Travel & Shopping

Salam semua :)

Tengah fikir2 stroller idaman ni. Nak pilih stroller pun pening. Sebab nak cari yang serbaguna (dan jugak dalam lingkungan budget) untuk semua keadaan dan hanya mahu 1 stroller saja. Taknak la sampai 2 stroller, semata-mata 1 untuk travel dan 1 lagi untuk jalan-jalan. Terasa macam membazir, sebab banyak keperluan lain untuk didahulukan.

So, ciri-ciri stroller yang WAJIB menepati piawaian Fizza adalah seperti di bawah ni:

Ultra lightweight Penting! 
Tapi xnak lah terlalu ringan sangat, nanti terhuyung hayang pulak bila jalan tempat berlekuk.Bergegar- gegar stroller tu nanti. Kesian kat baby,huhu. Kalau boleh, range berat dalam lingkungan 4.0 kg- 5.5 kg je.

Reversible handle (boleh rear-facing n forward-facing) Penting!
Kebanyakan lightweight stroller ni hanya boleh forward-facing je. Yang forward-facing tu semua stylo2 pulak tu! Tapi wajiblah x masuk list Fizza coz rasa x selamat la kalau x dapat tengok baby tu directly. Kot kepala die tersenget ke, kite parents die ni x perasan pulak. Bahaya! Lagi pun, kalau baby terbangun kite leh nampak & nak baby tengok muka parents die je. Hehe. So rear-facing is a must!

Affordable n within budget Penting!
Yang ni kalau bab membeli semuanya mestilah kena affordable, mampu milik & masih dalam lingkungan budget mak bapaknye. ;p Budget RM1000 je.

Saiz compact bila dilipat Penting!
Ni pun penting. Kalau dah lipat pun masih memerlukan ruang besar, macam mana nak memudahkan kitorang travel nanti, kan? Taknak makan space banyak sangat. Leceh. Kalau letak dalam kereta pun, xdelah stroller tu je yang conquer, ye tak? Hehe.

Fully reclining seat sampai 170 degree Penting!
Kalau newborn, baby kan banyak tido. So kena cari stroller yang boleh recline sampai melintang. Penting untuk keselesaan baby nak tido.

Fully covered n large canopy Penting!
Kalau panas, boleh lindung baby & x silau kena cahaya matahari. Kalau boleh, dekat cover tu ade ruang peek-a-boo. So parents leh intai2 baby dari situ. Xpayah tolak2 cover tu.

Kukuh, stabil dan tahan lama Penting!
Nak digunakan turun temurun. So haruslah tahan lama punya stroller. Takkan 1 anak, 1 stroller kena beli,huhu. Kalau x stabil nanti, terangkat stroller tu or goyang-goyang pulak.

Senang nak bukak, tutup n lipat Penting!
Sebab I ni perempuan, xnak leceh..hehe. Kot tetibe kena travel sorang2, sebelah dah dukung baby. Sebelah tangan lagi nak lipat stroller. So kenalah senang untuk dilipat dengan sebelah tangan je. Ting! Siap.

Fully padded
Kalau dah siap padded, x perlu dah nak beli alas tilam nipis or beli stroller pad pulak. Kalau nak bawak pun, maybe bawak bantal kecik je. Kalau boleh, nak la washable seat fabric. Senang nak basuh, bukak sarung je.

Stylo dan cantik dilihat
Yang ni kalau x dapat kira 1 bonus la. X berapa penting pun. Actually, teringin. Tapi apakan daya, lightweight stroller semuanya x stylo. Kecuali Babyzen Yoyo ni

p/s: Kritirea pemilihan stroller ni mungkin berbeza-beza ngan korang. Bergantung pada penggunaan korang jugaklah. Macam Fizza ni, maybe akan banyak travel ke Sabah (family belah suami). So kitorang memang mencari stroller yang sesuai untuk travel ke mana2 je. Nak dukung je baby penat + x larat jugak, lebih2 masa menunggu flight. Kena tukar flight 2x lagi. Kot tetibe delay ke, ape ke.

