SiCantik sama SiKacak

Sunday, June 23, 2013

Dah Beli Birth Ball & Yoga Mat

Salam readers.

Wohoo, yeay! Dah beli jugak birth ball ni dengan yoga mat. Harap2 rajin lah menggunakannye nanti,hehe. Fizza beli dekat Jusco, yang murah je. Kalau nak yg berjenama macam Reebox tu, boleh la beli dekat Fitness Concept. Yang murah2 ni, ade jugak jual dekat Giant n Tesco.


Fizza beli ni siap dengan pump, tapi pump yang diberi sekali tu pump tangan, memang lenguh la kalau pump tangan. So Fizza grab la electric pump. Kalau beli kids pool boleh guna pump tu sekali. Yoga mat tu Fizza pilih yang paling murah sekali,hehe. Ade yang plain & printed. Tapi mase beli tu yang plain tinggal warne grey & printed ade corak ni je. So pilih yang ni je la sebab siap dengan beg jaring tu. Senang nak angkut & nak simpan nanti. Harge yoga mat ni RM39.90, tapi mase tu ade AEON Member Fiesta, so sale jadi RM29.90..


Yang kotak atas tu la electric pump. Hargenye RM54.90 (takde less pun,huhu) & harge gym ball tu plak RM49.90 (ade 10% less).

Kalau nak gi beli nanti, korang jangan la cakap "Saya nak cari birth ball, ade x?" Tak pasal2 ade orang tercengang kat sane. hehe. Birth ball ni same je dengan gym ball. Saiz plak ade banyak..45cm, 55cm, 65cm, 70cm dan jugak 75cm. Sebab ape  ade banyak saiz? Sebab gym ball ni kena ikut ketinggian korang. Kalau beli kat tempat macam Jusco tu, korang agak2 je la. Tapi kat Fitness Concept, korang leh test ngan gym ball yg ade kat situ before beli.

Untuk pastikan yg saiz tu sesuai ke x, korang kena duduk atas birth ball tu dengan kaki kangkang sikit kat tepi ball (pastikan tapak kaki rata kat lantai). Macam gambar bawah nie la.

Birth Ball Size
Kalau kaki tu terjungkit, or ketinggian lutut melebihi paras punggung - itu tandenye saiz tu xsesuai dengan korang. So,sila pastikan korang memilih birth ball/gym ball dengan kedudukan punggung yg lebih tinggi dari kedudukan lutut tu.

Banyak kegunaan birth ball/gym ball ni. Boleh guna semasa buat senaman untuk orang mengandung, boleh guna mase dahdekat2 nak bersalin (utk kurangkn sakit contraction) & boleh guna gunakan lepas pantang nanti. Exercise la uolss! Keep the body slim n  fit,heheh.
Oh,senanam n cara guna borth ball untuk kurangkan sakit contraction ni akan Fizza kongsi dalam entry lain ye. See u in next entry ;)

Daa!

Friday, June 21, 2013

Pemakanan Snek Yang Sihat Untuk Ibu Hamil

Tips kali ini adalah untuk mereka yang suka ber-snek terutama sekali bagi wanita hamil. Apabila hamil, sememangnya anda akan kerap berasa lapar, jadi tidak hairan jika ibu mengandung mempunyai tabiat baru iaitu memakan snek. Jangan panik dengan tabiat ini secara semulajadi berlaku dan boleh diatasi untuk kekal sihat supaya berat badan anda tidak naik secara mendadak dan berlebihan semasa mengandung. 
Berikut adalah beberapa perkara yang boleh membantu anda dengan pemakanan snek yang sihat semasa mengandung:

(1) Buat snek anda sendiri supaya anda boleh ber-snek dengan cara yang sihat. Ini dapat mengawal jumlah kandungan gula, garam dan kalori di dalam snek anda. Contoh: Masak sendiri puding laici (kita boleh mengawal jumlah gula dan juga ia tanpa pengawet) Tabiat ini boleh mengurangkan keinginan untuk mengambil terlalu banyak biskut manis, kek, atau pelbagai makanan bergoreng.

(2) Elakkan makan makanan segera, kerana kebanyakan makanan ini mengandungi kalori yang tinggi dan jumlah lemak yang banyak.Semestinya makanan sebegini terdapat MSG yang tidak baik untuk kandungan.

Say NO!