Setelah survey2, tengok Youtube n review daripada pengguna2 lain melalui website dan blog. Kami memilih produk dari Jepun iaitu Aprica or Combi sahaja memandangkan ciptaan diorang banyak mengkhususkan piawaian wanita2 Jepun yang kebanyakan travel tanpa suami (yela, lelaki sane kan workaholic. So segala keperluan rumah bab shopping sume serah kat orang perempuan. Jadi rekaan diorang sangat cerewet bagi menepati piawaian yg x menyusahkan utk perempuan seperti aiiii,hehehe). Lagi pun Fizza rase (firasat hati ye, x kate pilihan orang lain x tepat) produk Jepun memang dicipta megikut saiz orang Asia & keperluan orang2 Asia. Ni lah antara sebab Fizza pilih Combi or Aprica je. Malas nak pening2. Ni pun dah pening..huhu..

Jom kite tengok calon2 stroller nye:


(1) Aprica Karoon Plus

buatan Jepun (menjadi plihan kebanyakan Japanese royalties)

Ciri ciri stroller nie:

Berat cuma 4.6kg ajeee. Checked!
Reversible handle (boleh rear n forward facing). Checked!
Price dalam lingkungan RM1400 - RM 1890. (Growing KidsBebe Totz)
Saiz yang compact apabila dilipat. Checked!
Boleh recline sehingga 170 degrees (sesuai dari newborn). Checked!
Penutup boleh cover penuh dn melindungi baby dari sinaran UV. Checked!
Stroller ni stabil dan kukuh!  Ade special wheel  Checked!
Senang dilipat dengan sebelah tangan je, boleh sangkut kat bahu or boleh tarik je.
Full padded, berbentuk hourglass yang dikatakan dapat bagi fully support pada badan baby.
Stylo? Boleh tahan la! Suka warna yang kat bawah ni. Ada polka-dot gitu! Hehe. (tapi hubby xsuke, uhukk)

Komen: semuanya dah menepati ciri2 idaman. Extra bonus: sebab bagi fully support kat padded seat yg berbentuk hourglass dan jugak mempunyai design polka-dot yang cantik :) Tapi, tapi....kenapa MAHAL! uwaaa~~

huhu.. cantik kan warne ni?

(2) Combi Well Comfort
Banyak dijual kat Jusco Malaysia

Ciri2 stroller ni plak :

Berat pun sama. Cuma 4.6kg. Checked!
Reversible handle (boleh rear n forward facing). Checked!
Price lebih murah. Dalam lingkungan RM959.00 (harga dekat Bebe Totz dan Babykingdom)
Saiz yang compact apabila dilipat. Checked!
Boleh recline sehingga 170 degrees (sesuai dari newborn). Checked!
Canopy boleh cover penuh dan melindungi baby dari sinaran UV. Checked!
Stroller ni stabil jugak, tidak se'stabil' Aprica Karoon Plus tapi ada shock absorbing. Checked!
Senang dilipat dengan sebelah tangan, boleh sangkut kat bahu dan boleh tarik jugak. Checked!
Dah siap padded lembut.Plus, washable seat fabric. Senang nak basuh.
Stylo?tak berapa.. Hehe

Komen: Dah menepati ciri2 idaman. Ada ruang peek-a-boo (window yang jaring2 tu) untuk intai2 baby dah fabrik polister yg cepat kering. Stroller ni jugak macam mampu milik. Hehe.