(3) Elakkan membeli-belah untuk makanan ringan atau makanan lain apabila anda berasa lapar. Kerana dalam keadaan ini, anda dengan mudah boleh tergoda untuk membeli makanan yang lebih daripada yang diperlukan.

(4) Memilih bahan buah-buahan yang dicampur di dalam kek atau roti seperti kek pisang, kek buah, kek karot, kerana anda boleh memakannya dan baik untuk ibu hamil dan bayi di dalam perut, selagi bahagian/portion makanan yang diambil munasabah. 

(5) Kurangkan memakan banyak kentang goreng, pastri, croissant, keropok, kentang goreng, aiskrim dan pencuci mulut lain yang tinggi lemak. 

(6) Pilih makanan yang rendah lemak, seperti buah-buahan segar atau kekacang, jagung, makanan rebus atau kukus dan juga sayur sayuran.

(7) Minumlah air setiap hari agar badan anda tidak kekurangan air. Cuba selingkan air ketika ber-snek.

Minum banyak2 ;p



Oleh itu, janganlah takot untuk ber-snek semasa mengandung selagi snek itu berkhasiat dan jumlah bahagian yang di ambil munasabah supaya ibu yang hamil dapat mengandung dengan sihat dan anak di dalam perut juga membesar dengan sihat. InsyaAllah.

 

Thursday, June 20, 2013

Newborn Checklist / Senarai Keperluan Bayi

Assalamualaikummm ;)

Checklist untuk baby stuff? Wowww panjangnye list, banyaknye nak kena beli! - Nie la respon pertama Fizza mase mule2 tengok checklist. Pening2 lalat sebab banyak yg taktau..hehe. Tapi bila tengok 2-3 kali, wahhh excited! ;p Checklist ni penting (pade Fizza la), supaye x tertinggal barang2 yg nak dibeli, or terbeli barang yg x patut dibeli (itu selalu ;p)

Pic by: http://aydaadenan.blogspot.com
Comel comelnye baby stuff nie ;) Untuk first time mommies, mesti semua teruja n rambang mate kan? Nie kite namekan, sindrom ibu anak pertama...heheh. Before membeli, kite perlulah rajin survey n banyakkan google dah juga pandai buat budget yee.

Jom tengok senarai semak keperluan bayi baru lahir dan jugak keperluan mak die:

Clothings:
1. Baju lengan panjang
2. Seluar panjang
3. Baju lengan pendek
4. Seluar pendek
5. Rompers
6. Legging
7. Topi / Bonnet
8. Sarung kaki
9. Sarung tangan
10. Tummy binder (barut)
11. Receiving blanket (selimut yang ada penutup kepala)
12. Swaddling blanket
13. Kain bedung
14. Baby Bip
15. Sapu Tangan
16. Baju & Seluar Lubang2
17. Sleepsuits
18. Legging / Leg Warmers

Changing & Diapering:
1. Lampin pakai buang
2. Cloth Diaper
3. Nappy liners (pelapik untuk digunakan bersama CD)
4. Tisu basah / Travel & Refill Wipes
5. Changing mat
6. Lampin kain
7.Safety pin
8. Diaper Bag
9. Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi
10. Napkin Fastener


Bathing / Grooming
1. Tab mandian bayi & pengalas tab
2. Tuala muka
3. Tuala mandi
4. Mandian bayi -top to toe
5. Bedak bayi
6. Losyen bayi
7. Minyak bayi
8. Minyak telon
9. Pemotong kuku
10. Thermometer
11. Cotton buds
12. Cotton Ball
13. Nasal Aspirator (untuk selsema)
14. Sikat / Brush
15. Termometer
16. Vicks
17. Syringe for Medicine
18. Methylated Spirit – alcohol 70% (cuci pusat blum tanggal, biase hospital bg)
19. Gripe Water / Colic Water (untuk kembung perut bayi)
20. Krim ruam lampin
21. Shampoo Shield

Nursering
1. Katil bayi / Baby Cot
2. Tilam
3. Bantal
4. Selimut - 2 in 1 bleh jadi cadar bleh juga jadi selimut
5. Bantal panjang / bantal peluk
6. Bouncer
7. Travel bedcot
9. Mainan untuk Play Pen / Katil
10. Mattress Protector
11. Mosquito Net
12. Chest of Drawers