Combi Well Comfort Features

(3) Combi Miracle Turn DX


Ciri ciri stroller nie:

Berat 6.4kg.
Reversible handle (boleh rear n forward facing). handle die boleh adjust nak tinggi atau rendah. Checked!
Price dalam lingkungan RM1388. (harga dekat Littlewhiz)
Saiz yang compact apabila dilipat. Checked!
Boleh recline sehingga 170 degrees (sesuai dari newborn). Checked!
Penutup boleh cover penuh dan melindungi baby dari sinaran UV. Checked!
Stroller ni stabil dan kukuh, sebab mempunyai special wheel yang mempunyai 4 tayar automatic swivel (senang kawal kat tempat yg sempit) Tayar lebih lebar n lebih besar dr Combi Well Comfort. Checked!
Senang dilipat dengan sebelah tangan,lepas tu tarik. Ada jugak shoulder strap, boleh boleh gantung kat bahu.
Dah siap padded, extra long seat.
Stylo? X berapa lah. mcm well comfort.
Komen: Menepati ciri2 idaman.Stroller ni mempunyai kriteria yang sama je dengan Well Comfort. Cuma saiz yg besar sedikit & berat sikit. Shopping basket die pun besar sikit. Kelebihan die, boleh swivel tula dan jugak mempunyai "dacco" seat cushion yg boleh secure position baby dan protect kepala baby dah goyang2. Harge lebih mahal dan di luar budget. Hehe.

Kesimpulan: Takleh nak simpul dulu, hehe. Sebab lum ade budget lagi banyak lagi barang baby yang pending utk dibeli. Stroller ni akan dibeli lepas pantang kot. Tapi dalam banyak2 ni, paling berkenan dekat Karoon Plus.. Hope akan ade la plus pls budget nanti ye...Aminnn ;)

Daaaa ~

Ramadhan & 3rd Trimester!

Salam  Ramadhan sume.

Apa khabar? Puase macam mane? :) 10 hari lagi je dah nak Syawal. 10 Ramadhan terakhir ni Inshaaallah nak kejar fadhilat sebanyak mungkin, baby pun ikut same ye. Hope baby tahan sampai ujung Ramadhan nanti. Amin.

BTW, Hari ni genaplah Fizza preggy selama 32weeks (dah 8 bulan). Macam sekejap je dah 8bulan. Macam x percaye pun ade,hehe. Tinggal lagi 8weeks before EDD pade 23 Sept. By 26 Ogos dah kena prepare coz mase tu dah 36weeks (9bulan). Tapi x ready lagi kot mase tu. Hope baby xla keluar awal sangat ye. ;)

Pengalaman berpuasa sepanjang mengandung ni mencabar sungguh. Bagi Fizza la. Sebab selera makan baru je nak ade. Hari pertama Ramadhan tu baru masuk 7bulan++, baru start selera makan dah nak kena puase je. Seksa jugak nak tunggu waktu berbuka. Dah macam budak kecik pun ade, asek tengok jam je. Tik tok tik tok..hehe. Lembik memang lembik la jugak, sebab Fizza ni memang ade gastrik, rutin makan plak sikit-sikit, x reti makan banyak sekaligus. So bila nak puase tu, rutin tidur dah terbalik. Malam2 x tido dah sebab nak topup makan sikit2 setiap 1 jam,huhu. Hasilnye, mase cek-up berat nak 2.4kg dalam mase 2minggu je. Isyhh! Kuantiti makan tu xla banyak mane. Dah risau la ni, kot raye nanti nak makan sedap2 berat naik lagi banyak macam mane @_@. Nurse kate boleh tambah lagi 3.5kg je sampai cukup 40weeks nanti, tapi macam akan terlebih je.

Niat di hati nak puase penuh, tapi dah tak tercapai la nampaknye sebab dah lubang 4 hari :( Ni sume gara2 termuntah (2hari), cirit irit (1 hari) , lagi 1 hari memang dah x tahan sangat pukul 3ptg terpakse berbuka sebab malam sebelum tu x berapa nak makan n sahur pun lambat. Macam mane la ye, ibu2 yang mengandung n pade mase yg same menyusukan anak sekali? wahh memang paling mencabar la tu ye..

Hopefully, lagi 10 hari yang tinggal ni dapatla Fizza berpuase penuh sebab malas nak ganti. Yela, dah ade baby nnti nak fully breastfeed leceh pulak nak ganti2 ni. Semoga dipermudahkan. Amin..