Feeding / Breastfeeding
1. Breast Pump
2. Milk Storage - plastik & botol
3. Cooler bag
4. Ice pack
5. Steriliser
6. Warmer
7. Botol Susu BPA free
8. Bottle cleanser
9. Bottle brush
10.Puting Botol Susu
11. Penyepit Botol
12. Sterilising Tablet
13.Nipple Cream
14.Nursing Pad Washable
15.Nursing Pad Disposal
16.Nursing Pillow
17.Nursing Bra
18.Termos
19. Nursing Cover
20. Drying Rack
21. Warmer Bag
22. Pacifier
23. Teether

Travelling
1. Stroller
2. Car seat
3. Baby Carrier
4. Beg Bayi
5. Infant Carrier/Baby Sling

Keperluan Berpantang
1) Jamu/Set Lepas Bersalin
2) Stokin
3) Baju Sejuk
4) Tungku
5) Selimut
6) Selipar
7) Buku/Majalah
8) Kain Batik
9) Bengkung
10) Maternity Pad/Pad Biasa
11) Bantal Lapik Duduk (Memberi Keselesaan Akibat Jahitan Luka)
12) Minyak Angin/Urut
13) Makanan/Minuman (Susu, Buah-buahan Segar, Kurma, Ribena, Prune, Biskut, Roti)
14) Stretchmark Oil

Extra 
1) Penyangkut Baju Berklip
2) Permainan Bermuzik
3) Ampai boleh pindah
4) Baby Gym
6) Penyangkut Kecil (untuk sarung tangan + kaki)
7) Album
8) Gym Ball
9) Yoga Mat
10) Budget utk monthly check-up
11) Budget untuk kos bersalin di hospital
12) Budget untuk Majlis Aqiqah / Kenduri Kesyukuran

Fuhh..

Wednesday, June 19, 2013

Storksak - Stylish Diaper Bag / Changing Bag

Salam readers! :)

Semua orang tau, Dr Halina lah yang bawak fenomena Storksak bags ni kepade mak2 kat Malaysia! Dulu2, mase belum kahwin, selalu jugak bace blog Dr Halina ni. Pastu teringat pulak die ade buat post pasal stylish diaper bag ni. Mengancam uolss.. hihi. sekarang ni,, Fizza pun dah tergoda same.. Tapi, keperluan baby haruslah diutamakan dulu. Mama die punye, nanti2 lahhh. ;)

Jom kite tengok few design yang menambat hati Fizza:-

(1) Storksak Elizabeth Leather - Chalk

Ngaaa~ Cantik x? Sila cakap cantik!! X nampak langsung macam diaper bag kan.. Tapi dekat dalam tu ade compartment n dapat sekali 3 items

(2) Storksak Elizabeth Quilted - Black

Ni same design dengan No (1), tapi ade sentuhan tambahan 'quilted'nye tu. dan hargenye tentulah lebih mahal dr yang (1). Yang ni nampak lagi elegant you..Hitam itu menawannn!

(3) Storksak Helena Leather - Rose
Hohohoho! Yang ini pun same cantik jugak! Colour rose ala2 blush. Nampak x ade extra 3 items kat dalam gambar tu? Semua bag Storksak yang kite beli akan dapat sekali tiga3 items tu.

(4) Storksak Emily Leather - Black
Yang ni je harga bawah RM1000, tu pun sebab saiz die lebih kecik dari tiga2 saiz dekat atas. 

Oh.. Mesti ade yang tertanye-tanye kan..
Kat mana nak cari bag Storksak ni?
Kat Malaysia ade jual x?
Mahal x?
Design dalam die macam mane?

Haaa...Kalau kat Malaysia ni, xde lagi outlet Storksak. Tapi ade beberapa butik online yang jual. Korang boleh survey or nak cuci mate pon boleh. Sile la terjah web2 ini ye:

Kalau nak tau compartment dalam setiap satu bag tu, korang google2 la ye. Or boleh tengok website Storksak n Facebook diorang.

p/s: Tapi yang Fizza minat n semuanya besar2 pulak, macam xsesuai nak pakai. Yang ok, edisi Emily la. Saiz sederhana....Oh,,, tentang hargenye...Woowww mengancam. Tapi apa salahnye, berangan itu FREE! hehehehe... ;) 

Baby Diapers: Pilihan Lampin Pakai Buang

Assalamualaikum... Haiiiii :)

Topik hari ni nak bercerita pasal disposable diapers or lampin pakai buang ni. Kat Malaysia, of cos la brand Mamypoko n Petpet yang paling glamer n dikatekan yang paling bagus (n antara yang paling mahal jugak kan, wuwuwu). As a first time mommy to be, Fizza tak tau nak pilih yang mane satu coz terlalu banyak pilihan dalam pasaran n kat pasaraya tu. Kejap2 pusing sane, kejap2 pusing sini. Macam orang jakun. hehehhe. Yela, taktau nak rembat mane satu. Kadang2 ape yang sesuai dengan baby orang lain x semestinya sesuai dengan baby kite jugak, kan?

By the way, nak pakai cloth diaper (CD) sebenarnye. Tapi pening la, banyak sangat brand pastu macam2 jenis kain. pastu xtau nak pilih,huhu..

So, disebabkan itu....Fizza dah beli dulu 4 jenis brand untuk disposable diaper ni.hahaha... Kena try-n-error lah kan. Kalau tak cuba, mane nak tau. Orang cakap newborn ni kena banyak kali tukar2 ye? Dalam 7-10 keping sehari. Erk! Banyak tu. Kalau dipuratakan 8 keping sehari darab ngan 30 hari. Total sebulan lebih kurang 240 keping! Wahhh! Banyakkkkk......Mommy boleh jadik tokey pampers la kalau macam nie.. ;p

Oklah, jom kite tengok ape yang dah dibeli (or "terbeli",hehehe). 

Sampai 4 brand,hehehe
Buat permulaaan ni, Fizza beli dulu 2 saiz Newborn (NB) n 2 size Small (S). Kite mulakan dengan saiz NB dulu lah. Yang Newborn Fizza beli Petpet & Goon.

(1) Petpet

Beli Petpet pun sebab terpengaruh kate2 orang yang cakap Petpet ni bagus,hehehe. Tapi orang cakap saiz Petpet ni kecik sikit berbanding diapers lain. Entahla,x bukak n tengok lagi. So sebab die kecik, Fizza akan guna dulu pack Petpet ni, dah habes baru pakai Goon. Yang bagusnye, design untuk newborn ni lain sikit. Ade lekuk kat tengah utk elakkan kena pusat baby yang belum tanggal tu, yang dipanggil "Navel Care".

Petpet Newborn with Navel Care
Harge mase beli dekat UO Superstore ni RM28.90 utk Petpet Jumbo Pack 64pcs. (taktau la murah ke mahal. Main hentam sajo,hehe)

(2) Goo.n

Before ni, x pernah dengar brand "Goo.n" nie. Mase bulan Feb'13, ternampak contest LIKE,SHARE & Win anjuran Mom &Baby Expo dekat Facebook. Fizza agak2 je mesti kualiti die bagus sebab semua product yang kena share dalam FB mase tu kebanyakannye yang high kualiti. Actually, Goon ni baru je masuk pasaran Malaysia tahun  lepas kalau xsilap. Tapi dekat Singapore dah  lame. Tahun 2008 lagi dah ade. So nak dapat review dari Malaysian  xde pun,huhu. Kalau google2, nampaknye sangat banyak review yang best2 pasal diapers Goon ni dari Singaporean. Oh, kalau korang nak tau, Goon ni buatan Jepun. Fizza memang suka barang2 n product dari Jepun. Sebab R&D diorang sangat cerewet. Hehe. So hasil produk mestilah tiptop kan. (agaknye laaah,  firasat hatiku..)

Ultra  dry (serapan lebih best dari Mamypoko - Singaporean cakap)
Review yang best2 tentang lampin pakai buang jenama Goo.n:
http://www.diapers.com.sg/view_reviews.php
http://www.singaporemotherhood.com/forumboard/messages/578191/1739389.html 
http://www.mummysg.com/forums/f44/brand-diapers-48948/
https://forum.lowyat.net/topic/1856551/all
http://www.babycenter.com.sg/a1048957/parents-recommend-top-10-diapers

Fizza beli diapers ni dengan  harga RM26.99 utk 50pcs mase promo dekat Giant.

(3) Diapex Premium

Emm, yang ni xtau kenapa beli. Maybe sebab mase tu nampak dekat flyers Giant,diorang buat promo. hehe.. So beli je la. ade yang serasi dengan brand ni. Ade yang x. Fizza beli je. Nak test la klau baby leh terima yang murah ni, baik beli yang ni je. Jimat... ;) Tapi bila google2, ade gak review yang best2. Tengok la, baby Fizza ni macam mane. Oh, harganya RM26.99 untuk saiz S 48pcs - dekat Giant.

(4) Mamypoko

Yang ini  payah cakap la. Rasenye ramai yang bersetuju mengatakan Mamypoko the best. Tapi kan,, member Fizza dekat Jepun cakap, Mamypoko ni kat sane murah je. Yang mahal kat sane yang brand Goon tu. So bile balik sini, die pelik jugaklah, kenape kat sini Mamypoko tu mahal. Emm, maybe sebab kite semua cakap yang ni the best so pengedar kat Malaysia pun main harge la kot? Pasni kalau ramai yang guna Goon, n suka n kate Goon the best, entah2 Goon pun naik harge..Ahaksss. Mase beli dekat Mydin ni, hargenye RM28.90 utk saiz S, ada 44pcs.


Free Sample Huggies Dry

Huggies Dry Small - Samples
Oh, hampir lupa. Fizza ade request sample Huggies. Sekejap je sampai. Dalam 8hari dari tarikh request tu. Memang pantas laaa. Ingatkan lambat, sebab tu mintak sample size S. Kalautau, mintak Newborn punye saiz. Mase dapat ni, happy gile. haha. Happy bukan ape. Sebab die bagi 4 keping. xla kedekut kan ;)


p/s: Ape2 brand pun, mahal or murah. Bukan semua produk serasi dengan anak kite. Yang baik utk orang xsemestinya baik  untuk kite. So sebab tu la sampai 4 brand gi beli. Buat "test-drive"... Kekekeke. Nanti2 dah guna bolehla buat review satu2. Ke korang2 ade yang dah guna setiap satu ni? share2 lerrr ;)

Monday, June 3, 2013

Makanan Dan Minuman Yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil

Setiap wanita yang hamil memerlukan pelbagai nutrien, vitamin dan mineral dalam setiap makanan dan minuman yang diambil untuk membantu perkembangan janin di dalam perut. Tapi setiap pengambilan makanan dan minuman semasa hamil mestilah diambil dengan berhati-hati kerana semasa mengandung, sistem imun ibu hamil semakin berkurangan. Jadi ia adalah lebih sensitif kepada toksin, parasit atau terdapat kuman dalam makanan dan minuman.

Senarai makanan dan minuman yang perlu DIELAKKAN ketika mengandung:

1) Telur separuh masak atau telur mentah, atau makanan yang disediakan dengan menggunakan telur mentah sebagai contoh: mayonis ubat sendiri

2) Daging mentah, ikan mentah atau separa masak. Seperti stik daging yang di masak dagingnya masih merah jambu, sushi dan ikan salmon

3) Susu, keju atau yogurt (tairu) yang tidak disterilkan

4) Organ binatang contohnya hati kerana bahagian ini mempunyai lebih kandungan Vitamin A dan membahayakan kandungan anda

5) Makanan yang dipanas berulangkali mestilah dipanaskan dengan kepanasan maxima untuk memastikan bakteria tiada lagi.

6) Makanan berpanggang atau BBQ yang dibiarkan beberapa ketika sebelum dihidangkan

7) Kekacang. Elakkan jika si ibu pernah mempunyai sejarah alahan

8) Sayuran yang tidak dibasuh dengan betul. Sayuran ini perlu dicuci untuk mengelakkan tokoplasma.

9) Stik tuna, ikan tertentu atau ikan bersaiz besar kerana mengandungi paras tinggi merkuri yang boleh menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam kuantiti yang besar. FDA mencadangkan saiz cadangan untuk sajian ikan seperti ini adalah terhad kepada 12 auns seminggu.

10) Jangan minum minuman yang mengandungi alkohol kerana ia boleh menyebabkan keabnormalan dalam perkembangan janin dan boleh menyebabkan masalah emosi terhadap bayi tersebut

11) Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh perlu dielakkan atau terhad kerana kopi menjejaskan berat badan bayi di dalam kandungan. Ia juga boleh memberi risiko keguguran yang tinggi dan kafein juga boleh menganggu penyerapan zat besi yang diperlukan oleh ibu yang mengandung.

Semoga bermanfaat! :)